View: 3771|Reply: 10
|
Datuk susah payah sediakan makan malam, cucu pula tidak hadir
[Copy link]
|
|
Edited by red_heart at 24-3-2016 03:58 PM
Papaw tampak sedih dan kecewa apabila hanya seorang daripada enam cucunya hadir ke makan malam itu. -Foto/Twitter Kelsey Harmon
TATKALA usianya sudah memasuki usia emas, tiada yang lebih menggembirakan selain dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Mungkin itulah yang diharapkan seorang warga emas apabila membuat perancangan untuk makan malam bersama enam orang cucunya di rumahnya di Oklahoma, Amerika Syarikat.
Kerana teruja, si datuk sanggup menyiapkan sedozen burger untuk hidangan cucu-cucu kesayangannya itu. Sayangnya, hanya seorang sahaja yang hadir ke makan malam istimewa itu.
Salah seorang cucunya yang dikenali sebagai Kelsey Harmon datang untuk menemani datuknya dalam majlis malam ringkas itu.
Harmon memuat naik foto datuknya yang dikenali sebagai Papaw itu ke akaun Twitternya, sekaligus membangkitkan rasa simpati dan marah netizen.
Bersama foto itu, Harmon seolah-olah cuba menyampaikan kekecewaan datuknya menerusi kapsyen berbunyi "Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Sayang sayang datuk".
Netizen mula memberi reaksi mempertikaikan tindakan lima cucu Papaw yang tidak hadir ke makan malam berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka juga saling memberi peringatan tentang kepentingan untuk meluangkan masa dan menghargai orang tua, ketika mereka masih ada di dunia.
Agak menggelikan hati apabila ada dalam kalangan netizen menggugut sepupu-sepupu Harmon agar segera mengunjungi Papaw, memaksa Harmon memuat naik status memberitahu bahawa datuknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Dalam kenyataannya yang dimuat naik beberapa jam selepas itu, Harmon menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk mencari publisiti, sebaliknya hanya mahu menunjukkan penghargaan dan rasa sayang kepada datuknya.
Status daripada Harmon itu telah menerima lebih 150 ribu retweet setakat ini.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Set je le perjumpaan hari lain rsvp je so tahu berapa nak dtg tak le membazir makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Papaw nak wat surprise laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bukn ptt ke show up ke..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
ala sedinye..mabe cucu2 yg lain ada valid reason kita mana nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tinggal kesan kaw kaw dlm hati the rest 5cucu papaw.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiba-tiba teringat arwah ayah aku lak. sekali pandang sama lak ... |
|
|
|
|
|
|
|
masa akak tua anak dah besar2 dah ada life sendiri , akak selalu terfikir ni..sorang2 di rumah..makan dengan spouse..tengok tv.. kdg2 mengalir juga la air mata , padahal lama lagi kot anak2 nak besar |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu mcm mie skrg ni.. dari 5 anak tinggal 2 jer dirumah..mgkn srg lg keluar tahun depan kalu UPSR cemerlang..walau apapun hidup mesti diteruskan..walau rumah sunyi sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
yer la harap gitu la..wktu berkumpulpun dah x sama selalu sorg mesti xdok
|
|
|
|
|
|
|
| |
|