CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2380|Reply: 18

Video Pukul Warga Emas: 'Jangan Lupa Kau Juga Bakal Tua Nanti!'

[Copy link]
Post time 7-10-2016 06:28 PM | Show all posts |Read mode


Video Pukul Warga Emas Di Pusat Kebajikan, Naik Kemarahan Netizen





Sebuah video menunjukkan seorang warga emas diperlakukan dengan sangat kasar oleh seorang lelaki, telah mencetuskan kemarahan netizen.


Melalui video berdurasi 11 saat itu, seorang wanita kelihatan duduk di sebelah katil sambil dimarahi oleh seseorang yang dipercayai pekerja di rumah kebajikan terbabit.


Tidak tahu apa punca dan sebabnya, namun perlakuan kurang hormat dan secara terang-terangan memukul seorang warga emas dilihat sebagai satu yang keterlaluan.







Berdasarkan informasi yang diberikan oleh netizen, kejadian berlaku di rumah orang-rang tua yang terletak di Klebang Besar, Melaka.


"Kesian orang tua dibuat camtu, ingat ngan mak..sayang dengan mak..ingat ya, esok-esok pun kita tua..belum tentu bahagia..

"Harap orang yang perlakukan orang tua ni macam ni dapat kesedaranlah. Ingat tak selamanya kita ni muda...bayangkan bila tua nanti orang lain perlakukan kita sebegitu?"








Itulah antara komen yang diberikan dari kalangan netizen. Siapa yang tak tersentuh dengan sikap kasar dan kurang ajar lelaki terbabit. Sedangkan wanita yang dipukulnya adalah dalam keadaan kurang berupaya dan juga lemah.


Dalam masa yang sama, netizen turut menyelar mereka yang merakam video terbabit kerana tidak membantu untuk menghentikan penderaan tersebut.


Apa yang akan anda lakukan jika melihat perkara yang sama? Apa pun semoga wanita tersebut berada dalam keadaan yang baik, dan berubahlah buat mereka yang bersikap kasar dengan orang tua! Ingat, suatu hari nanti anda juga bakal menjadi tua! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 06:45 PM | Show all posts
ada kwn2 aku share video ni...tapi aku  tak sanggup nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Video orang tua and kanak2 kena dera ke kena marah ke memang aku x sanggup nak tengok. Kalu tengok jugak memang saja buat nangis je la. Memang x sampai hati. Baca komen je kalu nak tau pape.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sampai ati nak tengok bideo..yang merakam tu pun dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya makcik tu! pekerja tu pun, kena bayar kot gaji kau!!!! mudah2 an dapat blsn setimpal berganda ganda!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg balasan setimpal tu kat anak anak nenek tu. Hantar kat rumah org tua manalah tahu apa org buat kat situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2016 01:48 AM | Show all posts
dh tahu kesabaran tak tinggi mana kau tak payah la kerja/volunteer di tempat2 yg perlukan kasih sayang n kesabaran yg tinggi ni.... kesian nye la hai nenek tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap pukul2 kepala..biadap betul la jantan ni..harap tua esok anak ko bt ko sebagai alas kaki..sekian :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2016 12:39 PM | Show all posts
Kimak tol...poliis, jgn nak sekadar tgk, sila amik tindakkan dan majistret sila kenakan hukuman maksimum. Jgn lah hukum sehari, mmg aku ludah majistret tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuang ajar tul.. yg tukang rakam pun 2x5. Rot in hell la ko, mangkuk tul, semoga esok ko tua, ko pun dilayan cm tu.. lg teruk dr tu lg bagos :
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye buat org mcmtu... X kesah la tua muda budak dah nyanyuk ke trtap manusia kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye buat org mcmtu... X kesah la tua muda budak dah nyanyuk ke trtap manusia kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 04:40 PM | Show all posts
siannya..           
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak la ko bangsat. Muka jelas  sangat, tunggu ja balasan donia k.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 11:45 PM | Show all posts
Sungguh biadap orang tu!!!yang ambil video tu pun sama!walaupun bukan ibu bapa mereka, mereka telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan penghuni penghuni sperti nenek ini!Semoga dia mendapat balasan kelak..esok lusa anak cucu yang buat dia macam tu.!mudahan pihak berwajib segara mengambil tindakan yang sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 11:45 PM | Show all posts
Sungguh biadap orang tu!!!yang ambil video tu pun sama!walaupun bukan ibu bapa mereka, mereka telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan penghuni penghuni sperti nenek ini!Semoga dia mendapat balasan kelak..esok lusa anak cucu yang buat dia macam tu.!mudahan pihak berwajib segara mengambil tindakan yang sewajarnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 11:14 AM | Show all posts
Kan.. kita semua akan tua jugak.. tu pun kalo hidup sampai umur tua.

Ai sedar diri makin tua sejak umur 29, tahun 2014 (banyak bencana menimpa negara kita kan masa tu..)..... life is so fast gitu..

So, kepada kita gen-y dan juga adik2 gen-z & so on.. korang takkan forever young tauu.. so jgn dok mengutuk penyanyi feveret ai, yg Madonna tu dah tua & kena pencen.. sapa performer yg sepower dia yg masih survive?? NO ONE. So bow to the Queen, b**ches.. hiks

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 07:13 PM | Show all posts
dah kena masuk dalam kan bangsat ni..elok yg kt dalam tu pakat belasah pulak dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nenek tu..tengok raut muka dia pon nampak sangat dia takut..cepat2 dia lindung muka dia dengan tangan sbb tak nak kena pukul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.316888 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list