Turki akhirnya menjadi negara keempat di dunia memperkenalkan jet pejuang Generasi Ke-5 iaitu TF-X dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) semasa Pameran Paris Airshow ke-17 semalam.
TF-X adalah jet pejuang pelbagai guna yang mampu melakukan serangan udara, darat serta peperangan elektronik secara berkesan dan pengunaan teknologi baharu.
Jet pejuang ini bakal mengantikan keseluruhan F-16 Fighting Falcon milik Tentera Udara Turki menjelang 2030. Pembangunan TF-X melibatkan 65 peratus penglibatan industri tempatan melibatkan pembangunan sistem, radar dan sensor. TAI turut menerima bantuan teknikal dari BAE System.
-MDR-
|