CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6200|Reply: 63

[Tempatan] Berita biasa: hampir seluruh Cameron Highlands diteroka

[Copy link]
Post time 8-11-2014 07:50 AM | Show all posts |Read mode

Kawasan berbukit yang ditarah untuk ditanam sayur oleh pekebun dirakamkan di Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, semalam.

CAMERON HIGHLANDS 7 Nov. - Hampir keseluruhan tanah di daerah ini sedang diteroka sama ada secara sah atau haram bagi tujuan pertanian dan juga pembangunan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, meskipun perkara itu dilakukan secara terang-terangan sejak beberapa tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh kerajaan negeri serta pihak berkuasa.

Katanya, tiadanya pemantauan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa menyebabkan aktiviti meneroka tanah pertanian secara haram semakin berleluasa.

“Kalau kawasan yang diterokai itu adalah pedalaman, mungkin kerajaan negeri serta pihak berkuasa boleh beri alasan terlepas pandang, tetapi aktiviti pencerobohan berlaku di tepi-tepi jalan utama.

“Kami banyak terima aduan daripada penduduk di sini bahawa berlakunya aktiviti penerokaan tanah di kawasan yang jelas terpacak papan tanda dilarang menceroboh. Tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa, mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dan tidak melakukan pemantauan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai bencana banjir kilat kedua yang melanda daerah ini dalam tempoh dua tahun yang telah mengorbankan sembilan nyawa.

Mengulas lanjut, Ramakrishnan juga menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan racun serangga secara tidak terkawal.

Katanya, hasil tanaman di negeri ini tidak lagi diterima oleh Singapura kerana faktor racun tersebut yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai.

“Selain itu, pembangunan projek di negeri ini diluluskan tanpa kawalan. Tiada pemantauan dilakukan terhadap projek pembangunan menyebabkan faktor keselamatan sekitar kawasan ini boleh dipertikaikan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut seorang aktivis alam sekitar yang hanya mahu dikenali sebagai Raja, 35, daerah ini akan hilang status lokasi pelancongan sekiranya aktiviti pencerobohan tanah pertanian haram terus berleluasa.

Beliau yang merupakan anak jati daerah ini mendakwa, apa yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan perbuatan rasuah oleh beberapa kakitangan agensi awam yang tidak bertanggungjawab.

“Apa yang saya kesalkan ialah tiada tindakan diambil oleh kerajaan negeri terhadap perkara ini. Sejak berlakunya tragedi banjir kilat tahun lalu, jumlah penerokaan tanah pertanian haram bukan sahaja tidak berkurang, malah bertambah setiap hari.

“Ahli Parlimen pula seperti tidak membantu dalam isu ini sehinggakan penduduk di sini berasa sangat kecewa. Dulu pun berlaku hujan lebat, tetapi tidak terjadi bencana seperti hari ini,” jelas beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2014 07:51 AM | Show all posts
Pihak berkuasa didakwa ‘tutup mata’
08 November 2014 2:20 AM


CAMERON HIGHLANDS 7 Nov. – Sikap berdiam diri pihak berkuasa tempatan terhadap aduan mengenai kegiatan penerokaan tanah secara haram untuk pertanian yang berleluasa di daerah ini menimbulkan kemarahan penduduk.

Penduduk memberitahu, sikap sambil lewa pihak berkuasa bukan sahaja menyebabkan mereka kecewa dan berputus asa malah beranggapan golongan itu telah dibayar untuk 'menutup mulut'.

Seorang penduduk, M. Shekar, 45, memberitahu, pembukaan kebun secara haram yang semakin berleluasa adalah dalam pengetahuan pihak berkuasa namun tiada sebarang tindakan diambil.

Katanya, ini mencetuskan persoalan apabila pihak berkuasa tempatan tidak mampu untuk bertindak.

“Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh bukan perkara baharu. Sudah banyak aduan yang kami buat tetapi keadaannya tetap serupa. Kebun-kebun haram bukan semakin sedikit tetapi bertambah banyak.

“Mereka jangan cakap tidak tahu mengenai perkara ini. Jika cakap tidak tahu memang penipu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Juliana Sadri, 43, beliau kesal apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai tragedi yang bukan sahaja memusnahkan harta benda malah mengorbankan nyawa.

Katanya, lebih menyedihkan apabila setiap laporan yang dibuat tidak kira kepada pemimpin tempatan ataupun menteri, semuanya tidak diambil peduli dan didiamkan begitu sahaja.

Bagi R. Margaret Roslin, 49, sejak 30 tahun menetap di daerah itu, jarang kejadian banjir kilat dan runtuhan berlaku kecuali sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran penerokaan secara haram yang tidak lagi terkawal.

