CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6913|Reply: 12

Kawan Aku Boleh Nampak Hantu (Keangkeran Uitm Samarahan, Sarawak)

[Copy link]
Post time 26-6-2018 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pendekarpenyu at 26-6-2018 03:35 PM

          Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. Aku pernah post cerita kawan aku ni dekat Fiksyen Sasha dan sekarang aku post pulak dekat sini untuk sesiapa yang tak pernah baca lagi. Aku tak pernah tulis cerpen selama ni sebab aku memang tak ada bakat dalam bidang penulisan. Tapi, pengalaman aku dengan kawan karib aku yang terbuka hijabnye masa di universiti dulu membuatkan aku rasa nak becerita kat korang semua. Ini adalah kisah benar.Alhamdulillah aku tak pernah nampak ‘benda-benda’ ghaib ni, dan aku tak nak pon tengok, mintak-mintaklah dijauhkan. Tapi ini ialah pengalaman kawan aku yang memang di beri peluang untuk melihat ‘benda-benda’ ni. Aku sebagai kawan karib dia masa tu menjadi tempat dia untuk bercerita. Aku cerita bahagian yang aku ingat je eh, sebab kejadian-kejadian ni dah lama, masa kitaorang study sama-sama dekat Uitm Sarawak dulu tahun 2007-2008. Lepas tu dia dapat tukar ke Melaka dan aku tak lagi dapat dengar cerita seram dari dia.

        Fuzz ialah kawan karib aku masa di Uitm. Oh btw, Fuzz ni perempuan dan aku pon perempuan, abaikan nickname aku ye (Pendekarpenyu tu girl version). Kitorang jadi rapat masa ada event kat UiTM dulu. Dia ni memang kepala masuk air sama macam aku. Tapi dia ni ada kelebihan yg ramai orang tak nak kelebihan dia tu. Dia boleh nampak,dengar, even berkomunikasi dengan makhluk-makhluk alam ghaib. Ada satu kejadian tu dia cerita dekat aku yang dia terserempak dengan ‘benda’ ni masa dia nak naik tangga. Bilik dia dekat bawah sekali, tapi masa tu dia nak naik pergi bilik aku rasanya kat tingkat 2. Tiba-tiba dia terserempak dengan ‘seseorang’. Dia ada pesan dekat Fuzz “jangan lupa suruhkawan-kawan solat”, Fuzz tergamam , dah kenapa bagitahu kat dia kan, dah la takkenal siapa, dan paling dia terkejut, ‘orang’ tu naik ke tingkat atas tanpa dengar bunyi tapak kaki, seolah-olah dia sedang terapung dan naik laju je keatas. Fuzz speechless, dan cerita dekat aku.

      Fuzz pernah beritahu aku yang masa mula-mula dia jejakkan kaki dekat depan bilik dia, dia dah rasa lain macam. Bila bukak pintu berderu-deru angin keluar menampar muka dia. Macam ada orang yang lari depan kau tapi kau tak nampak orang tu, tapi kau rasa angin dia je. Bukan buang angin ke hape hokey, tu tinggal bau skali ni bukan. Ada satu kejadian yang terjadi masa dekat Kolej Seri Gading dulu. Kolej ni ada 8 block perempuan. Masa tu kecoh dekat kolej ni sebab ada beberapa student yang kena rasuk. Kitaorang time tu diarahkan untuk berkumpul dekat depan block  2A & 2B rasenye…. Sebab kemungkinan besar ustaz dan ustazah nak asingkan mana yang elok dan mana yang kene rasuk kot…(cehh..bunyi macam asingkan buah yang elok & yang busuk je), tak nak kasi yang lemah semangat duduk dalam block. Aku dengan Fuzz tak de kene pape masa tu, Alhamdulillah. Esok nya kitaorang dengar macam-macam cerita yang keluar.

