BEIJING – Video seorang wanita berusia 30-an yang tergamak melanggar kaki seorang kanak-kanak dengan menggunakan motosikal telah mengundang kecaman ramai khususnya warga internet seluruh dunia.
Menurut laporan portal berita Shanghaiist, kejadian tidak berperikemanusiaan itu dirakam di bandar Guangdong, wilayah Yangjiang sebelum dimuat naik ke media sosial pada 2 Januari.
Menerusi rakaman berdurasi 41 saat, dapat dilihat mangsa bersama seorang rakannya cuba merayu kepada wanita itu beberapa kali, namun suspek tetap ingin bertindak kejam ke atas mangsa yang sedang menangis.
Ini membuatkan rakannya itu cuba mengheret mangsa sejauh yang boleh untuk menyelamatkan diri daripada wanita yang sedang marah tersebut
Wanita itu kemudian menjerit kepada dua kanak-kanak itu dan secara perlahan-lahan menunggang motosikal jenis skuternya untuk melanggar kaki mangsa, membuatkan rakan mangsa merayu agar wanita terbabit berhenti berbuat demikian.
Netizen di China turut meluahkan rasa kemarahan mereka dan mendesak agar wanita itu dikenakan hukuman yang sama.
“Wanita itu patut dihukum dengan berbaring di tengah jalan dan biar kakinya dilanggar traktor,” kata seorang netizen.
Menurut laporan, wanita berkenaan difahamkan telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
WAJAH SUSPEK BERSAMA SEORANG KANAK-KANAK TIDAK DIKENALI.
Post time 5-1-2017 08:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi kenapa??? Cannot brain la.. aku penah p seoul. Tido dekat epot. Yg dekat tempat sauna tu. Mmg ada asing laki n pompuan. N ada juga mix. Aku mestilah p bilik pompuan kan. Mmg full. Then aku tgk kat hujung ada mcm kosong. Tp yg tido tu kena anjak sket la. Then aku p la minta elok2 dia anjak. Dia punya pandang aku mcm what the hell. Pastu mcm huh. Then membelakangkan aku. Muka mcm cina hongkong. Mebi jugak korea. Tu je pon dah cukup buat aku rasa "gila selfish ko ni. Sila pupus". Aku xtau la kalau aku jumpa minah beijing ni. Mau meroyan aku
Post time 8-1-2017 06:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dorg mmg camtu. something wrong in their water. persamaan ketiga2 negara ni ---china, indon, india kalo korg makan kt tepi jalan dorg n mintak air kosong, air kosong dorg berkeladak. lol