CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1600|Reply: 0

5 Sebab Ibu Hamil Boleh Terus Menyusukan Anak

[Copy link]
Post time 12-9-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode

        Orang tua-tua selalu cakap ibu yang sedang mengandung tidak boleh susukan anak yang sedia ada. Kononnya takut bayi dalam kandungan ibu boleh mengalami kecacatan dan sebagainya. Benarkah fakta tersebut? Baca fakta yang diberikan oleh Siti Nur Suraya Mohamed ALi, IBCLC atau Pakar Laktasi terkenal berkenaan penyusuan ketika ibu sedang hamil.

        1. Dapatkan maklumat

        Susu ibu bukan sumber tenaga utama bagi bayi yang berusia enam bulan ke atas lagi. Ini kerana bayi sudah mula makan dan memperoleh khasiat yang diperlukan daripada makanan lain selain daripada susu ibu. Oleh itu ibu tidak perlu risau tentang zat pemakanan anaknya. Penyusuan susu ibu tetap diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua belah pihak. Selain dari itu penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan risiko keguguran.


        2. Puting sakit

        Memang normal sekiranya ibu hamil mengalami ketidakselesaan  pada bahagian puting setiap kali menyusukan bayi. Ini kerana puting menjadi lebih lembut dan membesar semasa hamil sebagai persediaan menyusukan bayi dalam kandungan nanti.


        3. Posisi yang selesa

        Akibat pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan diri dengan beberapa jenis posisi penyusuan mengikut keselesaan. Biasanya, posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin dapat membantu ibu kekal selesa semasa menyusu.


        4. Nikmati saat indah

        Tangan si kecil yang meraba bahagian tubuh anda semasa menyusu ada antara saat indah sepanjang penyusuan. Walaupun sedang menyusu, berbuallah dengan anak. Beritahu yang anda kini sedang mengandungkan adiknya di dalam perut. