CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: nasikkandaq

Malam,Suram,Kelam,Serammm....

[Copy link]
 Author| Post time 3-8-2018 12:24 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 3-8-2018 01:59 AM
meleret2 lh citer ni
dh lh menulis ala2 novel yg byk nasi tambah



assalammualaikum MR/MS SUPERNATURALEE

kalau ternampak hasil penulisan ni kat mana2 blog,mungkin itu jugak adalah saya..saya baca dari sumber yang boleh dipercayai,tak meniru sebijik2 saya ceritakan dengan cara yang mudah untuk semua paham,tiada paksan untuk membaca hasil penulisan saya..saya menulis hanya sekadar untuk suka2 dan tak layak sebenarnya penulisan saya ni diumpamakan seperti novel.Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.


yang benar,
   saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nasikkandaq replied at 3-8-2018 12:24 PM
assalammualaikum MR/MS SUPERNATURALEE

kalau ternampak hasil penulisan ni kat mana2 blog,mun ...

Well...good luck then
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. ingtkn dh ade ending!! TT laju2 sambung!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak berjaya mengantuk lps baca kisah tt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 11:06 AM | Show all posts
nasikkandaq replied at 3-8-2018 12:24 PM
assalammualaikum MR/MS SUPERNATURALEE

kalau ternampak hasil penulisan ni kat mana2 blog,mun ...

terbaik crita tt .nanti kalau dah lapang jangan lupa sambung tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2018 12:46 PM | Show all posts
'Tak semua lelaki tu sama sebenarnya..dalam setandan pisang mana mungkin semuanya busuk..dan jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga,Candy faham kan maksud abang'
'Tapi dia jahat...dia tak bertanggungjawab!!saya takut!!saya nak bunuh diri'teriak Candy

'Sabar Candy..jangan merepek malam2 buta ni,sabar..ada masalah apa awak ni sebenarnya?cuba cerita pada abang?'

'Abang...saya mengandung,tapi dia tak nak bertanggungjawab..dia tak mengaku anak ni anak dia..malah dia sanggup menuduh saya tidur dengan lelaki lain'

'Kurang ajar..tak guna punya lelaki!! siapa laki tu?Candy tunjukkan pada abang...biar abang ajar dia!!'

'Tony dah mati'kata Candy sambil tersenyum

'Dah mati?tapi.....?'

Candy berubah laku,aku pelik..dia ni saiko ka?atau sebenarnya dia lah pembunuh misteri tu???

'Tak perlu banyak fikir lah abang,sakit otak tu nanti..hihi'

'Macam mana dia boleh mati?kalau betul dia dah mati..Candy sepatutnya teruskan kehidupan macam biasa'

'Ni la yang Candy nak ceritakan,ermm...abang tolong ambilkan bangku tu sekejap'arah Candy

Aku tawakal,apa nak jadi malam ni jadilah..kenapa perilaku Candy berubah,aku akan dapat jawapannya sekejap ja lagi..siapa Candy ni sebenarnya?

'Ishh..abang ni banyak sangat kefikiran,meletup otak tu nanti..hihi'

Candy merapatkan kerusi pada dinding coridor..

'Saya cuma suruh dia berdiri atas kerusi ni..dann...?'

Allahu akbar!!! Candy terjun kebawah dan kemudian dia beterbangan sambil mengilai!!Aku pun apa lagi..lari tak cukup tanah la ikut tangga,dalam hati ni sempat jugak la aku menyumpah,dan tak dak manusia dalam dunia ni sampai dengan hantu pun kau nak buat kawan?argghhhhh...

'Abangg..abangg...!!!'jerit aku

'Allah...kenapa kau ni Man?mengelabah macam nampak hantu jaa??'

'Candy abang..Candy!!'

'Candy mana pulak dah ni?dah Man istighfar..jangan turutkan sangat rasa takut kau tu'

Aku pun cerita la pada abang Dollah,siapa Candy ni sebenarnya.dan macam mana aku kenal dengan dia..

