View: 1881|Reply: 24
|
Tanah Mendap ‘Telan’ Lima Kereta Di Seri Kembangan
[Copy link]
|
|
"Kejadian berlaku agak pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja," demikian kata seorang saksi kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor petang Selasa.
Alter Jasan, 48, berkata, kejadian kira-kira 6.30 petang itu bermula dengan rekahan kecil sebelum berlakunya pergerakan tanah.
"Memang nampak pergerakan tanah masa itu, saya cuma sempat alihkan beberapa buah kereta, itu pun dengan bantuan beberapa rakan.
"Sebelum itu hujan memang lebat, jadi secara tak langsung mengakibatkan keadaan tanah semakin mendap sekali gus mengakibatkan runtuhan," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Foto: Sinar Harian
Katanya, ketika kejadian terdapat 13 buah kenderaan diletakkan di tepi jalan berkenaan.
"Saya dan rakan berjaya selamatkan lapan buah kenderaan sahaja, baki lima lagi memang tak lepas sebab tanah semakin mendap.
"Memang tak dapat nak buat apa-apa baki lima buah kereta lagi itu sebab keadaan cuaca pun masih hujan. Kami bimbang keselamatan, tambahan dengan arus yang agak deras parit berhampiran lokasi runtuhan ini," katanya.
Salah seorang mangsa, Mohd Nazir Mohd Ghazali, 46, hanya mampu melihat kereta miliknya yang jatuh ke dalam parit berhampiran lokasi runtuhan.
"Ketika kejadian saya dalam perjalanan dari tempat kerja menuju ke rumah, rakan yang maklumkan kejadian ini.
"Saya terus datang ke sini dan melihat kereta saya sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya.
Mengakui sedih dengan keadaan tersebut, Mohd Nazir berkata, kereta Proton Wira miliknya itu mempunyai kenangan yang begitu berharga dalam hidupnya.
"Kereta tu merupakan kereta pertama saya, memang sedihlah bila jadi macam ini, tapi nak buat macam mana, saya reda.
"Saya juga difahamkan kereta-kereta yang terjatuh itu kena dialihkan menggunakan kren, apa-apa pun kena tengok keadaan dulu sebab masih hujan dan bimbang pergerakan tanah masih berlaku," katanya.
Dalam kejadian itu, sebanyak lima kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan.
Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu. -CARI
Sumber: mStar/Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
"Kejadian berlaku agak pantas, saya dan beberapa rakan cuma sempat alih kereta yang mana sempat saja," demikian kata seorang saksi kejadian tanah mendap di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di Seri Kembangan, Selangor petang Selasa. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni ke nanti nasib Pangsapuri Indahria berhampiran kilang gula CSR, Batu Tiga Shah Alam tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
terlalu byk pembangunan. struktur tanah pun jadi lemah. JKR, unit perancang bandar & sewaktu dgnnya semua tuli, buta & pekak.
so, apa tindakan selanjutnya dr mereka? takat tambak tanah? future development kat tempat lain camana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap area lestari ni tambat dari kolam2/tasik2 perlombongan. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss teringat ayah iolss bagitau. kebanyakan area kat seri kembangan tu asalnya tapak lombong. pastu di tambak, buat rumah. kat cyber tu pun sama. pastu jual mahal2.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak intebiu ke kakak yg jerit omaigod omaigod tu |
|
|
|
|
|
|
|
pemaju & sekutu buat untung
rakyat tanggung lah bila ada kerosakkan
atas nama bencana alam
pdhal over development |
|
|
|
|
|
|
|
omg mcm tu ke.. mmg x beapa selamat lah. kena btl2 tambun tanah bagi mampat, itu pun mkn masa lamaaa... kalau tak, jd mcm ni la.
|
|
|
|
|
|
|
|
pemaju & sekutu buat untung
rakyat tanggung lah bila ada kerosakkan
atas nama bencana alam
pdhal over development |
|
|
|
|
|
|
|
tasik dekat mines tu bekas lombong la tu. kat tempat iolss ni ada bekas tapak pelupusan sampah. pastu dorg tambak, jual tanah tu, buat kedai.
buat masa ni ok lagi. tak tau la lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukanka lestari perdana ni dulu tapak perlupusan sampah? |
|
|
|
|
|
|
|
my fren duduk dekat area2 ni..katanye dh lama jugak ade kesan mendapan.. but they just put up batu kuning supaya org x parking situ. but yet, ppl still park there apparently. yang pelik nya, await Majlis setakat letak batu gitu je, takde nak follow up and do something to stop it.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya suggest adik wartawan Haziq ular sawa untuk menemu ramah mangsa kali ini
|
|
|
|
|
|
|
|
hahhah..mengah2 dia satgi...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kes macam ni, insurans dapat cover kerosakan kereta tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Projek zaman Mat Taib kan |
|
|
|
|
|
|
|
KLu dia ada include special perils tu ada ler klu tak.. berdaghah aje la mata.. macam kes ni boleh ke claim dengan pihak berkuasa tempatan ek..
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 26-1-2022 09:52 AM
iolss teringat ayah iolss bagitau. kebanyakan area kat seri kembangan tu asalnya tapak lombong. pa ...
Aah sbb iols dulu suka ronda2 tgk rumah under construction kat area puchong seri kembangan..jd nmpk byk la tempat masih lombong dan ada tu tgh tambak dgn tanah. |
|
|
|
|
|
|
|
SK tu kawasan hutan la dan tmpt pelupusan sampah... lombong2 nun kt puchong dan cyberjaya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|