          Rupa-rupanya ada student yang main spirit of the coin dengan darah period kot kalau tak silap aku masa tu. Then bila spirit tu keluar dorang tak hantar dia balik, ape lagi mengamuk la benda tu. Sibuk panggil dah kenapa??.Ada jugak budak perempuan yang perasan masa diaorang berhimpun dekat depan block, dia ternampak satu lembaga budak pakai gaun merah berdiri atas bumbung block 2b. Fuzz ada cerita dekat aku yang ada sesuatu berlaku dekat dia satu malam ni. Masa tu dia tengah sidai baju. Ampaian baju dalam block-block ni ada dekat setiap level. Udara dan matahari pon limited, so siapa yang jemur baju dekat tengah-tengah tu silap haribulan boleh bau kepam sebab terhimpit ngan baju-baju lain. Masa dia nak jemur baju tu, tiba-tiba dia terdengar suara budak menangis… [hisshhh,seram sejuk pulak aku time menaip ni, tak pernah aku type cerita- cerita mistik macam ni]….

     Fuzz pon tergamam la, habis terbantut dia nak sidai baju dia. Tiba-tiba dia  terpandang kaki budak dan gaun warna merah disebalik baju-baju kepam yang tersidai. Gulpp!!…“wuuuuuuuuuuuu”… budak tu menangis lagi, memang suara budak tu tak kuat tapi dengar clear dekat telinga Fuzz masa tu. Entah dapat kekuatan Thor ke hape si Fuzz masa tu, dia boleh pulak try communicate dengan budak ni. Kejadahnye woi?!...”err…..adik, kenapa menangis ni?”…….”wuuuuuu…. kakak jahat”…..boleh pulak dia balas. Fuzz masa tu dah menggigil kepala lutut semua. Dia pon tanya lagi kenapa menangis dengan nada memujuk (macam pujuk budak menangis sebab aiskrim dia jatuh kat tanah, ha macamni la dia pujuk budak hantu tu), dan budak tu asyik jawab “ kakak jahat…kakak jahat…kakak jahat”. Kemudian Fuzz dah tak dengar lagi bunyi tangisan budak tu. Dia dah tak de dekat situ. Bila Fuzz cerita kat aku benda ni, kitoarang buat conclusion sendiri yang budak ni datang dari spirit of the coin. Kau tengok!...dah panggil dia datang tapi tak reti hantar balik!.. budak lagi kot, maybe tak ingat jalan balik. Aku menyirap betul masa dengar diorang main benda tu. Dah tak de kerja lain ke hape?? Cerita ni tak habis kat sini je tau. Malam tu Fuzz tidur kat atas katil dia. Dalam bilik ada 2 katil double decker. 2 katil bawah dihuni oleh 2 kakak senior part 5. Fuzz masa ni part 1 lagi so dia dapat katil atas sebelah kiri dan sebelah sana katil atas kakak senior part 3. Tapi kakak part 3 ni tak tidur kat katil dia sebab katil atas panas so dia bawak tilam bentang dekat bawah dan tidur bawah. Bilik diaorang ni selalu buka lampu masa nak tidur. Fuzz terjaga tengah malam, mula-mula dia tidur menghadap dinding,kemudian dia tukar position menghadap katil sebelah sana. Tiba-tiba Fuzz tersentak sebab dia perasan ada budak baju merah duduk atas katil tu sambil kaki terjulur dekat bawah tengah pandang dia tidur. Masa tu Fuzz tak buat apalagi dah, dia pusing balik hadap dinding dan tidur sampai pagi. Aku ada tanya Fuzz muka budak tu macamana?, dia cakap muka macam budak melayu biasa cuma pucat. Lepas dari tu Fuzz dah tak cerita lagi pasal budak gaun merah tu lagi.Dah balik kot dia dan Jangan tanya aku dia balik naik apa k!

