CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5785|Reply: 19

Misteri yang tak terungkai. Bapak aku hilang ingatan tiba-tiba

[Copy link]
Post time 26-9-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by husie91 at 26-9-2016 12:17 PM

Assalamualaikum semua

Aku selama ni SR je kt bod seram ni. Cuma tetiba rasa macam nak cerita satu kisah sedih + misteri yang berlaku kat keluarga aku. Tujuan aku cerita ni aku nak tau apa yg telah berlaku kot ada kt sini yang pernah mengalami benda yg sama atau boleh share experiences masing2. Seram tu taklah kot cuma lebih pada misteri yang tak terungkai sebab benda ni pon pertama kali berlaku dlm keluarga, bab2 mistik ni aku mmg jnis malas nak amik port tapi bila berlaku dekat diri sendiri terpaksa amik port huhu.

Okay long story short, kisah bermula bila bapak aku tiba2 demam pastu sakit tak sedarkn diri. Sebabkan dia cuma tggal dgn adik aku yg masih sekolah so masa dia sakit yang uruskn dia kwn kerja dia. Aku panggil abg F jelah eh. Aku masa tu kerja kt selangor, aku tau bapak aku sakit tau2 dh masuk hospital pon dari abg F. Aku tau dia demam tp tak sangka plak masuk hospital. Abg F call bgtau aku bapak aku sakit suruh aku balik tgok tapi macam pelik sikit sakitnya sbb dia taknak bangun langsung nak tidur je pastu tak kenal siapa2 langsung. Gap dia demam dan masuk hospital tu dalam seminggu.
Mcam tak make sense dalam masa tu boleh hilang ingatan tiba2 sedangkan dia tak jatuh or accident pape pon.

Along that way, usaha yg dilakukan adalah mri scan, jumpa doktor pakar sampai kena tahan ward berhari2 tapi doktor stil tak dapat detect sakit apa. Bukan strok/angin ahmar, bleeding or blocking kt brain ke apa. Cuma conclusion yg dorg boleh buat itupon tak pasti. Dorg ckp maybe brain damage. Sudahnya bapak aku jd tikus makmal je kt hospital    :

Ada beberapa kisah misteri yang berlaku cuma sebelum tu nak tanya ada ke forumers kat sini yg penah ada pengalaman yang sama. Huhu jom lah share. Sakit bapak aku ni dia nak tidur je taknak makan & minum pastu tak kenal sesiapa langsung. Ibarat patung bernyawa ada jasad tapi tak berjiwa.

Update : ada juga iktiar cara traditional tp saje nak dengar pengalaman org lain. Thanks  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 10:15 AM | Show all posts
saka ????
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 10:18 AM | Show all posts
Cuba usaha cara tradisional pulak..tak salah berusaha merawat..
berubat dengan perawat Islam, ustaz or ustazah
kalau kena santau, memang tak lalu makan tapi tak boleh tidur
ayah tt ni elok pulak tidur memanjang

kes tt ni lebih kurang kes arwah ayah saya tapi arwah ayah saya bukan hilang ingatan
check kat spital, mri scan, x ray, apa jenis rawatan sekalipun, tak ada conclusion dari pihak doktor
padahal dah lumpuh kaki, dari paras pinggang ke bawah,
org lumpuh ni sepatutnya darah tak mengalir kat tempat lumpuh tu (jadi sejuk) tapi kaki arwah ayah saya still panas macam biasa.
doktor pun tak reti nak conclude apa penyakit..

saya macam tt la jugak, sebelum ni tak ambik port pasal mistik ni
tapi lepas kejadian yg berlaku pada arwah ayah saya, saya sampai penat berubat sana sini
and 3 perawat beritahu yg arwah kena santau yang sampai membunuh
ya, tiga bulan sakit, arwah ayah meninggal
dan di sijil kematian, COD nya ditulis: Sakit tua...
do you think???

bukan menolak ketentuan Allah, mati itu pasti. Cuma jangan disangkal hal mistik ni...
dalam Quran pun ada nyatakan benda jin dan syaitan ni, dan sihir semua......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-9-2016 10:18 AM
Cuba usaha cara tradisional pulak..tak salah berusaha merawat..
berubat dengan perawat Islam, ustaz ...

