CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 0

6 Perkara Akan Berlaku Pada Hari Pertama Kembali Bekerja

[Copy link]
Post time 12-9-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode

        Perkara yang paling sukar dilakukan oleh wanita bergelar ibu adalah kembali bekerja selepas habis tempoh cuti berpantang. Terasa berat kaki melangkah meninggalkan si comel yang dua atau tiga bulan berkepit setiap saat dengan ibu.Tetapi apakan daya, selagi ibu bekerja terpaksalah ibu tingglkan anak kecil bersama pengasuh. Bagi yang sudah melahirkan anak kedua dan seterusnya, tentu sudah punya pengalaman tetapi yang baharu pertama kali bergelar ibu, ketahuilah perkara berikut ini yang akan berlaku kepada anda.

        1. Tinggalkan bayi dengan orang asing

        Sudah tentu ia perkara yang paling merisaukan anda. Bayangkan anda perlu meniggalkan bayi anda dengan orang lain yang mungkin baru pertama kali dikenali. Tentu sahaja pelbagai kebimbangan bermain di fikiran. "Mampukah orang ini jaga anak aku?", "Nanti kalau baby menangis, macam mana? Kesiannya baby!" dan bermacam lagi persoalan. Berdoalah agar orang yang dipertanggungjawabkan menjaga anak anda dapat melaksanakan tugas dengan amanah.


        2. Anda akan menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja

        Mungkin sebelum ini anda bukan orang yang cepat menangis tetapi percayalah hari pertama berpisah dengan bayi pasti akan membuatkan anda menangis sepanjang jalan ke tempat kerja.


        3. Anda akan menjadi 'selebriti' di pejabat

        Ramai kawan-kawan yang akan menyambut kepulangan anda di pejabat. Antara soalan wajib ditanya adalah "Anak macam mana?", "Baby tinggal kat mana, dengan sapa?", "Eh dah kurus."Bersedialah untuk kembali melayani persoalan kawan-kawan anda yang prihatin itu.


        4. Anda sangat memerlukan pengecas telefon bimbit

        Antara tugas yang anda akan lakukan pada hari pertama bekerja adalah melihat telefon bimbit anda setiap 10 minit sama ada pengasuh bayi ada menelefon atau tidak. Selain dari itu anda juga asyik melihat 3,500 keping gambar si kecil yang memenuhi galeri gambar telefon bimbit anda. Ya, anak anda baru berusia tiga bulan, dan gambarnya sudah ada sebanyak itu? Sebab itulah anda perlukan pengecas. Telefon anda akan cepat kehabisan bateri.


        5. Anda tidak sabar hendak pulang ke rumah

        Setiap saat terasa begitu lambat berlalu. Biasanya bila sudah mula bekerja di pejabat, anda tidak perasan masa berlalu begitu pantas tetapi pada hari pertama bekerja, asyik teringat si comel di rumah pengasuh. Tak sabarnya hendak balik! Yang pasti anda tidak akan menunggu satu saat pun untuk segera pulang ke rumah.


        6. Hilang gundah gulana sebaik pandang wajah anak

        Sebaik melihat wajah si comel yang ditinggalkan seharian, apatah lagi dengan matanya yang bersinar serta senyuman manis yang dilemparkan membuatkan semua tekanan dan kegusaran ibu terbang entah ke mana. Yang pasti, anda semakin yakin untuk melalui hari esok dengan lebih tenang kerana bayi anda tahu ibu hanya tinggalkan dia seketika sahaja.

pama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list