Setahu aku,office tu dah hampir 2 tahun tak beroperasi..lepas anak si tauke tu bunuh diri..mereka terus tutup,tempat tu dah tak dak ong..dah malang katanya'

'Anak dia bunuh diri kenapa?'

'Biasa lah darah muda,panas..semua benda nak dicubanya..sampai mengandung budak tu..tapi yang si jantan ni pulak tak nak mengaku,last abang dengar cerita dua2 mati terjun dari atas office tu'

'Aduh..saya tak tahu pasai ni abang,tak pasal2 terjatuh cinta pulak saya dengan hantu si Candy tu..huhu'

'Tu la kau,jangan ramah sangat menegur..malam2 buta mana ada perempuan berani kerja lebih masa,bukan perempuan la tu..tapi hantu..haha'

Padan muka aku kena bantai gelak dengan abang Dollah..nak jadi romeo sangat kan..

'Abang mintak tolong abang..sementara ni biar saya ronda kawasan parking'

'Hahaha...Man..Man,ikut kau lah Man,jangan tau p takel cik pocong pulak dekat bawah tu..hahahaha!!'

'Allah...apa ni abang?ada pocong ka kat parking tu??aduhhh......'

'Hahahahahah!!!!'

Kejam sungguh la abang Dollah..dia punya gelakan aku sampai bergema bangunan Wisma Jaya ni...berjaya sungguh kau abang Dollah...sekali lagi padan muka aku!!!

Lepas beralih tugas dengan abang Dollah..aku ada la jugak merisik khabar tentang bekas pujaan hati aku tu..huhu

'Bukan kata terserempak,bahang seram sejuk pun aku tak terasa..bahang panas sampai basah ketiak aku ni ada..haha'

Ermmm..kena lagi bertalu-talu aku dengan orang tua ni,mungkin dah terbang kemana-mana la si Candy tu..baguslah.Lepas aku dah putus dengan si Candy tu..huhu..aku dah serik nak bercinta lagi,dan yang pasti aku tak akan cari kasih dalam bangunan Wisma Jaya ni...TAKKAN..

Jam menunjukan pukul 12.00pm abang Dollah sudah memulakan rutin rondaan,aku pula masih bersenang lenang..hihi,ehh perut ni memulas-mulas la pulakk..ahh ke tandas la dulu,ditangguh2kan tercirit aku dalam seluar..tandas lobby ni sememangnya besar,1 bas ekspress makcik2 bawang boleh muat untuk mengumpat sambil memerot..haha


Sudah tentu tandas pilihan aku belah hujung sekali,walaupun agak seram berada dalam kawasan jin ni..tapi aku cekalkan hati demi keselesaan aku melepaskan hajat.Tengah dok berperang sampai berpeluh2 aku..tiba2 aku terdengar bunyi pintu utama tandas dia bahagian depan dibuka..lagaknya seperti ada entiti lain yang masuk dengan tujuan yang sama bagi melampiaskan hajat..


Aku melihat jam dipergelangan tangan..12:15pm,tak kan lah cepat sangat abang Dollah ronda..10 tingkat dalam masa 15minit?mustahil..tapi kalau bukan abang Dollah?12:15pm siapa pulak yang ada lagi dalam kawasan bangunan ni?aduh....keseraman mula melanda hatikuu iniii...huhuhu,dulu Candy sekarang ni tak kan Tony pulak..huhu,apa nak jadi2 la..tak kan la aku nak bertingung dalam jamban ni sampai esok pagi,berak ka bertelur mamat ni dalam tandas punya la lama..


'Allahu akbar!!'jerit aku,mana tak nya buka ja pintu aku nampak mamat ni tengah berdiri depan kubikal aku.