         Cerita lain pulak. Cerita ni berlaku dekat kolej yang sama Seri Gading, masa ni Fuzz tengah cuci baju dekat sebelah toilet. Sinki cuci baju ni berhadapan dengan ampaian. Masa tengah sedap dia memberus baju dia rasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang dan bila dia angkat muka nak pandang depan dekat ampaian tu dia terpandang ada seorang lelaki dekat ampaian di sebalik baju-baju tersidai sambil merenung dia tajam. Masa ni dia rasa yang jantung dia seakan berhenti berdegup. Lelaki?kat kolej perempuan? buat ape?. Fuzz tau yang dia bukan manusia sebabnya lelak itu ketinggian dia mencecah siling sampai keatas, baju lelaki tu berlumpur-lumpur kotor dan dia berjambang. Fuzz dah tak fikir apa lagi dah cepat-cepat dia lari masuk bilik dan hempas pintu sampai tertutup. Kakak senior bilik dia datang untuk tenangkan dia sebab masa tu dia dah menggigil-gigil ketakutan. “Fuzz, kenapa ni? Kenapa ni?”, kakak senior Fuzz yang aku dah lupa nama dia bertanya. “aaa…..da….aa…daaa…..”, Fuzz dah menangis-nangis. Masa dia toleh kebelakang dekat pintu, dia ternampak lelaki tinggi tadi tu ade dekat belakang pintu dalam bilik tu!. Menjerit dia masa tu. Kakak senior dia tak dapat tengok lelaki tu. Kalau aku dalam bilik Fuzz masa tu pon aku mesti cuak gila walaupun aku tak nampak, tapi bila tengok keadaan Fuzz masa tu aku dapat rasakan perasaan kakak senior tu. Malam tu kakak-kakak Usrah datang bilik Fuzz dan baca apa yang patut serta cuba untuk pulihkan semangat Fuzz balik dan esoknya Fuzz demam.

           Kisah yang lain pulak. Biasa lah kalau duduk U ni, mesti ada keluar pergi bandar atau ronda-ronda kan?. Kitorang time tu tak de Grab & Uber lagi, so alternative kitaorang ialah sewa kereta atau guna van sapu. Tapi kitorang lebih suka sewa kereta je, tong-tong duit. Kitorang time tu keluar empat orang. Aku, Fuzz dan dua orang kawan lelaki pergi jalan-jalan dekat Kuching dan balik malam. Fuzz dan aku ada lesen masa ni, tapi Fuzz ni banyak kali lah jadi driver kitaorang.Masa tu aku duduk belakang dengan Joel. Dzul duduk disebelah Fuzz. Dalam perjalanan balik U kereta kitaorang berhenti dekat traffic light nak tunggu lampu hijau, Fuzz ni pandang lama dekat kereta sebelah. Aku, Dzul & Joel diam tak bercakap. Masing-masing tengah layan perasaan. Tiba-tiba Fuzz panggil. “weh korang, tengok kat kereta sebelah tu, mesti couple tu tengah bergaduh kan?”.Kitorang serentak pandang kanan nak tengok couple yang Fuzz maksudkan.Masing-masing dah buat muka pelik + cuak. “ko cakap ape ni Fuzz? Dia nak bergaduh ngan siapa?”, Dzul bersuara takut-takut. Mamat ni dah la penakut, kalau tengok wayang cerita hantu sanggup dia menyorok dalam baju dari start cerita sampai habis cerita. Gi balik la oi! Nak tengok tapi penakut.

          “Betullah weh, ko tengok awek dia kat sebelah tu, muka macam tak puas hati je? Berkerut kening dia. Macam marah gila dekat pakwe dia tu”, Fuzz berkata. Aku, Joel dengan Dzul masing-masing dah cuak gila. Aku pon ape lagi, boleh sound si Fuzz ni, “kau ni dah kenapa??.. mamat tu drive sorang-sorang je la.. kau jangan macam-macam Fuzz”, zuppp!!... terdiam Fuzz lepas tu. Aku yakin seyakin-yakinnya yang aku memang nampak ada sorang je pemandu lelaki dalam kereta malam tu. Kitorang pon senyap je sampai balik U. Esoknya dia cerita kat aku yang dia nampak ada 3 kepala kat belakang bila dia pandang cermin. Aku pon tekejut gila. Kat belakang ada aku dengan Joel je, dia nampak sorang lagi duduk dekat tengah-tengah. Patutlah dia cakap kereta masa tu berat semacam.

