View: 2092|Reply: 9
|
Disyaki Hisap Dadah, Rakaman Pelajar Khayal Dibuli Rakan Jadi Tular
[Copy link]
|
|
Setelah digemparkan dengan berita kematian remaja T Nhaveen dan Zulfarhan Osman akibat perbuatan membuli, kini muncul pula video sekumpulan pelajar bertindak buli seorang yang kelihatan dalam keadaan khayal menjadi tular di media sosial.
Memetik laporan Astro Awani, video berdurasi dua minit setengah itu dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural kelmarin.
Paparan video menunjukkan beberapa orang pelajar sedang mengganggu seorang pelajar yang kelihatan khayal.
Kesemua mereka saling berbalas kata dengan menggunakan perkataan tidak sopan dalam bahasa Tamil, dan adakalanya didengari menggesa mangsa dibuli untuk menari.
Adalah dipercayai pelajar-pelajar berkenaan yang masih berpakaian seragam sekolah, ponteng sekolah kerana salah seorang daripada mereka menyebut waktu itu adalah pukul 10 pagi.
sumber : Facebook Malaysian Tamilar Kural
Namun demikian, setakat ini lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih tidak diketahui.
Pada masa artikel ini ditulis, video itu mendapat lebih 26,000 tontonan dan 855 perkongsian.
Mereka yang memberikan komen sebulat suara mengecam perbuatan remaja lelaki itu dengan beberapa orang mendesak pihak polis mengambil tindakan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
gelap je.. mana nampak muka |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua training kaum depa, takpayah masuk campoq. depa ni tgh training nak jadi samseng atau kepala gangster koliang dimasahadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua training kaum depa, takpayah masuk campoq. depa ni tgh training nak jadi samseng atau kepala gangster koliang dimasahadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga duit nak makan dadah budak sekolah...nauzubillahminzalik.. |
|
|
|
|
|
|
|
heiii...diaorg ni tak habis2...tp kena gak terima hakikat, benda cam ni berlaku dlm masyarakat kita gak...tak kisah lar siapa, mak bapak serta polis sila amik tindakan segera. |
|
|
|
|
|
|
|
Benci la tgk benda mcm ni.. malas nak tgk video, baca berita dia pun dah buat terganggu.. haihh.. yennadeyyy! |
|
|
|
|
|
|
|
Camnolah jibon nak capai matlamat TN50 bagai ...tgk je la bbnu zaman skang.. Kecik2 lg dah rosak |
|
|
|
|
|
|
| |
|