'Maafkan saya abang'

'Ehh..awak buat apa dekat sini?dah lewat ni kenapa masih ada dalam bangunan ni?sebaiknya awak keluar sekarang!'marah aku

'Sepatunya abang yang kena keluar dari rumah saya ni..hihihi'


Ya Allah kena lagi aku....aku pengsan,tak pasti berapa lama..tak ingat la aku pun dah takut tahap dewa sangat,huhu..aku terdengar bunyi pili air disingki dibuka perlahan2 sehingga ketahap maksima..air dalam singki penuh sehingga melimpah2..aku yang terbaring dibawah merasakan ada sesuatu yang telah menggengam leher aku dan membenamkan muka aku kedalam singki yang penuh air..susah untuk bernafas dan sekali2 aku tertelah air...arrggghhhh aku geram diperlakukan macam ni,apa salahnya aku???syaitann punya syaitannn!!!

'Allahuuu akbarrrr!!!'aku menjerit dengan tenaga yang masih bersisa.

Genggaman tu terlerai dah aku pitam sekali lagi.

'Man..Man!!bangun Man....kenapa dengan kau ni?kau main air ka Man abis basah baju ni ha?'

Abang Dollah ni,dalam keadaan aku macam ni pun masih dia buat modal seloroh..

'Abang saya jumpa hantu lagi abang'

'Ya..aku tau,tak kan la kau mengantuk sangat sampai nak tidur dalam tandas ni kan..haha,dah jom kita kedepan'

Cuti lagi aku lepas kejadian malam tu,aku ni bukan la penakut sangat..bukannya lemah semangat sangat,tapi hantu2 kat Wisma Jaya tu yang brutal sangat..hantu punya hantu..aku kembali ke bangunan angker Wisma Jaya tu semula setelah puas beristirehat..nak ja aku minta ditukar ke tempat lain tapi mengenangkan aku selesa bekerja dengan abang Dollah aku pendamkan hasrat tu.

'Haa Man..macam mana keadaan kamu?'

'Alhamdullilah saya dah ok en Rahim..saya mintak maaf pada en Rahim dan abang Dollah sebab dah terlalu banyak menyusahkan'

'Tak pa Man,asalkan awak dah pulih..sebenarnya Man saya ada hal nak beritahu dan ada hal jugak saya nak bincangkan dengan awak'

'Hal apa tu en Rahim?'

'Dollah dah meninggal dunia'

'Innalillahiwainnailaihirojiun...bila abang Dollah meninggal?kenapa sapa pun tak bagitau saya?'

'Dah sebulan lebih dah Man'

'En Rahim..jangan bergurau en Rahim..3,4 hari lepas saya kerja dengan dia..tut2 hari ni en Rahim kata abang Dollah dah sebulan lebih meninggal?'

'Sabar Man..itu yang saya nak bincangkan dengan awak,saya hantar seorang pengawal baru mengantikan tempat Dollah..tetapi malangnya saya dapat aduan dari dia..yang awak selalu bercakap sorang2..sekejap awak ketawa sekejap awak menangis..kadang2 awak berlari tak tentu arah..pengawal baru tu jugak yang jumpa awak pengsan dalam bilik air'

'Ini semua tak masuk akal en Rahim...tak mungkin,saya tak gila nak bercakap sorang2..kat sini saya duduk bersembang dengan abang Dollah,sumpah saya tak tipu en Rahim....'aku menangis.

'Sabar Man..istighfar banyak2 mungkin ini semua dugaan bagi awak'

Benar kata orang pengalaman mendewasakan..aku berhenti berhikmat dengan syarikat XYZ bukan kerana aku takut kerana semua tahu aku selalu dijadikan mangsa sakatan syaitan2 yang menghuni bangunan Wisma Jaya..huhu tetapi aku mulakan hidup baru dengan melangkah setapak dalam bidang niaga..dan aku ada perniagaan secara kecil-kecilan,cukup lah untuk menampung keluarga aku dan yang paling penting aku dah tak diganggu...

~Tamat~





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 10:13 AM | Show all posts
pergh ending dia .dahsyatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2018 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
lahh,,tt kt sini bukak thread lain rupanya, harap tt sambung cerita pathong, tak sabar nk tau ending citer
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
btw, semua citer tt best2. keep up the good work
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 04:06 PM | Show all posts


10 bintang saya beri. Tak sangka begini kesudahannya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.511880 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list