CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 62203|Reply: 76

SERAM UIA: Psycho Itu Roomate Aku [IIUM Confession]

[Copy link]
Post time 21-12-2015 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Assalam ni nak share apa yang cute baca dekat fb budak2 UIA. tak tahulah betul ke idok tapi seram dia berbaloi laa. jap cute tepek story dekat sini dengan link yang ada. huhu.

part 1
psycho itu kawan aku
Well.. firstly aku ucapkan tahniah kat diri aku sendiri sebab berani tulis artikel ni. Hahaha… sebabnya lagi aku tak tahula nasib aku kalau si dia baca pasal ni. Argh.. aku tak kira, aku nak cerita jugak.
Macam ni lah cerita dia. Aku dengan kawan2 aku seramai 8 orang menyewalah sebuah rumah ni. Yelah dah xdapat kolej nak buat macam mana lagi. Al kisahnya semua dapat roomate yang sesama kami dah kenal lama. Kecuali aku. Aku punya roomate kos lain. Memandangkan nak jimat kalau kongsi reramai so kami pun terimalah. Alah.. lagipun aku tak kisah sangat. Aku memang jenis tak kisah. Sampailah dekat sebulan tinggal bersama barulah nampak sesuatu dari sisi diri dia.
Suatu hari tu, aku balik la awal kelas sebab lecturer takde. Member2 aku yang lain semua keluar tengok wayang. Aku kira nak tidur je hari tu. Balik2 aku pun baringla atas katil. Aku ingat aku sorang je ada kat rumah, tetiba dia merangkak keluar dari bawah katil. GILA!! memang keluar suara jantan aku menjerit terkejut. Try korang bayangkan katil weh, bukan katil besar pun, single je kot. Dahla rendah pastu dia keluar je dia sengih kat aku. Ikutkan hati aku nak je tampar tapi aish.. anak orang tuh. Aku tanya dia buat apa bawah katil dia kata dunia ni besar sangat. Terdiam aku lol.
Pastu perkara ni tak terhenti kat sini je. Ni kawan aku yang lain pulak cerita. Satu malam tu dia bangunla pergi toilet pastu minah ni ada tengah berus gigi. Dia pun syok ah tak takut sangatkan kalau ada orang tapi tengok2 dia berus gigi dia guna yang batang berus gigi yang bahagian belakang tu. Yang bahagian kita pegang tu. Kawan aku tak berani la tegur sebab dengar dia dok bercerita sensorang depan cermin.
Yang paling aku takut tu, aku bau bangkai dalam bilik aku. Kuat sangat. Aku tanya dia bau apa dia cakap ntah tapi aku tak caye. Bila dia keluar mandi je aku check kat meja dia huhhh… ada satu kotak tu aku bukak ada tikus weh.. bukan sebarangan tikus. Penuh dengan jarum dia cucuk. Pastu dia bisik kat telinga aku. "Dah jumpa?" Bila masa dia ada kat belakang aku ntah. Naik gila aku.waktu tu. Takut memang takut. Pastu dia sambung "sape suruh bising sangat. Tu yg aku cucuk tu. mati slow2"
Dah2 nanti aku sambung. Aku rasa pelik la. Aku rasa macam dia tau je aku tengah tulis pasal dia. Bai.
- hani

