Artikel Oleh Dean BZ | Video Oleh Siti & FirdausZ | Suntingan Visual FirdausZ
Pernah tak anda mandi wajib selepas bersahur atau setelah masuk waktu Subuh?
Persoalan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan hukum. Kebiasaannya golongan wanita yang datang bulan, lelaki yang keluar air mani secara tidak segaja dan pasangan suami isteri yang melakukan jimak dimalam hari pasti berhadapan dengan situasi ini.
Ada yang suka melewat-lewatkan mandi wajib mungkin kerana terlalu sejuk untuk mandi dipagi hari atau terlupa masih berada dalam keadaan berhadas besar.
Adakah sah puasa jika terlewat mandi wajib. Jom kita tanya pendapat orang ramai dan ikuti kupasan oleh Ustaz Firdaus Subhi berhubung hal ini. - CARI Infonet. |