CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5329|Reply: 22

Gerai Jual Nasi Ayam RM2, Bihun Sup RM1

[Copy link]
Post time 29-12-2015 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Di zaman ini seperti perkara mustahil untuk mencari makanan semurah RM2, namun apa yang menariknya masih ada gerai yang menyediakan menu dengan harga semurah ini.



Foto : SinarHarian



Memetik dari Sinarharian, sebuh gerai makanan Menu Sejahtera di kawasan perindustrian Bandar Darulaman, Jitra, Kedah dikunjungi ramai kerana harga yang sangat murah dan sedap.


Kedudukannya strategik dikelilingi kilang, pusat pengajian tinggi serta sekolah menjadikan gerai itu ‘diserbu’ setiap kali waktu puncak terutamanya tengah hari dan petang.


Hidangan seperti nasi ayam dijual pada harga RM2, laksa (RM1), bihun sup (RM1) serta sirap 50 sen menjadi tarikan utama di gerai yang dimiliki oleh pengusahanya, Mohd Nazeri Hashim, 45.


“Saya jual murah dan amalkan konsep beribadah serta tidak mahu membebankan pelanggan walaupun harga barang sekarang mahal. Bagaimanapun dengan kadar keuntungan minimum serta cukup untuk pusingan modal diharap membantu mereka yang   berpendapatan rendah datang ke sini.

"Di samping itu juga saya mengamalkan konsep ekonomi makro iaitu makanan murah ditawarkan membolehkan pekerja di kawasan itu tidak perlu lagi pulang ke rumah dan hanya menjamu selera di sini. Ini membolehkan kawasan itu akan lebih lebih maju dan pekerja tidak perlu mengambil masa yang lama  untuk pulang ke rumah mereka,” katanya .


Walaupun makanan di kedainya sangat murah tetapi perasa serta bahan perencahnya tetap sama seperti di kedai lain juga., kata pemilik itu.


“Saya simpati dengan pendapatan yang diperolehi pekerja kilang serta pelajar. Atas dasar itulah saya sanggup mengambil keuntungan yang berpatutan sahaja. Pengalaman sebagai pengurus kilang dan bapa kepada empat anak yang masih bersekolah dapat merasai tekanan yang dihadapi mereka terutama dengan nilai harga barangan sekarang ini," katanya.


Sangat mulia hati pemilik gerai ni, semoga perniagaannya lebih maju dan dimurahkan rezeki melimpah ruah. - CARI Infonet.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 03:43 PM | Show all posts
benda ni yg buat akak cilipadisedap sgt kuciwa..... berniaga utk beribadah/derma katanya sesambil membunuh pemniaga lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 03:44 PM | Show all posts
sammdol nak beribadah derma jela...jgn jahanamkan peniaga lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 05:29 PM | Show all posts
aduihhh jauh lak dr kl klu x .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 05:30 PM | Show all posts
konsep berniaga yg salah bro...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 05:48 PM | Show all posts
modal = 10
untung = 20

atau

modal = 10
untung = 15


mana yang baik? mana yang berkat? fikir-fikirkan ye... ada dalam Islam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Laksa singgit,mee sup singgit tu sy biasa jumpe kt perlis
Tp nasi ayam dua ringgit xprnah jumpe
Nasi aym dia ada salad x?ayam potong brape?

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 08:38 PM | Show all posts
Anyone boleh tlg kasi coordinate tak?
Dok lalu hari2 tak nampak pulak kat mana....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la murah..cuma terfikir bahan dia letak tu cikai ke? Sedap ke? Bersih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:31 AM | Show all posts
Bagoih la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:32 AM | Show all posts
setokinpurple: Bagus la murah..cuma terfikir bahan dia letak tu cikai ke? Sedap ke? Bersih ke?


kalo dh fikir mcm tu.. bersih ke?pi la restoran.. siap ada aircond lagi.. jgn hanya sbb harga murah, otak pk yg buruk jer.. kalo nk tau pi sana.. tngok!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:35 AM | Show all posts
kalo nk salad, bkn d gerai yg jual rm2.. kedai mkn yg jual rm4-5..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:56 AM | Show all posts
insyllah..semoga saudara ni terus istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Membunuh peniaga lain?? Adoiya! Jika tak mau kena bunuh, bersainglah dgn jual harga murah.. Jangan takut dgn untung yg sedikit, yakin dgn rezeki yg telah Allah tetapkan dan jangan bersikap tamak haloba.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:29 PM | Show all posts
saifulms replied at 30-12-2015 11:17 AM
Membunuh peniaga lain?? Adoiya! Jika tak mau kena bunuh, bersainglah dgn jual harga murah.. Jangan t ...

u try la meniaga pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah.. smoga dilimpahkan lagi rezki oleh-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 03:51 PM | Show all posts
-electrifying-: konsep berniaga yg salah bro...


yeke bro..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kivio replied at 29-12-2015 08:38 PM
Anyone boleh tlg kasi coordinate tak?
Dok lalu hari2 tak nampak pulak kat mana....

Dah pindah lokasi kt bangunan tepi cmart bdb.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:04 PM | Show all posts
niat baik disalah erti pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 05:16 PM | Show all posts
Selalunya kita akan negatifkan sesuatu benda yang kita sendiri tak mampu nak buat.
-tutip tachang sambil kumpul poin di bahu kiri-
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.171074 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list