Thanks ipo sebab sudi baca and respond thread ni. Aku percaya benda2 mistik ni ada tlibat dlm kes sakit bapak aku ni cuma aku taknak taksub sgt apa2 dh fikir bnde ni berkaitan mistik. Tapi lepas semua benda check kt hospital tak jln, infact takde klu langsung apa yg berlaku kt bapak aku tu baru aku try cara traditional. Aku bawak bapak aku kluar pon doktor tak bg. Doktor yg rawat bapak aku semua non-muslim. Dorg siap nk refer bapak aku kat hkl ke hukm tak ingt dah utk jumpa pakar sakit otak. Dorg ckp otak bapak aku mengecut  

Tapi ada satu peristiwa yg aku takleh lupa, masa hari aku balik kg nak tgok bapak aku tu. Aku mimpi aku masuk rumah kayu, tp dlm rumah tu banyak pintu aku nak kluar tak tau nk buka pintu mana satu. Sampailah ada satu pintu terbuka ada perempuan hulur tgn smbut aku bgtau ni pintu kluar. Pastu aku terjaga. Apa maksud mimpi tu??  

Btw ipo, end up bapak kau tau tak punca dia apa? Sedihnya dgr smpai arwah dibuatnya. Kira mmg sihir tu niat nak bunuh arwah ayah ipo ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 26-9-2016 10:15 AM
saka ????

Minta org2 yg pandai berubat tgokkn memang ada unsur saka tapi mcm2 kemungkinan. Sampai skrg taktau lg apa punca sebenar. Sebab tu nak tau ada ke sesiapa lg penah alami bende sama huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 12:34 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

Uncle doakan Ayah husie91 akan segera sembuh...aminnn


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 08:54 AM | Show all posts

kau seriously sangat annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 09:24 AM | Show all posts
Arwah mak pernah cerita dulu waktu muda... when my brothers were still young,
dia kene buat org...tak makan tak minum tak tidur...sampai mcm mayat berjalan..pucat giler...as described by ipar dia.

maybe something similar happened to ur dad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 02:27 PM | Show all posts

Mod sila tolak kredit haiyooo ni..
Annoying betul banyak thread dia cemarkan dengan komen berulang2.
Banyakkkk pulak tu aishhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
shalola replied at 27-9-2016 05:53 AM
Haiyooo...

Kat memana benang memang ko suke komen bnda sama bpuloh kali berderet2 eh?dah tu klo line tenet prob skalipun takkan tak reti2 nk edit or delete komen2 same tu lps line dah ok..stop la its annoying ok orang masuk nk bc kisah or update tred bkn komen2 ko bderet2 yg tak mbantu tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
husie91 replied at 26-9-2016 04:13 AM
Thanks ipo sebab sudi baca and respond thread ni. Aku percaya benda2 mistik ni ada tlibat dlm kes  ...

elokla refer ke hkl or hukm. napa x pegi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt pe cer ngan ayah ko.. Dah g berubat lom. Pape update k
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sepupu saya kena lebih kurang awal tahun lepas. demam x kebah. tiba2 jadi mcm strok. bawak pergi hospital semua normal. ada satu hari dia x kenal org. tiba2 speaking berabuk. lepas tu suspek gangguan mistik ni bila azan dia marah2. ada masa dia jelir2 lidah dengan mata buntang macan patung dewa india.
dia tetap kena tahan ward dan Dr diagnos sebagai sawan sebab insurance. berubat dengan beberapa ustaz, alhamdulillah. benda tu duduk dekat saraf belakang tengkuk. sebab tu dia jd macam stroke.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shalola replied at 27-9-2016 05:53 AM
Haiyooo...