            Aku dengan Fuzz suka buat hal sendiri. Kadang-kadang kitaorang suka keluar sewa kereta jalan-jalan kuching pastu balik tengah malam. Kereta tak boleh bawak masuk U masa malam-malam. So, lepas hantar kereta kat owner, kitaorang berlari-lari dari pintu masuk sambil menjerit sebab baru teringat esoknya ada test…hahaha…. Ada satu kejadian ni masa kitaorang balik malam aku dengan dia je dalam kereta. Fuzz aku tengok dia drive macam biasa, tapi esok nya dia cerita kat aku ape yang dia nampak malam tu. Dia ni jenis kalau dia ternampak sesuatu dia takkan cerita kat orang lain on the spot. Dia akan duduk sorang-sorang layan perasaan. Sampai kakak-kakak senior bilik dia dah tau kalau dia sorang-sorang tak bercakap, mandi lama gila, dorang dah tau mesti dia nampak something la tu. Esok nye dia cerita kat aku, yang masa kat traffic light, dia nampak macam-macam jenis lembaga. Ada yang tua, ada yang berdarah-darah ada yang hodoh. On the way nak masuk kawasan UiTM tu, kiri dan kanan tu banyak gerai-gerai. Macam pasar tani. Jalan tu kalau pagi-pagi memang sesak. Tapi kalau malam sunyi dia menggerunkan. Tempat tu memang gelap. Kalau lalu dekat situ masa malam aku selalu terfikir akan nampak lembaga dalam salah satu kedai tu, tapi Alhamdulillah tak pernah nampak. Tapi baru-baru ni aku ada pergi Uitm Sarawak tu sebab nak amek adik yang da habis study sana. Jalan nak masuk tu dah tak de gerai-gerai pasar tani, diorang dah buat kedai lot... rindu nye bau asap chicken wing warna merah tu...okey sambung..Masa Fuzz tengah drive dia ternampak ada kak ponti dengan baju lusuh dia, muka toksah cakap lah, buruk ya amat.Tengah berdiri dekat tiang sebelah gerai. Fuzz pon buat taktau je. Bila dia drive lagi, dia nampak lagi kakpon tu. Bila depan lagi dia nampak lagi. Nak dekat sampai pintu Uitm benda tu hilang.

             Masa part 2 kitaorang dan rakan sekelas serta senior-senior ada camping kat dalam kawasan Uitm . Dua jam perjalanan dari kolej Seri Gading. Masing-masing rasa excited ingat dapat keluar dr U masa dapat berita ni, tapi tak pon….dekat kawasan hutan belakang Uitm je pon. Hek eleh…. Sekarang ni aku tak tau lah bahagian belakang tu buat apa, dulu dekat situ dengar cerita kawasan budak kos ladang punya tempat. Malam kedua kita kat camp tu kitaorang semua diarahkan untuk bina khemah sendiri guna apa yang ada dekat kawasan sekeliling. Tapi kitaorang diberi kanvas untuk dijadikan sebagai bumbung khemah. Aku dengan Fuzz masa tu lain kumpulan. Masa semua tengah sibuk nak cari kayu buat khemah, aku dengar bunyi bising dari kumpulan sebelah sana. Rupa-rupanya Fuzz pengsan. Ahli kumpulan dia cerita yang dia pengsan sebab ada kayu besar jatuh belakang dia. Kelam kabut kitaorang masa tu sebab tak da senior-senior yang jaga kitorang masa tu. Team leader Fuzz ni berlari jauh pergi main camp nak panggil orang. Malam tu jugak ambulance sampai area camp kitaorang dan bawak Fuzz pergi hospital. Malam tu hujan lebat sangat, sampai menggigil-gigil kitaorang dlm khemah yang kecik dan tak de dinding. Dua hari lepas tu, aku jumpa Fuzz kat bilik dia. Nak suruh dia ceritakan apa jadi sebenarnya. Dia cerita sebenarnya dari hari 1st camp dia rasa lain macam dah. Masa program burung hantu dia kena stay kat area lapang. Then dia ternampak ada benda putih terbang. Dia dah tak sedap hati. Aku ingat-ingat lupa yang dulu dia pernah cakap yang dia ni macam ada ‘penjaga’. Mungkin ‘penjaga’ dia tu bergaduh dengan ‘benda-benda’ dalam hutan tu kot sampai dia jadi mangsa kena kayu malam tu.

