View: 3510|Reply: 6
|
Orang kata kalau laki perempuan muka seiras.. jodoh panjang
[Copy link]
|
|
Orang kata, kalau muka suami isteri wajah seiras ni jodoh panjang.
Pelik kan, macam-mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya?
Rupanya isu ini pernah dibincangkan oleh pakar psikologi dan ini sebabnya macam mana wajah suami isteri boleh jadi seiras.
1. Wajah hampir sama kerana kerap bersama
Menurut kajian psikologi, semakin kerap pasangan bersama, semakin mirip wajah mereka. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.
Mereka juga cenderung untuk mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik semakin mirip antara satu sama lain.
2. Sebenarnya dari awal lagi kita cari pasangan wajah seiras
Apabila mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan, termasuklah wajah dan penampilan.
Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini.
3. Emosi boleh ubah karakter wajah
Pakar psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Ia merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras.
Manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dan otot-otot wajah berubah mengikut emosi.
Sumber : Mingguan Wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar juga pasal ni. Tapi sekadar dengar jela. Percaya jangan. |
|
|
|
|
|
|
|
chacon replied at 13-2-2017 11:11 AM
Orang kata, kalau muka suami isteri wajah seiras ni jodoh panjang.
Jodoh rahsia Allah |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin terlibat didalam pembedahan plastik. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan lepas pegi kursus fasi tu cakap kebiasaanya manusia ni cenderung mencari kawan/partner yang ade persamaan. cam contoh sama tinggi ke..warna kulit sama ke..mungkin jodoh jugak camtu. Kebetulan pulak aku pegi kursus tu ngan ofismate aku yang memang aku rapat..pastu panggil aku ngan ofismate aku dia guna untuk contoh masa kursus..katanya contoh cam kitorang sama katik..pandai cari kawan katanya..kuang asam.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|