Boleh tak jgn spam? Nak kutip tacang bod lain la. Semak je. Nak baca pun tak senang
:

Cc : @BabeYSHa sory tag lg. budak ni spam lagi. Menyampah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ok ke ur dad?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 11:27 AM | Show all posts
Hmm...citer awk ni mcm lebih kurang pengalaman family saya laa..bapak angkat saya. cuma ada beza sikit sebab bapak angkat saya still boleh jalan, makan minum sendiri dan lain2. saya namakn bapak angkat saya tu ustaz la ya. sebab dia mmg bekas ustaz mengajar sekolah rendah.

citernya bermula pada suatu malam..tak silap saya lebih kurang pkl 12mlm mcm tu. masa tu, rumah saya baru lepas kenduri. sajalah, buat kenduri doa selamat sebab dari hari pertama masuk rumah tak penah lagi buat doa selamat dan solat hajat. kebetulan, rumah ustaz sebelah rumah saya. malam tu, sebelum dia masuk rumah dia rancak je bebual, ketawa2...so, tak expect pun nak jadi mcm tu. kami semua temasuklah isteri ustaz saya panggil "mak jah" je lah ya gotong royong bersihkan apa yg patut. bila semua dah settle, kami semua masuk la rumah masing2 sebab makan2 buat di luar rumah, ada khemah memandangkn takmo kemas dalam rumah. nampak tak malasnya tu. hihi. cuma solat dan bacaan yasin je dlm rumah.

tiba2 saya dengar anak mak jah panggil sambil ketuk pintu minta saya dan asben pegi rumah. dalam hati berdebar juga ada yang tak kena. tiba dalam rumah, saya nampak ustaz elok baring atas katil. saya tanya pada mak jah, kenapa? apa yang jadi? mak jah cakap dia cuba kejutkan ustaz nak bagi makan ubat sebelum dia tidur lena, tiba2 ustaz marah2..dan bertindak agresif. dia cakap "jangan bising la, nak tidur. pergilah tidur sana. jangan ganggu, bising2 kat sini." berulang kali mak jah dan anak2 nya pujuk makan ubat tapi ustaz buat tak tau je. sebaliknya marah2. so, mak jah minta saya pulak tolong kejutkan ustaz (memandangkn saya dan asben ni mmg rapat la dengan keluarga mereka. dah macam anak sendiri..sampai klau masak ke pegi mana2 ke mesti kitorang join sekali. kalau masak lebih pun hantar sebelah kadang2 berbalas2 makanan. tu lah hikmahnya hidup berjiran). masa tu mmg saya tak rasa apa2 la dan terus cuba kejutkan ustaz. tiba2 ustaz terus bangun duduk pandang saya & asben sambil tanya "kenapa..kenapa...ada apa?.." saya cuba tunjukkan ubat2an tanda dia kena makan sebelum tidur. tapi still dia buat tak tau dan sambung baring semula. saya minta mak jah bawakn air mineral segelas dan cuba bacakn apa yg patut (mengikut petua arwah ayah) dan sapu pada muka ustaz. time tu saya rasa tiba2 jadi seram sejuk. huhuuu...sudah! selang beberapa minit dia jaga semula tak cakap apa terus amik ubat makan. abis makan ubat terus baring semula tanpa sepatah apa pun tidur balik.

so, kitorang biarkan je lah dia tidur sampai esok paginya. tapi bila saya balik ke rumah, hati ni tetap berdebar2 terus jenguk anak yg tengah tidur dalam bilik. alhamdulillah, tak ada apa2. saya pun terus buka citer pada asben, kot2 la dia rasa yg sama. asben pun buat la andaian sendiri maybe ustaz penat tu yg dia mcm meracau kot atau asben tak nak saya takut ke. wallahualam. so, saya pun takmo la fikir bukan2. maybe la kot, sebab dari siang dia laa yg paling busy. haha. kitorang ni dah larang dia tolong2..siap susun meja kerusi bagai takut dia penat. tapi dia cakap bukan kerja berat pun lagipun dia cakap dia happy sgt hari tu. maklumlah, mak jah kata dah lama pun tak buat kenduri last pun time anaknya kahwin 3thn lepas.

