View: 2456|Reply: 18
|
Syafie Naswip Cari Duit Tanam Dan Jual Sayur
[Copy link]
|
|
Umpama pepatah, berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Itu yang kini dilakukan pelakon filem dan drama berkakiber, Syafie Naswip, 29.
Pelakon filem Mukhsin dan Songlap itu begitu rancak melakukan aktiviti berkebun sayur-sayuran di kawasan rumahnya secara kaedah tanaman dalam pasu sejak Januari lalu.
Syafie berkata, sudah banyak kali dia menikmati hasil tanamannya itu dan ada yang dijualnya. Sekali gus dapat menjana pendapatan sampingan lain.
Foto: IG
"Alhamdulillah, walaupun sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sudah lama saya berehat dari penggambaran, tapi sepenuh masa di rumah tetap dilakukan aktiviti.
"Dengan hasil bercucuk tanam ini, sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan harian seperti membeli sayur. Malah, menariknya lagi saya juga boleh menjual untuk tambahan pendapatan. Tidaklah rasa terjejas sangat," katanya.
Bagaimanapun, baru-baru ini apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, Syafie serta rakan artisnya yang sudah berlakon sejak kecil bekerjasama membuat aktiviti amal.
Mereka sepakat melakukan jualan barangan kesayangan atau'prelove' seperti pakaian pada harga berpatutan untuk mengumpul dana bagi membantu membeli keperluan dapur untuk disumbangkan kepada keluarga yang mengalami pendapatan terjejas akibat Covid-19.
"Melihat situasi penularan Covid-19 dalam negara yang makin membimbangkan sekarang, ramai orang kehilangan pekerjaan. Malah, ada juga yang mengalami kemurungan hingga sanggup membunuh diri kerana kesempitan hidup.
"Saya pun pernah hidup susah dulu, jadi saya sangat bersimpati dengan keadaan menimpa sebilangan warga Malaysia akibat pandemik ini. Terutama, bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak ramai.
"Ditambah, saya dan adik pun setiap hari mendapat kiriman mesej (DM) di Instagram dari orang ramai tidak dikenali meminta bantuan kami. Saya tiada wang yang banyak, jadi kami anjurkan jualan 'prelove' ini," katanya.
Menurut Syafie, dengan pembabitan rakan artis lain berminat untuk turut sama menyertai dapat dikumpulkan lebih RM8,000 untuk dana bantuan itu.
Malah, menerusi usaha kemasyarakatan yang murni itu, Syafie dan rakan membantu lebih 100 keluarga memerlukan. Katanya, bantuan tidak disalur secara kewangan, tetapi semua keluarga menerima sumbangan keperluan makanan diperlukan.
Bagi melengkapkan misi bantuannya, Syafie turut membuat keputusan melelong trofi kemenangannya di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dengan harga RM10,000 dan difahamkan kini sudah ada pembeli. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus laa gitu... iols ngefans dengan u sayunk eh eh |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia ni emsem
Muka cam badboy giteh |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la..bukan nak kata,
org yg susah tapi sihat tu...aku yakin sgt sebab depa pemalas.
Malas nak keluar dari kesusahan pun ye.
rumah kotor pun sebab pemalas. bukan sebab tak cukup masa ke apa.
Bersyukurlah jika anda seorg yg rajin.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah gitu je la naik nye...
mak iols main campak2, hidup belaka..
fedap. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jgk bdk ni
rajin
dh la berlakon pun best
lalu lalang tiktok lagu hindustan dia kat FB
terhibur tengok |
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
i pon tgn pnsorg kata penah tanam tp sume mati, terutama bunga ros,punyala imagine nk bela n belai tup2 layu n mati. try tanam sayur pon gitu xmau jgk. hampeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Uii. Smpi padi dia tanam. |
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
Aku plk asal tanam je baru nk naik kucing berak mati terejung |
|
|
|
|
|
|
|
adusss..iols terjebak..
sawit la plak dak pie nie.. hencem..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni. Patut dicontohi oleh rakyat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya..nampak cm sejenis pengemas.. |
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
Samalah! Iolss siap beli lg anak pokok mulberry. Dah ada bunga lagi kot. Tak hidupppp!!! Mak iolss amik anak pokok yg tak berbunga kot dari jiran. Hidup sihat walafiat. Dah makan dah pun buah dia.
Sume pokok kat rumah ni mak iolss la yg tanam. Segar bugar. Cili, bayam brasil, daun kesum, pandan, daun kari, sume tu siap bagi org lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebun dia bersusun kemas je.. rajin orangnya ni.. dah la suka masak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik tanam sayur daripd terjerit2 minta bantuan dana kan.. Adalah artis2 manjeh tu, takda duit nak bayar alphard.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|