Dukung si isteri Dimulakan dengan ciuman kasih sayang dan sentuhan manja, angkat isteri dengan posisi mendukung dari arah depan. Jika anda tidak yakin dengan kemampuan anda dan berat si isteri, lakukannya di bahagian dinding sebagai penyokong di bahagian belakang si isteri sekaligus ia boleh memudahkan sesi awal hubungan seks kalian.
Gerakan agresif Sesetengah wanita sukakan cara ini untuk meningkatkan deria rangsang seks mereka. Lakukan dengan cara yang lembut seksi dan sedikit agresif, dakap erat si isteri dari arah belakang dan posisi tangan di bahagian depan lehernya. Pasti si dia mudah cair dengan cara ini.
Mood romantik Kala malam hari lahirnya, apa kata jadikan ia satu malam yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Taburi kamar tidur dengan kelopak bunga ros merah, ia pasti buat si dia teruja untuk langkah seterusnya.
Tanggalkan pakaiannya perlahan-lahan Wanita itukan berjiwa mudah sensitif, jadi untuk semarakkan sesi intim kalian, cuba tanggalkan pakaiannya secara perlahan-lahan, helaian demi helaian. Bukan hanya terpancar raut wajah teruja suami kala menanggalkan pakaian isteri, malah buatkan isteri turut jatuh hati sekali lagi kepada anda.
Manjakan si dia Jadikan satu malam itu saat yang hanya layanan istimewa buat si dia. Manjakan si dia dengan ciuman manja, urut lembut di seluruh tubuhnya, sakatnya dengan cara menggeletek, dan layaninya sehingga si dia penat dan dakap erat tubuhnya. Malam seterusnya pasti si isteri membalas balik layanan istimewa yang anda hadiahkan.
Spontan Berikan kejutan buat isteri kerana ramai wanita mempunyai fantasi mereka terhadap suami. Spontan dalam membawa si isteri untuk berhubung intim tanpa perlu menyatakan langkah-langkahnya. Ia sebenarnya kelihatan sangat seksi bagi wanita.
Ciuman Jangan lupa kepentingan ciuman mesra yang mengambil sedikit masa kerana nafsu seks wanita boleh meningkat melalui ciuman kasih sayang yang suami berikan.
|