MINGGU lalu, viral sebuah video yang memaparkan gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu peti ais di rumah mereka yang tercabut.
Apa yang mencuit hati netizen adalah kesungguhan mereka yang cuba membaiki pintu peti ais berkenaan, namun dalam masa yang sama, masih sempat 'bercekau' sesama sendiri.
Menerusi video (tak dapat di paste kan), dapat didengar dengan jelas suara seorang wanita yang dipercayai ibu dua beradik berkenaan, memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.
Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai 'bodoh'.
"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang dalam loghat utara.
Tidak dapat dipastikan sama ada peti ais itu dapat dibaiki.
Namun mungkin sudah rezeki, mereka sekeluarga menerima cenderahati sebuah peti ais baharu selepas menjadi tetamu rancangan Meletop Kebaboom, dua hari lalu.
Mereka juga sempat beramah mesra dan ke udara bersama krew pagi Sinar FM, Sepahtu.
Nampaknya 'kenakalan' mereka yang satu ini menjadi kenangan manis yang akan diingati sepanjang hayat.
Post time 6-5-2016 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo anak akak, akak cabaikan mulut masing-masing sis.. Kecik-kecik lagi dah pandai nak bodoh-bodohkan adik
Mak apak lak bangga bila anak pandai sumpah-seranah
Post time 7-5-2016 04:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Amboi dik kasarnya bahasa. Tapi bagus mak nya ajar anak berdikari. Sapa soh ganas sangat, hah betulkan balik. Tapi kalau saya sis, mungkin sorang2 betulkan balik pintu tu, kesian budak2
Post time 8-5-2016 07:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Artemesiaa replied at 6-5-2016 05:28 PM
Kanak-kanak kan suka ikut apa yang orang tuanya perkatakan so kalau perkataan bodoh yg banyak keluar ...
Orang sekeliling pun boleh jadi penyebab bebudak yg suka mancarut ni. Bukan ibu bapa semata.. macam ank buah sy. Sepupu sepapat dok 'babi babi' dia pun mengikut.
Post time 8-5-2016 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Themilo replied at 6-5-2016 04:23 PM
Kalo anak akak, akak cabaikan mulut masing-masing sis.. Kecik-kecik lagi dah pandai nak bodoh-bodohk ...
Een pernah dengar budak kecik umur dalam 7 tahun mencarut depan mak ayah dia. Mak ayah dia biarkan aje. Ikut kan een memang rasa nak cilikan aje mulut dia.
Post time 8-5-2016 09:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alieyrina replied at 7-5-2016 07:21 PM
Kesiannya..berat pintu tu nak boh balik...yg adik pun inesen jah..baloi2 dpt peti ais baru..
yg b ...
Tu sebabnya kena ajar balik kat rumah. mak apak patutnya betulkan balik benda2 tak elok yang anak dapat kat luar. Ni jenis bangga lak anak kecik2 dah pandai bodoh-membodoh..