esok paginya, saya terus pergi umah mak jah tengok keadaan ustaz. mak jah gitau ustaz bangun lewat tak solat subuh lepas tu diam je. bila tanya2 pun senyap je. cuma dia cakap nak apa...apa dia...terus marah2. saya suruh ank2 mak jah bawa ustaz pegi klinik or hospital check darah. maybe ada something happen like brain damage. so, bila dah check doc cakap sume ok tak ada masalah. tapi ustaz still dalam keadaan sama setiap hari. solat pun tak kira masa ala2 macam org nyanyuk. mandi pun sehari sekali je ikut suka dia. memang sedih sgt lah time tu kitorg. mak jah dgn anak2 lagi la buntu tak tau nk ubati mcm mana lagi. so, ikhtiar terakhir bawa p berubat kampung... dah pulak mcm2 version. tersampuk laa, ada benda menumpangla..macam2 lagi. sampailah skrg. still dalam keadaan yg sama.

banyak kemungkinan yg berlaku pd ustaz. maybe saraf or akibat tekanan darah tinggi ke? tapi musykil bila check doc cakap tak ada yg abnormal. cuma pendengaran dia totally lost. tu yg dia cepat marah, becakap kuat, cakap sorang2 seolah2 dia dalam dunia dia sendiri lah. atau maybe ada kebenaran jgk something yg 'ghaib'...sebab mengikut citer2 mak jah, family sebelah mak jah i.e. mak kepada mak jah sendiri dijaga oleh bunian..dan lagi kawasan rumah kami tu pun port diorang.

ada banyak lagi citer sebenarnya...nanti2 ya bila free sambung. ada tugas hakiki yg perlu di settle kan di opis ni...hihihi

*pssttt! sorry tau klau jalan penceritaan tak menarik or susah utk difahami..sekadar perkongsian..huhu...*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 04:33 PM | Show all posts
Edited by aiva at 26-10-2017 04:35 PM

Assalamualaikum Tuan Tanah (TT),
Aku terpanggil dengan topik ni sebab tajuknya ada kena mengena dengan  Arwah Datuk dan Bapa aku
aku ringkaskan sahaja lah cerita pasal Datuk aku dulu;

Arwah datuk aku ni bekas polis dan sebelum dia meninggal  memang dia berpenyakit pelik, pelik pada mata keluarga kami... kerana dia melarikan diri dari rumah di luar sedar iaitu semasa sedang duduk rehat, tiba-tiba dia keluar lari ke jalanraya... dengan mata tertutup boleh lari laju keluar rumah walaupun rumah tuh bertutup pintunya....orang tak perasan bila masa dia bukak pintu itu tiba tiba jer dah keluar berlari luar rumah..

Selain itu, waktu tidur malam sering meracau sampai menghempas badan, nenek aku yang tidur sebelah datuk aku, lari ketakutan . So berpakatlah bapa aku dan adik beradiknya  panggil perawat... salah satu ANTARA rawatannya ialah menurun.. suara perawat bertukar pada suara perempuan, masa tu aku ada tengok sekali upacara menurun tu, ketika itu umur aku 12 tahun. Suara perempuan tuh berkata dia dah lama tengokkan datuk aku  dan perempuan tu menyalahkan nenek aku kerana meninggalkan atok aku ketika sakit. Untuk pengetahuan korang, nenek aku tak pernah tinggalkan datuk aku.


Dalam upacara menurun itu, emak aku pun kena berubat dan perempuan itu telah memberi bunga mawar hitam pada emak aku, kegunaan bunga mawar hitam itu ialah supaya emak aku pandai mengurut.

