Oleh Adib Za
Bosan juga kan, asal mana-mana status dalam laman sosial dimuatnaik, pasti ada sahaja komen-komen berbaur politik yang dilemparkan.
Tidak kiranya pihak yang menyokong kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya seolah-olah tak boleh 'berenggang' untuk membusukkan nama kedua belah pihak melalui laman sosial ini.
Apa sahaja komen berkenaan sejarah, negara, isu semasa dan sebagainya, nama pemimpin tertentu dijadikan modal untuk maki hamun, modal untuk lawak jenaka bodoh dan sebagainya.
Itu yang ditekankan dalam sebuah fan page ini, The Patriots. Pihaknya menekankan kepada pengikut laman itu agar sesekali tidak mengaitkan status yang dimuat naik dengan parti politik, nama pemimpin kerajaan atau pembangkang.
"Ianya telah mengakibatkan perpecahan yang besar. Tak boleh ke sehari tak bergelumang dengan benda politik ini?," ujar admin laman itu.
Pihaknya tak mahu apa sahaja idealogi, informasi atau apa sahaja yang dinaikkan di laman sosial itu, menjadi punca kepada perpecahan bangsa di Malaysia.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
"Kami terdiri daripada pelbagai latar belakang idealogi dan politik menyeru agar jangan bawa virus perpecahan yang dimulakan penyembah berhala politik di luar sana."
Bak kata orang, masuk ke rumah orang, hormatlah tuan rumahnya. Kenapa pula anda sibuk nak burukkan orang sana sini, kutuk tanpa henti dan meratip keburukan semua orang? - CARI Infonet |