            Masa part 2 kami pindah Kolej Seri Serapi. Kolej ni jauh sikit dari Seri Gading dan Kolej ni agak lama berbanding Seri Gading yang masa tu agak baru. Aku pindah Kolej ni pon sebab aku ikut Fuzz. Dia terpaksa ditukarkan ke Serapi sebab sem lepas dia tak cukup cop aktiviti. Aku sanggup tukar demi nak duduk dekat dengan kawan karib aku. Setia kan saya?..hehe. kami 1 level bilik sebelah-menyebelah. Masani Fuzz ada Handphone yang canggih sikit dari aku. Ada 1 hari tu aku saje-saje je lah godek-godek handphone dia sambil tunggu dia bersiap nak pergi dewan makan malam tu. Aku sempat rakam video dekat area level tu. Bila dah rakam,video tu save dalam handphone dia. Tapi esoknya dia datang jumpa aku dan tunjukkan sesuatu dari rakaman yang aku rakam semalam. Aku pon tengoklah ape bendanya yang dia kecohkan ni? Video play."Cuba kau perhatikan kat bilik depan tu, pintu depan dia tutupkan?", Aku pon anggukla. “kau tengok betul-betul, ade macam kepala yang keluar dari pintu macam tengah maincak-cak". Bila aku perhatikan betul-betul, Ya memang ada sesuatu dekat depan pintu tu. Tak mungkin orang sebab pintu tu tutup, kalau orang pon mesti aku nampak badan dia malam tu tapi ni macam kepala je. Malam tu juga tak ada sesiapa dekat level tu selain aku. Meremang bulu roma aku time type ni. Sebab video tu kitorang masih simpan lagi. Aku dah post video tu kat FB Fiksyen Sasha, kalau rajin gi la search kalau nak tengok.

          Cerita ni dekat Serapi jugak. Ada 1 petang tu Fuzz bangun tidur dan bersiap-siap untuk ke dewan makan. Dia pon tak ingat masa ni aku ada dekat mana tapi dia keluar sorang-sorang, sebab kalau tak kitaorang selalu je berkepit pergi mana-mana pun. Lagi 20 minit nak azan maghrib dia on the way ke dewan makan. Tengah berjalan tiba-tiba entah dari mana pocong muncul melompat-lompat depan Fuzz.Tergamam Fuzz dekat situ jugak. Mana taknya tiba-tiba datang menyergah macam tu. Nasib dia tak terkucil dekat situ. Kebetulan jugak ada 1 group budak lelaki baru balik dari main bola lalu dekat situ jugak. Diorang nampak pocong tu sambil jerit "pocong!!!", lepas tu dorang kejar pocong tu. Ntah macamana la perasaan pocong tu bila kene kejar, tak cukup tanah di melompat rasanya, jap?.. kalau kene kejar dia berlari ke melompat??... Fuzz pusing terus balik kolej, hilang selera dia nak pergi makan masa tu.

        Ni je kenangan yang aku ingat sepanjang pengalaman aku berkawan ngan dia. Mungkin ada lagi, tapi aku ni pelupa orangnye. Aku berkawan dengan dia tak lama, hanya sempat dua sem je. Lepas tu dia pindah. Kadang-kadang aku mesej dia tanya khabar dan tanya kan hal-hal mistik dia kat sana. Dia ada cerita tapi feel seram dia tak sama masa kitaorang study sama-sama kat Sarawak dulu. Sekarang dia dah pon berkeluarga dan menjalani kehidupan dengan family dia sementara aku masih lagi bujang…aik??...pe kes? Tetiba mention bujang?. Sekarang aku tak tau dia dapat tengok lagi ke tak ‘benda-benda’ mistik ni. Ini adalah cerita pertama dan terakhir dari aku sebab aku dah tak de sumber nak tulis cerita-cerita seram ni. Aku jugak tak pandai nak mereka-reka cerita. Melainkan tuan punya badan yang selalu nampak ‘benda-benda’ alam ghaib ni sendiri yang cerita. Kepada Fuzz, kau bagi aku green light kan nak tulis cerita pasal kau, sekarang aku dah cerita, tapi kalau kau nak tambah cerita silakan, dan sorry ye kalau ada salah info dalam ni, cerita dah lama, aku pon banyak wayar dah tercabut ni so banyak lupa. Sekian terima kasih. Aku rindu kehidupan masa kat U dulu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 07:56 PM | Show all posts
banyak betul kisah angker kat Uitm ni ya
shah alam/puncak alam, lendu pun banyak kisah angker