Dipendekkan cerita, selepas arwah atok meninggal dunia, sepupu perempuan ternampak seorang perempuan berdiri di seberang jalan memakai kebaya hitam, bersanggul dengan bunga mawar hitam.

habis bab arwah atok aku.

Adik-beradik ayah aku ada 6 orang kesemuanya...
Anak pertama  -  Mak Long            

-  satu satunya anak tunggal dia iaitu anak perempuan dah kahwin tapi tak dikurniakan anak  


Anak kedua     -  Arwah Pak Ngah
-  tiada anak


Anak ketiga     -  Mak A                  
-  Anak lelaki bongsu suka cakap seorang diri, tak bekerja lepas belajar macam tak betul dah, kuat tido


Anak keempat -  Bapa aku            
-  anak 6 orang, anak lelaki tunggal, kuat tido, tak habis belajar degree dan bila kerja kena buang kerja, umur 25 tahun baru rajin bekerja tapi kerja tak ingat siang malam.


Anak kelima    -   Mak N                  
-  anak lelaki (sepupu aku) sakit misteri macam arwah atok jugak


Anak keenam  -   Pakcik H              
-  anak 4 orang perempuan, yang sulung tak kawin kawin walaupun umur dah menjangkau usia 30an, adik adik dia semua dah kahwin, sekarang tengah amik Master dalam bidang aku tak tahu

Bapa aku punya kisah

Tahun lepas , bapa aku bawak motor dari Cheras sampai ke Nilai tanpa sedar,

dia sedar dia dah berada di Highway dan dia terus menuju ke RnR Nilai terus call mak aku
so adik lelaki aku pergi amik bapa aku dengan motor bapa aku sekali pakai  hilux

Langkah yang aku buat aku bagi dia makan Fish Oil

perkaitan mungkin bapa aku ada Penyakit Alzheimer
ianya menjadi misteri bila pesakit bertindak di luar dugaan lari tiba tiba.. tanpa sedar berada di tempat asing
macam kes atok dan bapa aku ni..





Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 03:12 PM | Show all posts
aiva replied at 26-10-2017 04:33 PM
Assalamualaikum Tuan Tanah (TT),
Aku terpanggil dengan topik ni sebab tajuknya ada kena mengena den ...

Wow
Macam panjang lagi hikayat cerita nie.
Ada sambungan lagi ke tragedi-tragedi yang berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 04:54 PM | Show all posts
kivio replied at 30-10-2017 03:12 PM
Wow
Macam panjang lagi hikayat cerita nie.
Ada sambungan lagi ke tragedi-tragedi yang berlaku?

tak der kot
biasala orang melayu dulu dulu  tak de benda benda ni tak sah

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:55 PM | Show all posts
Pakcik aku pun ada yang tetiba strok pastu x leh cakap terus..tak bole jalan tak ingat orang
Kitaorang suspek dia kena gangguan sebab arwah mak pakcik aku ni dulu ada ilmu
Selalu duk ajar cousin aku bacaan untuk bagi orang suka, untuk senang dapat keje. Nak meninggal pun susah

Nenek cousin aku ni x yah keje pun sebab dia cakap orang bunian bagi dia duit belanja tiap bulan. Aku rasa bukan orang bunian.Saka kot.

Bila tuan dah meninggal duk la nak cari tuan baru. pakcik aku pulak maybe tak nak terima tapi terpaksa tu yang jadi macam tu.

Dulu pakcik aku ni alim sangat sampai boleh ubatkan orang sakit. Carikan benda hilang dengan solat hajat. Siap aku kalo x pakai tudung kuar dgn anak dia mmg dia hamun aku depan orang ramai padahal aku belum akhil baligh lagi masa tu. Nak pakai jeans pun dia tak bagi.

Sekarang nak zikir pun dia x nak..Marah kalo orang suruh dia solat. Tak nak puasa.Semua tak  nak.
Masa mula-mula dulu kami semua pelik. Sekarang ni sebab dah lama sangat sakitnya..redho je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.243414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list