View: 2957|Reply: 17
|
"Nanti Bila Amin Besar, Amin Nak Jaga Mama Seperti Mama Jaga Nenek."
[Copy link]
|
|
Tak keterlaluan dikatakan tahun ini laman sosial penuh dengan iklan raya yang berjaya menyentuh banyak perasaan.
Dengan elemen kekeluargaan, kejiranan dan juga makna hari raya itu sendiri digarap dengan pelbagai cara sama sedih, gembira mahupun mencuit hati.
Salah satu iklan raya yang baru sahaja dilancarkan sehari lepas, bertajuk Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu oleh Air Anugerah dilihat sukses membuatkan ramai netizen menitiskan air mata.
Mendapat sentuhan lakonan dan juga arahan Fauziah Nawi, maka tidak hairanlah iklan ini berjaya menyampaikan mesej yang sudah terkesan.
Jalan ceritanya tidaklah complicated namun cukup mengesankan. Ia mengenai seorang ibu yang sedang uzur dan tiada tempat bergantung kerana anak-anak lelakinya mementingkan diri.
Namun, dia bernasib baik kerana Tijah anak perempuannya sanggup menggalas tanggungjawab itu, meskipun keadaan diri sendiri yang sukar dan serba kekurangan.
Tindakan anak-anak lelaki yang sepatutnya menjaga ibu tetapi sebaliknya diabaikan dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya mereka menyesal kerana segalanya sudah terlambat.
Ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Yang uniknya, Amin anak kepada Tijah yang menyaksikan bagaimana ibunya sanggup bersusah payah menjaga nenek sehinggalah meninggal dunia adalah individu paling terkesan.
"Nanti bila Amin besar, Amin nak jaga mama macam mana mama jaga nenek."
Begitulah yang diucapkan oleh anak kecil itu ketika hari ibu kepada Tijah meninggal dunia.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih dan berkata iklan ini mengingatkan memori dengan ibu masing-masing. Nampaknya ia memang memberi impak kepada mereka!
"Sis jeles pada yang masih mempunyai ibu dan bapa. Bila menjelang hari raya, teringat sangat-sangat keduanya. Allah sahaja yang mengetahuinya."
"Wanita itu beri contoh hebat kepada anak kecilnya.."
Bagaimana pula dengan anda? Mungkin sudah berasa tidak sabar untuk mencium tangan dan memeluk ibu pada hari raya ini? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dh menagis sensorang tgok, ni yg malas nk buka tgk huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
thn ni byk iklan menangis
yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk
dh la cite mcm sama ms iols kecik..adik beradik 7 org 4 org kene naik bas bila nk blk kg..dh la dorang pn blk kelate tu
|
|
|
|
|
|
|
|
yg iklan tu aku mmg x click nk tgk, kalu tgk mgkin teresak2 jugak, sbb komen2 pun kata sedih amat,
habis tu mcm mana org dewasa nk berhari raya dgn gembira?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak paham la dorang suka buat iklan sedih
kita nk raya happy kan
|
|
|
|
|
|
|
|
memang menyentuh perasaan..
anak ramai tak semestinya boleh
jaga seorang ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan dah mati orang tua tu, asyik dok berebut harta pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tengok scene awal mengelak jaga mak tu pun hati dah sayu
|
|
|
|
|
|
|
|
da berpuluh tahun xde parents...
tumpang raya umah kakak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni byk iklan raya yg best2 kan... masing2 cbe bg yg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
hakak anti btol dgn iklan sedeyh2 ni. lg2 jalan cerita cliche. kudos to tnb utk iklan yg cemerlang tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni akaak nangis tengok buku akaun |
|
|
|
|
|
|
|
Raya dan kesedihan sinonim dgn umat mulayu. Org sambut raya sambut kemenangan, mulayu sambut raya mcm sambut kematian...Bodoh cam lancio. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni tak ada masa tengok iklan raya.tu jah satu tengok iklan dak aida sambut raya.aida ke haper nama |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok iklan tu dekat twitter ada orang share. Teruih menangis tengok. Nasib baik takde orang kat ofis. Kalau tak jatuh reputasi i . Pelakon iklan dia semua yang wow. Dari faizal sampai ke rahim razali semua ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|