Baru-baru ini kecoh di Facebook Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang menuduh Dr Zakir Naik mengkafirkan seorang pelajar iaitu Nina Grace yang kononnya Dr Zakir memurtadkan pelajar itu supaya beliau dapat berlakon mengislamkan dihadapan ramai orang.
Bukan itu sahaja Ustaz Abu Syafiq juga lantang menuduh Dr Zakir Naik tidak tahu membaca dan menyebut ayat Al-Quran dengan betul, hebat dikecam oleh netizen.
Isu terbaharu mengenai ustaz yang senang menuduh orang lain adalah apabila dia mempersoalkan jawapan Dr Zakir mengenai beberapa ayat Al-Quran mengenai Allah di atas Arasy.
(video seperti dibawah)
Ini status tersebut:
"elik...Dalam Quran tiada sebut Allah berada atas Arasy” ditakuti boleh jatuh hukum kufur. Ini perkara yang serius!
Ustaz yang terkenal dengan sikap buruk mengeji sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya itu mendapat perhatian seorang doktor perubatan yang tidak senang dengan serangan ustaz tersebut terhadap Dr Zakir Naik.
Menurut saya, perkara ini amat memalukan kerana sepatutnya seorang ustazlah yang patut mengajarkan Al-Quran kepada seorang doktor perubatan dan bukan sebaliknya."
Daripada cara penulisan ustaz ini, timbul rasa was-was dihati benarkah ustaz ini benar-benar membawa ajaran Islam atau jelmaan untuk memecahkan umat islam.
Netizen yang terpanggil untuk membidas Ustaz Abu Syafiq adalah Dr Aznil Hisham:
Ustaz Syafiq berasa pelik.
Dia kata dalam Al Quran tiada sebut Allah berada di Arasy..
Benarkah 0_o?
Abis yg ni apa?
1. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)
2. “Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)
3. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)
4. “..Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.).” – (al-Furqaan: 59)
…
Ini dari Nabi :
Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;
Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman). [Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim]
…
Ini dari Imam 4 mazhab :
1. Telah berkata Imam abu Hanifah:
“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”
2. Telah berkata Imam Malik Bin Annas:
“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”
3. Telah berkata imam as-syafi’e:
“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”
4. Telah berkata Imam Ahmad:
“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”
Patutnya UAS simpan sikit kekurangan cerdik. Manalah tahu esok2 cucu cicit nak guna.. Ini mesti set2 "God is Everywhere" punya school of thought ni. +____+
Post time 20-4-2016 09:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Perhaps dia jeles kot..ustaz zakir tgh femes skang nih..org malaysia panggil dia..sdgkan dia yg duk malaysia ni pun xdpt penghormatan sbegitu...nama dia pun ada 'ustaz' gak
Post time 20-4-2016 09:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Perhaps dia jeles kot..ustaz zakir tgh femes skang nih..org malaysia panggil dia..sdgkan dia yg duk malaysia ni pun xdpt penghormatan sbegitu...nama dia pun ada 'ustaz' gak
‘Saya Kecewa Ustaz Ini Cuba Memfitnah Saya & Dr. Zakir’ – Grace Nina
Posted on April 16, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|
Woo Nina Grace
KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan, Woo Nina Grace, 19, yang memeluk Islam semasa sesi ceramah oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik tampil meluahkan rasa kesal difitnah seorang ustaz.
Melalui status di laman Facebooknya, Nina Grace yang sebelum ini beragama Kristian menyifatkan tuduhan Ustaz Abu Syafiq yang mendakwa Dr Zakir hanya mencari publisiti melalui pengislaman dirinya sebagai keterlaluan.
“Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah.
“(Tetapi) amat kecewa Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti Nina serta Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina. Semoga Ustaz itu dibukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina,” tulisnya dalam status yang dimuat naik semalam.
Nina Grace & Ustaz Abu Syafiq
Ustaz Abu Syafiq sebelum ini mendakwa Nina asalnya memang seorang Islam dan pengislamannya semasa di majlis ceramah Dr Zakir Naik di Terengganu beberapa hari lepas untuk publisiti murahan semata-mata.
“Punyalah nak menipu… Orang (yang) dah Islam dia (Dr Zakir) pergi kafirkan orang tu supaya orang itu masuk Islam depan dia.
“Alahai,… ini dah kira kafirkan orang dah memang beragama Islam. Hanya kerana nak cari publisiti murahan hang kafirkan dia, lepas tu hang suruh dia masuk Islam,” dakwa Ustaz Abu Syafiq dalam status di laman Facebook.
Sementara itu menurut laporan Mynewshub, status ditulis Ustaz Abu Syafiq itu bagaimana pun telah dipadamkan dari laman Facebook beliau selepas isu ini menarik perhatian umum.
Dalam perkembangan berkaitan, remaja perempuan yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari sebuah kolej swasta itu mendedahkan berita penghijrahannya dari Kristian kepada Islam amat mengejutkan ibu bapanya.
“Mengenai keluarga saya, ibu bapa memang terkejut apabila mendapat tahu saya memeluk Islam kerana sebelum ini saya mendalami ajaran Islam termasuk membaca beberapa surah Al-Quran secara rahsia tanpa pengetahuan mereka.
“Ibu dan ayah tidak tahu saya ingin memeluk Islam sehinggalah video dan berita mengenai hal ini tersebar di media dan laman sosial.
“Walaupun terkejut, ibu dapat menerima keputusan yang saya buat ini tetapi ayah masih belum sedia menerimanya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. – SuaraTV
---------------
harap peguam2 dlm CI ni pi la jupe nina,
sama2 saman malu 10 juta ke apa kt ustaz ni.
biar bangkrap tinggal spender je.
kelmarin aku ada jalan jalan kat atheis punya website. salah satu sebab kenapa Seorang muslim
boleh menjadi seorang Atheis kerana isu isu begini. Orang jadi bosan.