CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 0

Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas

[Copy link]
Post time 22-4-2016 05:35 PM | Show all posts |Read mode




Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas

Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sendiri.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media mereka berkata, amalan menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas boleh mendatangkan bahaya kerana berkemungkinan berlaku kerosakan pada alat pengecas yang digunakan seperti kebocoran elektrik.

"Amaran ini dikeluarkan berikutan kes seorang suri rumah yang dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit ketika dicas sehingga mendatangkan maut," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, alat pengecas yang digunakan semasa kejadian telah mengalami kebakaran kecil berikutan penggunaan alat pengecas bukan dari pengeluar asal telefon bimbit.

"Pengilang, pengimpot, pembekal dan penjual diingatkan supaya hanya memasarkan alat pengecas yang mempunyai label SIRIM-ST atau pengecas tulen yang dibekalkan bersama telefon bimbi yang mempunyai label SKMM."

"Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan alat pengecas yang hanya mempunyai label seperti diatas," katanya lagi berdasarkan kenyataan media.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai keselamatkan penggunaan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi dan Komunikasi, Jabatan perkhidmatan Korporat di talian 03 8870 8500/8598 atau emel ke [email protected]. - Siakapkeli.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038112 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list