part 2
psycho itu kawan aku-part 2
Berat jugak hati aku nak sambung tulis. Ada pulak kata aku yang psiko. Kang aku cari korang sampai dapat kalau aku psiko. Alah.. lawak je. Untuk pengetahuan korang sekarang aku tengah struggle dengan emosi aku. Aku rasa macam dia tau je yang aku tulis pasal dia. Walaupun dia tu nak pegang lappy or fon pun payah. Asyik perati orang je keje. Sejak aku berhenti tulis tadi dia tengok je aku. Pastu tadi dia tanya aku untuk kali yang entah ke berapa, " kau tulis cerita eh?" Aku angguk jelah. Gila duh nak angkat muka tengok dia pastu cakap " ya, aku tulis pasal kau". Esok gamaknya aku pulak yang bakal jadi macam tikus tu. Dahla aku yang tanamkan tikus tu. Nak harapkan dia yang taklah. Dok jenguk tikus tu pastu sengih.
Ada sekali tu aku baru balik kelas. Aku bukak pintu bilik tengok dia dok mencangkung kutip rambut yang gugur. Biasalah kan bilik perempuan ada banyak rambut gugur waktu sikat-sikat tu. Sampai ke tempat aku dia teroka cari rambut. Pastu dia beralih kat aku, " lama dah kau tengok aku?" And aku speechless lagi. Sumpah weh. Aku ni jenis perempuan yang cakap banyak. Kalau aku speechless tu kira teruk ah. Pastu aku tanya dia balik, "kau kutip rambut buat apa? Nanti aku sapula. Buat kotor tangan kau je" pastu dia sengih lagi kat aku. Dia kata slow2, "cantikla rambut2 ni". Aku telan je air liur. Sejak tu lepas aku sikat rambut je aku terus simpan sendiri rambut yang gugur tu.
Sekarang aku makin aware dengan dia. Biarlah aku bertahan untuk sem ni. Nak habih dah ni. Pastu aku nak blah. Aku harap korang yang kata aku psiko tu yang dapat dia. Baru korang tahu nasib korang. Huhu..
Ni cerita kawan aku. Dalam banyak2 kawan aku, ada sorang ni yang paling takut dengan dia. Sebabnya ada satu malam tu dia tengah study kat ruang tamu. Pastu minah ni dok atas sofa. Dia ingatkan minah ni tengah tengok tv or main fon. Bila dia beralih je, elok je minah tu tengok dia. Tepat ke arah dia. Tv mati dan tangan dia kosong je. Apa lagi, kelam kabut ah lari masuk bilik.
Lagi satukan, aku rasa dia memang suka bawah katil. Selang 10 minit dia jenguk bawah katil. Ada apa tak tahulah. aku takut nak tanya. Nanti dia jawab ada kawan dia bawah tu mampus aku. Solat? Dia solat tapi laju nak mampus. Aku nak tegur tapi.. aku takutla. Aku mengaku aku memang takut tapi aku beranikan diri je. Kalau aku buat takut depan dia aku takut dia ambik kesempatan.
Gelak sensorang tu benda biasa. Duduk bertinggung sambil main rambut tu pun rutin dah. Cerita kawan aku paling tak boleh blah. Katanya dia tengah sidai baju, pastu ada orang cuit dia. Dia beralih tak ada orang. Pastu minah tu gelak. Kawan aku tak nampak, dia dok mencangkung sambil gelak kat kawan aku. Dahla malam. Mau tak menjerit kawan aku. Ah.. penatla cerita.. nanti kalau ada yang nak baru aku sambung lagi.. kalau aku rajin. Btw, sekali lagi.. yang kata aku psiko tu aku harap korang akan jumpa manusia macam ni suatu hari nanti baru korang tahu perasaan aku.
- hani