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-6-2018 07:56 PM
banyak betul kisah angker kat Uitm ni ya
shah alam/puncak alam, lendu pun banyak kisah angker

Sebab nye uitm suke dok kat ceruk2 dekat dengan hutan belantara.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 10:24 PM | Show all posts
me batch 2000/2001 uitm samarahan pre comm

time tu gempar dgn kemunculan org minyak

kat kolej siswi..dekat seminggu jgk la kena kacau

time pkl 12 ke atas je mesti ade siswi yg jerit2 kena kacau bagai

dgr nye ade yg bangun pagi tup tup dlm keadaan seluar n panties

terlondeh bagai tak taw la ape jadik nye

gempar satu uitm smpai siswa2 berkejar2 nak

tangkap org minyak tu..2001-2004 transfer uitm london

yg familiar dgn hantu tasik & hantu bawak nesan

tak taw la skang musim hantu ape pulak

uitm di hati ku much memoriess

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu uitm ..huhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 12:53 PM | Show all posts
mmg ada org y boleh nampak hantu .. ie hijab terbuka

anak acik D yg sulung pun macam tu . hijab terbuka .. leh nampak semua hantu jin alam ghaib semua
tapi dia jarang nak citer apa dia nampak .  kecuali kalau bende tu jenis mengacau org dia akan cakap la . kalau takat lalu lalang tu dia buat bodo je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-6-2018 02:00 PM | Show all posts
dewi replied at 27-6-2018 12:53 PM
mmg ada org y boleh nampak hantu .. ie hijab terbuka

anak acik D yg sulung pun macam tu . hijab  ...

acik D kalau kite yg tak nampak ni  jumpe, mesti dah seriau kan....Eh tak nak,, mintak2 la dijauhkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2018 02:00 PM | Show all posts

banyak memory........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2018 02:02 PM | Show all posts
tagas replied at 26-6-2018 10:24 PM
me batch 2000/2001 uitm samarahan pre comm

time tu gempar dgn kemunculan org minyak

tahun 2000 ek?.....lame dah tu....bukan baru2 ni pon ade cerita org minyak ke?.. sbb adik saya study sane sblom ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:26 PM | Show all posts
pendekarpenyu replied at 27-6-2018 02:00 PM
acik D kalau kite yg tak nampak ni  jumpe, mesti dah seriau kan....Eh tak nak,, mintak2 la dijauhk ...

sebab tu insan2 terpilih je yg Allah beri keistimewaan tu .

ada gak budak2 yg nampak dan takut . boleh je minta mana2 org alim bijak pandai tolong tutupkan
masa dia kecik pun dia nampak dia tak takut. tapi akak tutup kan sbb acik yg seram tgk dia cakap sorang2
dah besar ni mmg terbuka juga sendiri dia.. tapi dia leh handle so acik ok je la
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 07:56 PM | Show all posts
pendekarpenyu replied at 27-6-2018 02:02 PM
tahun 2000 ek?.....lame dah tu....bukan baru2 ni pon ade cerita org minyak ke?.. sbb adik saya stu ...

Yup 2000

18 years ago

dari dulu smpai skang

org minyak tu tak jumpa2

jln kluar agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 10:16 AM | Show all posts
nak tengok video cak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2018 02:07 PM | Show all posts

boleh ke letak dlm ni?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077084 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list