CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2699|Reply: 16

Dirasuk

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2018 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Setelah selesai kenduri ptg td samad mcm biasa keletihan kerana banyak hal yg dilakukan ptg td. "Ros hang perasan dak ada sorang hat mai kenduri ptg td tu, aku xpernah plak nampak dia kot kg kita ni" tanya samad pada isteri nya. "Org kampung sini jugak la tu" balas ros sambil membuang sarung kusyen yg kotor untuk dibasuh.

Keadaan yg agak sunyi pada malam itu yg hanya tinggal samad, isteri dan anak nya si karim. Karim yg hanya tahu lepak dalam bilik bersama novel cinta nya saja tanpa mempedulikan org tua nya. Dan tiba-tiba karim menjerit didalam bilik-nya dengan nada yang berlainan dan kuat menyebabkan samad dan ros lari ke bilik karim. "Astagfirullah, apa yg kau menjerit tu karim, terperanjat mak ngan bapak hg ni". Tercungap-cungap ros kepenatan belari ke bilik karim. "Hg ni pasaipa dok tgok aku semacam ja ni? Boh penampaq satg baru hg tau." Kata samad pada anak nya karim dalam kea
daan marah melihat keadaan seolah tiada apa. Karim yg keadaan tunduk melihat pada novel-nya dengan kepala langsung tak berpaling pada prg tua-nya.

Tiba-tiba..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba tiba..

Langkahku terhenti sejuta tangan telah menahanku inginku maki mereka berkata
"Nak maki org je, cili mulut tu kang"

**ni thread sambung cerita ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba - tiba bersambung lah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:09 AM | Show all posts
kepala hotak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 tt telah dirasuk lalu tidak dapat menulis lagi..hahhahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba-tiba karim memandang bapak-nya dengan muka yg bengis dan ketawa seperti kerasukkan. "Eh hang ni aku taboh jugak satg, jadi apa malam-malam ni. Org letih siang td pon x abeh lg." Pak samad mengangkat tangan ke-arah karim dengan  leteran. Mak ros mendekati karim sambil memegang badan-nya. "Kenapa ni nak, apa dh jadi ngan hg ni?". Mak ros cuba memahami keadaan. Karim yg masih tidak sedarkan diri terus dengan lenggok badan seperti dirasuk. Pak samad steady je melihat gelagat anak-nya. "Hang ni sapa dok dalam badan anak-ku ni. P blah sebelum aku bakaq hg". Pak samad mula perasan yg itu bukan anak-nya lagi. "Aku berdendam dengan keluarga hang. La ni aku akan porak peranda kan keadaan keluarga hg". Karim yg sudah hilang kawalan menjerita pada pak samad dan mak ros. Pak samad memegang kepala karim dan membaca ayat-ayat yg dihafal-nya dengan semangAt dan secara perlahan karim mula rebah dan tidak sedarkan diri.

Hari-hari berikut keadaan keluarga pak samad tidak lg seperti biasa. Mak ros kadAng-kadang rasa takut tidak ada punca. Karim terus menyendiri dalam bilik-nya. Makanan dirumah jugak cepat basi. "Aku pelik la sejak kebelakangan ni, macam ada x kena ja ngan rumah aku". Cerita pak samad pada si baung. "Kena pegi tgk jugak tu samad, mana la tau kot2 ada barang x elok dalam rumah hg." Balas baung sambil balut rokok daun kat kedai kopi pak mael. Tengah pak samad ngan baung lepak-lepak datang seorang pemuda pada mereka. "Minta maaf pakcik sy tedengar pakcik cakap macam ada x kena ngan rumah pakcik, kalau x keberatan boleh sy tolong." Budak berbaju putih dan ber-jeans tu cuba untuk menolong pak samad. "Hang ni sapa plak? Tiba-tiba ja muncul." Balas pak samad kehairanan mana datang budak tu. "saya taufik pakcik, anak pak long saleh yg dok di tepi klinik kesihatan hujung sana." Balas taufik sambil menunjukkan arah rumah-nya. "Oh anak saleh, lama aku xnampak hg? Sampai dh x cam aku." Baung seolah-olah sudah ingat rupa anak si saleh. "Ya saya pakcik, 7tahun sy di negeri org dan sekrang baru habis belajar." Cerita taufik pada pak samad dan baung. "Hang ni boleh ka nk tgok rumah aku tu." tanya pak samad dengan nDa kurang keyakinan. "Insya-Allah sy boleh cuba." Taufik cuba menyakinkan pak samad. "Mael hg kira semua sekali ngan budak ni satg aku mai bayaq." Pak samad dengan tegesa-gesa bangun nk balik rumah-nya.

Ok sat lagi kita sambung......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 10:46 AM | Show all posts
Alaaaa... aku dah semangat.. tiba2 "Hati ku hati mu".... jgn lama2 TT nanti peminat lari...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:45 PM | Show all posts
kuusss semangat bab tiba-tiba tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba dirumah pak samad.

"Pakcik tolong panggil anak dengan bini pakcik dok di ruang tamu ni". Taufik menyuruh pak samad memanggil mak ros dan karim supaya berada diruang tamu. Setelah semua-nya ada diruang tamu, taufik meminta izin untuk memulakan. "Bismillah, boleh sy mula ya pakcik." Sampuk taufik ketika mak ros ngan anak-nya yg tertanya-tanya. Taufik mula membaca al-fatihah dengan kuat sekali dan di-ikuti dengan aZan. Tiba-tiba mak ros mula rasa lain. "Bang, mai dok dekt sy ni. Badan rasa berat plak tiba-tiba." Mak ros memanggil pak samad supaya mendekati-nya. Baung yg berada di tangga mula naik di atas rumah takut-takut taufik memerlukan pertolongan-nya. "Pegang mak ros ya pakcik". Taufik menyuruh pak samad memegang bini-nya dan dia terus membaca ayat yassin tujuh mubin dengan kuat dan tangan-nya menghentuk lantai kayu rumah pak samad. Mak ros yg nampak keletihan tiba-tiba rebah di-pangkuan pak samad. "Eh mak ros nya kenapa plak ni?" Tanya pak samad yang kehairanan. Dan tiba anak-nya si karim ketawa dan menunjuk arah taufik. "Apa kamu ini hebat mahu di tentang aku, keluar kalian dari rumah aku sebelum aku melawan kalian." Karim yg mungkin sudah di kawal oleh makhluk halus(jin) yg telah berada dalam badan-nya mengherdik taufik dan baung. "Astag-firullah, apa yang kamu mau sebenarnya ni? Xtau ka perbuatan kamu ini berdosa." Balas taufik dengan nada tenang. Pak samad yg memegang bini-nya mula berang dan ber-tanya pada yg merasuk dalam badan anak-nya,"sapa hg ni? Hg mai mna?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 07:14 PM | Show all posts
cite betul ke rekaan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi lagi
Cm cite mastika wawancara variasari bagai ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:44 AM | Show all posts
hasil penulisan sendiri ke copy paste?
tanye jee
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:45 AM | Show all posts
Edited by xtahumenahu at 12-2-2018 10:52 AM

sorry yer....line tenet prob-double post-
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:42 PM | Show all posts
hang mai manaaaa???


tu diaaaaa


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 11:41 AM | Show all posts
uik....tetiba jer hilang???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bosan betul cite ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041862 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list