part 3 (last)
psycho itu kawan aku-part last
Ni part last bagi cerita aku. Dah2, korang jangan dah suruh aku tulis. Nanti yang nak menanggung tu aku bukan korang dah. Sebelum tu aku nak clearkan sesuatu. Aku memang bukan student uia so tak payah la nak kata cerita ni rekaan sebab aku tak stay kat mahallah bagai tu. Aku ni budak student u lain tapi aku seriously aku minat page korang ni. ok, dah yang tu. Untuk part yang last ni aku nak cerita benda yang paling ekstrem yang pernah dia buat. Tapikan aku fikir2 aku nak buat bodoh je kat dia lepas ni. Takut aku pulak yang berjangkit nanti payah.
Ni aku tak takut, tapi aku paling geram sekali. Geram sampai kekadang tersumpah jugak tambah2 bila aku dah lewat nak ke kelas. Korang tahu dia buat apa? setiap hari setiap masa dia akan susun kasut kat luar rumah. Dia bukan susun jenis biasa duh, dia akan silangkan kasut2 tuh. Naik gila aku. Dahla lewat pastu sarung2 kasut beralih pulak. Kadang2 dia akan rungkaikan tali kasut kami. Aku nak je rasa marah dia tapi aku tahu dia macam tu. Nanti kang nasib aku jadi macam si tikus tu pulak. Kami diamkan je diri sampai sanggup bawak kasut masuk bilik. Adoi, kawan2 aku takpelah, aku ni bawak kasut masuk bilik tak tahu nak letak mana.
Ada satu malam tu, aku ternampak parut kat lengan dia. Its weird. Dia macam kesan cakar yang panjang2 tu. Ada lima garisan cakar tu. Sebelum ni dia memang jenis pakai baju lengan panjang tak kira masa bila. Cuma malam tu je dia pakai baju lengan pendek dan aku pulak ternampak. Mulut aku pulak gatai je tanya kenapa tu. Guess what? dia jawab, "roomate aku yang cakar," and this memang GILA! sape roomate dia? aku? lepas tu dia gelak. Sumpah aku tak cakap dah lepas tuh. Aku rasa macam aku pulak yang tak betul sekarang. Tapi sampai sekarang aku fikir sape yang cakar dia. ahh.. Korang ah tanya pulak. Asyik aku je..
Actually ni part yang aku nak rahsiakan. Tapi memandangkan aku dah banyak cerita so aku ceritakan la jugak. Sebenarnya kami dah bertujuh. Kurang sorang. Tapi bukan kurang dia. Dia masih ada. Kawan aku yang paling takut kat dia tu yang dah keluar menyewa dengan orang lain. Aku nasihat pun dia tak makan dah. Semuanya sebab ada bangkai cicak atas katil dia. Ada la dalam lima enam ekor. Siap cucuk dengan jarum bagi melekat kat tilam. Menangis teruk kawan aku ni. Dia buat bodoh je. Tak bersalah je muka. Ikutkan hati aku nak je keluarkan dia dari rumah tapi bukan senang. Takut nanti dia simpan dendam lagi la. Kawan aku tu pun satu. Aku dah cakap jangan main2 dengan orang macam tu tapi dia tak dengar. Dia tahu minah ni suka dok bawah katil dia pergi cakap, "gila apa kau ni!" pastu dia ikat tali kasut sukan minah ni bagi melekat 2 kasut. Hangin satu badan duh. Aku nak cakapla. Kalau ada kawan macam ni jangan la buat diorang marah. Kita terpaksa je tahan perasaan kalau tak…
Aku rasa aku patut stop dah. Dia buat2 cakap telefon aku tahu tapi dia cakap dengan aku. Tahu apa? "Kalau aku tahu apa kau buat nahas kau." pastu gelak2. Aku tau dia cakap kat aku. Nak cakap dengan sape lagi? Dia bukan ada kawan. alah, takpe. Aku dah ada weapon dah. Aku ada diari dia. hahahha…
KORANG JAGA2. TAK SEMESTINYA KORANG TENGOK KAWAN KORANG TU OK MEANS DIA MEMANG OK. JAPGI DIA BISIK, "aku tunggu masa je nak main2 dengan kau pulak". And now its your turn, bro and sis… wait……
- hani

