Oleh Izzah Abbasy
Umum mengetahui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) merupakan jabatan yang menjalankan tugas bagi mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan efisyen melalui penguatkuasaan.
Lebih senang difahamkan JPJ menguatkuasa dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan bagi mengawal patuh pada peraturan jalan raya.
Cermin gelap, bawa muatan lebihan, nombor kenderaan tidak menepati piawaian, bawa kenderaan dengan laju dan sebagainya semua kerja JPJ untuk menyaman. Betul tak?
Terbaru, menjadi viral setelah JPJ telah menyenaraikan saman berkuatkuasa penghujung bulan Februari ini. Patutkah dan boleh diterima akal ke saman sebegitu?
INFO SAMAN JPJ
Mulai 30/2/16 senarai kesalahan dan saman dan adalah seperti berikut:
1.menghalang keta lain memotong rm300.
2.memandu perlahan di lorong kanan rm150.
3. Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau dan lain2 objek rm100
4. Isi minyak tidak matikan enjin rm100.
5. MABUK semasa memandu rm2000/penjara 6bulan
6.cermin gelap rm500/penjara 2minggu
7. Guna hp semasa memandu rm300
8. Tak pasang seat belt rm300
9. memandu van/ lori lebih 8jam rm150
10. Tiada side mirror rm100
11. Bernafas ketika memandu rm400
12. Tidak senyum ketika memandu rm150
13. Muka serius ketika memandu rm500/penjara 1minggu
14 .dgr radio dalam keta 7 thun penjara
15.bawak keta gune gear 1 denda rm3000/penjara seumur hidup
16.membawa kereta kurang 20kmh penjara 3 bulan
17.tdk gosok gigi ketika memandu penjara 8bulan
18.kentut ketika memandu hukum gantung
19.tekan hon 2x denda rm150
20.kereta tinggi boleh masuk kucing dlm fender akan disita.
21.kacuk bumper depan...dapat br1m seumur hidup
22.korek idung ketika memandu...msuk lokap 3 hari 3 malam sekali sarapan pagi
23.bagi highbeam ketika memandu....saman n samun
24.angkat tgn pada pemandu lain....insuran keta batal.
25.mengunyah ketika memandu...saman rm120 dan penjara 4 minit
26.jongket sunroof..scrap n batalkan lesen meniaga
27.korek bontot ketika memandu kemudian hidu, lesen digantung 1 tahun dan potong tgn.
Jap! Penghujung Februari 28 & 29 sahaja kan? Kenapa saman ini berkuatkuasa 30 Februari? Abaikan sajalah saman yang dikeluarkan itu. Maafkanlah dengan viral Prank February ini ya! - CARI Infonet |