Last edited by sue_cinta on 27-7-2012 12:14 AM \n\n
beldandy posted on 25-7-2012 04:53 PM
ini pandangan kengkawan:
1. senaraikan dulu moments dan subjek yg perlu di capture dalam sesuatu ...
Compose dalam fotografi disebut Photography Composition
Ape kejadah plak photography composition (compose) nie?
• Simplicity ← bukan ct nurhaliza nye product kecantikan yew...
• Rules of Third
• Balance
• Framing
• Lines
Simplicity
- Simplicity membawa maksud "simple" atau mudah. Merujuk kepada shot gambar yang tak serabut or "simple". Dari tujuan komposisi, nak menonjolkan subjek utama kepada mata yang menatap sesuatu gambar. Contoh simplicity ni selalu kita boleh tengok kat "product Shoot".
E.g:
• Gambar di bawah nie, gunakan background yg mempunyai latar yang sekata (sama warna/sama terang/sama gelap) agar subjek utama "pemberat" menjadi titik fokus pandangan dalam gambar tersebut.
• Ni lagi satu contoh iaitu bunga yang diambil dengan setting aperture besar dengan warna background yang boleh asingkan (isolate) subjek agar nampak menyerlah daripada objek lain.
Rule of Thirds
- Rule of Third merujuk kepada bagaimana kita komposisikan sesuatu subjek dalam shot yang diambil. Bayangkan apa yang kita lihat dalam viewfinder tuh terpecah kepada 3 bahagian menegak + 3 bahagian melintang yang sama banyak seperti gambar kat bawah.
Jadi, apabila kita mengambil gabar, cuba komposisikan subjek yang ingin diambil gambarnya pada salah satu tempat persilangan garis menegak dan melintang seperti titik biru (•)
E.g:
• Pokok yang paling besar dikomposisi pada pertemuan antara 1/3 daripada atas (+) 1/3 daripada kanan... betul2 pada titik biru kanan atas. Manakala kerbau dah pesawah dikompisisi pada 1/3 daripada bawah (+) 1/3 daripada kiri... betul2 pada titik biru bawah kiri.
Balance
- Membawa maksud sama rata / seimbang. Merujuk kepada gambar yang dikomposisi secara seimbang dibahagian kiri dan kanan sesuatu subjek: Warna / Bentuk / Objek / Ruangan.
E.g:
• Gambar di atas diambil secara balance dari segi ruang latar belakang berwarna biru. Perhatikan bground warna biru dikomposisi secara seimbang pada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan - manakala subjek (gambar model tiruan capsicum) di tengah-tengah. Dari segi keseimbangan warna, capsicum kuning berada di kedudukan kiri dan capsicum merah di kedudukan kanan...dibahagikan secara seimbang, pada bahagian kiri dan kanan gambar.
Framing
- Merujuk kepada bingkai maya yang digunakan untuk menarik perhatian pemerhati sesuatu gambar kepada subjek utama yang dirakamkan. Framing ini boleh jadik objek semulajadi seperti pokok, bangunan, objek, dsb nya.
E.g:
• Bentuk unik berupa bulatan pada pagar (bangunan/objek) telah digunakan sebagai "framing" kepada subjek utama iaitu kastil / rumah agam.
• Contoh di atas pula adalah "framing" yang menggunakan dahan-dahan pohon (semulajadi) untuk subjek utama iaitu air terjun.
Lines
- Merujuk kepada jajaran sesuatu bentuk daripada "objek / warna / tekstur / semulajadi" daripada sesuatu yang membolehkan ia membawa perhatian pemerhati gambar kepada subjek utama. Lebih dikenali dengan nama "Leading Lines".
E.g:
• Jambatan telah dikomposisikan sebagai "Leading Lines" kepada subjek utama iaitu rumah berwarna biru.
• Dereten panjang bungaan berwarna merah dijadikan "Leading Lines" kepda subjek utama iaitu Kincir Angin.
• Sungai digunakan sebagai "Leading Lines" utk subjek utama iaitu gunung-ganang.
P/s: Untuk maklumat lanjut, bley refer masta bulat or masta wikipedia atau masta google.
|