Setiap tahun bulan April, Thailand bukan sahaja dimeriahkan dengan perayaan Songkran, malah ketika itu juga merupakan waktu untuk anak muda hadir ke sesi pemilihan untuk menyertai khidmat negara yang wajib untuk mereka yang berusia 21 tahun.
Akan tetapi, sistem penyertaan khidmat negara yang diamalkan oleh Thailand agak berbeza berbanding dengan sesetengah negara yang melaksanakannya secara wajib.
Di Thailand, samada seseorang itu sesuai atau tidak diterima untuk penyertaaan kem latihan khidmat negara adalah melalui keputusan mengundi.
Setelah siap menjalani pemeriksaan kesihatan badan, mereka yang memenuhi syarat dan berkelayakan perlu beratur untuk mengadakan sesi pengundian. Peratusan terpilih melalui sesi mengundi tersebut hanya 50% sahaja.
Bagi mereka yang mendapat undian warna hitam bermakna tidak perlu menyertai, manakala yang mendapat undi warna merah adalah wajib menyertai latihan khidmat negara selama 2 tahun.
Walaupun, ada 80% orang tidak terpilih melalui undian, tetapi masih terdapat 20% yang dikatakan agak malang kerana terpilih secara mengundi. Akibatnya memperlihatkan reaksi spontan yang menyeronokan di lokasi.
Antaranya orang yang mendapat undi berwarna hitam, mereka itu kelihatan terlalu gembira seolah-olah memenangi hadiah utama pembelian loteri berikutan terlepas diri daripada menyertai khidmat negara terbabit.
Tetapi bagi mereka yang mendapat undi berwarna merah, rata-ratanya bukan sahaja rasa amat kecewa, malah ada orang dikatakan pitam terus pada ketika itu.
Selain keputusan undian yang cukup membimbangkan buat mereka yang hadir, terdapat situasi unik yang menjadi tumpuan di lokasi pengundian.
Antaranya berikutan di Thailand gejala Transexual ataupun Kothoey amat popular di kalangan masyarakat, ketika proses pengundian, golongan tersebut akan memakai pakaian wanita kerana mereka merasakan diri mereka adalah wanita dan lazimnya mereka akan dilepaskan dari berkhidmat selama dua tahun di dalam khidmat negara Thailand.
Ada yang menyokong pelepasan ini kerana tidak mahu imej negara Thailand dicemari oleh golongan pondan. Ada juga yang merasakan ini adalah tidak adil kerana jika mereka masih lagi lelaki mereka seharusnya wajib berkhidmat kepada negara.
Tahun ini terdapat salah seorang individu transexual sememangnya kelihatan menyerupai 'gadis jelita' yang amat popular dan digemari orang ramai, setelah menerima pemeriksaan, dia memuatnaikkan satu status dalam laman facebook dan dilampirkan sekali gambar selfienya yang cantik, sehingga mengundang perbincangan hangat di media sosial.
Berita berkaitan telah disiarkan dalam jaringan berita negara yang lain setelah berita terbabit dikongsikan secara meluas di kalangan pengguna laman sosial.
Kebanyakan netizen dari Taiwan memuji, jejaka transexual itu kelihatan sangat menawan. " Kalau tidak diberitahu, pastinya kebanyakkan orang akan menganggap ianya merupakan seorang perempuan... "- CARI Infonet
abis pening cikgu plkn...kne wat keje bukan job deskripsi derang..............pastu gaji pun ade 2 bulan x bayar
pastu sambung balik
ade org ckap,bazir gila plkn nih,semua sewa,itu ini,tapak,bas,ade sewa apemende ntah aq x ingat,harga 80 ribu.................admin staff maen futsal kul 10,kosong ofis............bngong
ni sambung balik plkn nih,ade wet ar tuh...................arituh benti sbb fund kering...................nape la bijan gigih benar nk erect plkn nih,mcm nanguk air keruh,da da la klau da fail tuh