“Sekarang hujan lebat sekejap sahaja, air sungai cepat naik. Ini semua disebabkan oleh penerokaan tanah yang tidak terkawal.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan, jangan hanya tahu bercakap kosong. Semua aduan kami ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,’’ katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak la diorg nak tarah cameron tu camne... bila dah jadi tanah runtuh bagai baru nak insaf. Itupun insaf sekejap je tu... nanti lepas setahun diorg tarah balik. Pihak berkuasa pun buat bodoh buat ape kita nak amik tau....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh nak.buat mcmana..terlepS pandang sebab dpt duit kopi

Eh..yg bangla rumah agam.tu dia punya kebun legal ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarahlah selagi boleh
Biarlah gondol pun takpe
Kalo bleh buatlah lagi smpi 10 thn akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarah le.. nnt banjir lumpur ke banjir ape ke,jgn nk salahkan alam la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini tak penting... Yang penting ialah "Anwart peliwat!!Anwart pengkhianat bangsa!!! PR penipu!!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 09:50 AM | Show all posts
lepas diteroka secara haram
kerajaan BN akan bantu besarkan sungai dgn kos RM40 juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 09:52 AM | Show all posts
selayaknya yg makan rasuah tu dgn yang bagi rasuah di campak dalam banjir lumpur
menjahamkan alam sekitar - cam sial
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:33 AM | Show all posts
suka pergi CH ni...yg krg syoknya dah x rasa sejuk....
adakah 1 hari nanti CH ni dh x jd kawasan pelancongan lg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:33 AM | Show all posts
Mmg Cameron dah rosak...Cuba pi google earth tengok Cameron highland, sure u Akan terkejut apa yg terjadi dgn Cameron highland ni...beberapa bukit kat sana dah botak replaced by vegetation...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:52 AM | Show all posts
encikWawad posted on 8-11-2014 09:52 AM
selayaknya yg makan rasuah tu dgn yang bagi rasuah di campak dalam banjir lumpur
menjahamkan alam s ...

wah emosi sgt encikwawad
tp btol la, patutnya org yg bertanggungjawab ni campak je dlm banjir lumpur tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:53 AM | Show all posts
liyanur posted on 8-11-2014 10:33 AM
suka pergi CH ni...yg krg syoknya dah x rasa sejuk....
adakah 1 hari nanti CH ni dh x jd kawasan pe ...

kan, dah tak sejuk sgt
suma dah kene tarah, lama2 nnt jd panas la
dah tak special lg nak g bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka jerlah. Dlm al Quran pun ada sebut, Firman Allah, tidak berlaku kerosakan di atas mu.ka bumi ini melainkan disebabkan oleh tangan2 manusia itu sendiri.
Klau bencana Tsunami tu adalah jgk rasa belas ihsan . Tapi mcmni hrmmm lntkler korang, dah pandai2 bg jahanam tarah sana sini maka pandai2lah nk bg elok balik. Tu pun klau sedar dirilah. Kalau tdk tarahler trus sampai jd rata. Tukar namalah jd Cameron Lowland
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:59 AM | Show all posts
musangcomel posted on 8-11-2014 10:52 AM
wah emosi sgt encikwawad
tp btol la, patutnya org yg bertanggungjawab ni campak je dlm banjir lum ...

emosi lah - cameron tak special dah
tak sejuk cam dulu2
tamak punya pasal - habis hancur alam
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:07 AM | Show all posts
encikWawad posted on 8-11-2014 10:59 AM
emosi lah - cameron tak special dah
tak sejuk cam dulu2
tamak punya pasal - habis hancur alam

btol la cameron dah tak best
dulu best sbb sejuk, fefeling cam kat oversea
skrg takde beza pon ngan tempat lain
dah tak special
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 11:09 AM | Show all posts
cepat2 sikit gondolkan cameron highlands tu.....melingkuplah CH tu xde org nk gi bercuti lg
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kalu ckp kt officer pnguatkusaan nanti depa akan ckp asal org rmai xreport.. bila ckp org rmai dah report nanti depa ckp.. depa xleh wat ape.. kekangan dr org atasan.. kahkahkah dah hafal skrip
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:14 AM | Show all posts
ramai yang buat2 terkejut....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
musangcomel posted on 8-11-2014 11:07 AM
btol la cameron dah tak best
dulu best sbb sejuk, fefeling cam kat oversea
skrg takde beza pon n ...

Dolu2 in 80s kalo pi CH, weols siap wat mcm omputeh..bila bercakap, kuar asap kat mulut gitu
In 90s ms aku pi stadi kat UK, aku golak2 balik sbb jakun sungguh teringat balik bila bercakap kuar asap kt mulut time winter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.096328 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list