CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 5

medie malaysie dan indon kene bekerjesame demi menjaga hubungan baik kedue nega

[Copy link]
Post time 12-9-2017 11:15 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever Jalan Sihat, Ferry Murshidan Bardan.

Katanya, media perlu bijak menangani setiap isu dan perlu pantas menyejuk dan mententeramkan sesuatu isu agar tidak berpanjangan.

"Peri pentingnya peranan media itu bila berlaku isu antara dua negara, misalnya isu bendera yang di cetak terbalik pada temasya Sukan Sea baru-baru ini, seolah-olah ada perseteruan yang kuat antara Malaysia dan Indonesa, padahal tiada apa-apa, jadi di sini media perlu strategis dalam menanganinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.

Delegasi 21 orang itu turut disertai Setiausaha Kerja Ikatan Setia Kawan Wartawan Indonesia Malaysia (Iswami), Sabaruddin Ahmad Sabri.

Ferry yang juga mantan menteri Agraria dan Tata Ruang Indonesia berkata dengan perkembangan teknologi terkini menjadi satu kelebihan kepada media untuk memastikan kesahihan suatu informasi dan menyiarkannya dalam masa yang pantas kepada khalayak.

Beliau turut memuji  Bernama yang mengambil inisiatif menerbitkan rancangan khusus berbentuk kerjasama dua negara iaitu Khabar Merah Putih menerusi Radio Bernama 24 dan Salam Dari Jakarta terbitan Bernama News Chanel (BNC).

Sementara itu Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata sebagai agensi berita nasional, Bernama sentiasa prihatin mengenai jalinan hubungan kedua-dua negara.

"Bernama berusaha dari segi memberikan informasi tepat, maklumat bahkan melalui cara menerbitkan rancangan yang boleh merapatkan jurang antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Menerusi program Khabar Merah Putih itu, warga Indonesia yang ramai bekerja di Malaysia dapat mengikuti perkembangan terkini di Indonesia, selain maklumat mengenai peraturan yang perlu dipatuhi di negara ini, katanya.

Mengulas mengenai isu bendera yang tercetus ketika berlangsungnya temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini, beliau berkata Bernama berperanan menyiarkan maklumat daripada saluran rasmi dan tidak rasmi memberitahu kepada rakyat Malaysia dan Indonesia perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik.

"Situasi yang panas akibat isu berkenaan dapat kita redakan dalam masa 24 jam," katanya.

Sementara itu, selain sesi ramah mesra dengan pengurusan Bernama, delegasi KAHMI juga dibawa melawat termasuk ke Jabatan Pengarang, bilik berita Radio 24 dan bilik berita BNC. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2017 11:43 AM | Show all posts
kasian...eja mcm cacat...tengok nih indon sekor ni

@pyropura @hawaq @EJALTI @Peterpan17
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 12:02 PM | Show all posts
ini memang dah sesuai kaidah bahase malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 10:38 PM | Show all posts
kentel replied at 12-9-2017 11:43 AM
kasian...eja mcm cacat...tengok nih indon sekor ni

@pyropura @hawaq @EJALTI @Peterpan17

Talk to my handlah!! Media Indon mcm bangsat suka provoke. Media dgn minda rakyat Indon sama standard. Standard sampah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:07 AM | Show all posts
should replied at 12-9-2017 12:02 PM
ini memang dah sesuai kaidah bahase malaysia

indon bhabu pondan...reply pun tak berani sebut nama...patut pun askar lari naik taksi....dasar banci waria
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:43 AM | Show all posts
kentel replied at 12-9-2017 11:43 AM
kasian...eja mcm cacat...tengok nih indon sekor ni

@pyropura @hawaq @EJALTI @Peterpan17

waduuhh, geli geleman gue ngebaca nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074734 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list