kawan dia lak yg confess (lol)
KAU TAHU AKU SIAPA
Dengar cerita, kau makin popular sekarang. Ramai yang like dengan share pasal cerita kau. Diorang cakap, cerita kau sangat seram dan menakutkan. Aku tertawa bersendirian. Kau jangan takut, kau ada banyak lagi masa. Mungkin kau ingat, aku tak tahu apa yang kau tulis kat sini. Tapi kau lupa, aku ada banyak mata-mata yang memerhati
.
Oh ya, pasal tikus aku tu, aku nak ucapkan terima kasih dekat kau. Sebab……kau dah tolong aku tanamkan "benda" tu. So, tak payah aku susahkan diri aku utk gali lubang dan tanam "benda" tu. Since mbah aku cakap, lagi elok tuan punya badan yang tanamkan sendiri. Aku ketawa bersendirian, bila dengar mbah aku cakap macam tu. Bagus juga ada org yang nak tolong aku selesaikan kerja aku tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH
.
Eurm, lagi satu aku nak ingatkan kau, janganlah jaja cerita aku dekat orang lain. Hal dalam rumah, habis dekat rumah jelah. Kalau kau takot, aku kan ada. Tiap-tiap malam aku temankan kau tido. Tapi tulah, kau tak pernah perasan kehadiran aku. Just hari tu jelah, kau terkejut sebab aku keluar dari bawah katil kau. Tu pun aku keluar, sebab kawan aku panggil aku. Kalau tak, lagi lama aku duduk bawah tu, perhatikan kau. HMMMMM
.
Kalau kau tgh baca benda ni, aku nak bagitahu kau. Aku ada ambik sikit rambut yang kau simpan tu. Sebab rambut yg aku kumpul ni, still tak cukup lagi utk buat rambut dekat kawan baik aku. HEHEHEHEHEHEHEHEHE
.
- DAH TAHUKAN ?

link part 1: https://www.facebook.com/permali ... ;id=729187373830747

link part 2: https://www.facebook.com/permali ... ;id=729187373830747

link part 3: https://www.facebook.com/permali ... ;id=729187373830747

kwn dia tu: https://www.facebook.com/permali ... ;id=729187373830747
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seremm wei..nasib aku bc siang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 05:26 PM | Show all posts
seram eh... okes aku simpan dlu.. esok pagi baru bace..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
psiko siakkk..aku rasa org yg cerita tu adelah dia sebenarnye..double personality..ataupun jenis yg suka mencapub
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 05:46 PM | Show all posts
Walaupun tak pasti ni betul atau rekaan semata-mata, tapi tetap menakutkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 05:48 PM | Show all posts
iolls pun tak tahulah betul ke tak tp layan je lahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2015 05:50 PM | Show all posts
Kesiannya budak ni duk ngan orang camtuh... tekleh hidup weh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betoi ke rekaan ni weh...tapi seremmm gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kisah mistery. I like
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:11 PM | Show all posts
seram lahh, kalau betul ada kawan macam tu memang gila ah, atau kalau TT ni ada double personality tu, dah macam dalam movie secret window yang johny depp berlakon tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:36 PM | Show all posts
Tunggu je mana2 producer buat cerita macam ni. Best siak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 08:13 AM | Show all posts
bodo betul.. scary..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 08:38 AM | Show all posts
ni bkn takat saiko..misteri sgt bdk tu...
ni je ke...
xde smbogan lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:12 AM | Show all posts
dah baca malam tadi kisahnya forward dr whatsapp..

rupanya ada pulak part roomate dia balas..

aku bukan syak budak tu giler jer.. aku siap syak budak tu misteri sesangat..

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:35 AM | Show all posts
erksss menakutkan...
tak bawak g berubat ke..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:57 AM | Show all posts
Tapi macam si penulis yang psiko. Kehkehh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 10:57 AM | Show all posts
kisah psyco paling seram pernah aku bace
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by sham-xv1986 at 22-12-2015 11:37 AM

woooo... aku ingat tt yg tulis citer ni.
aku tak rase yg reply tu roomate tu die yang balas.
maybe ade sesape yg bace kat IIUM tu yg menyamar... hehehehe

same la macam kes aku citer2 kat sini, ade je yg nak menyamar jd watak dlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:06 AM | Show all posts
aku rasa penulis double personality..dan dan ckp bkn budak UIA..mula2 ckp kwn dia tu tak tgk lappy n hp..or else dia cik_es

siap ada reply lg tu tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 01:18 PM | Show all posts
agak seram juga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053180 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list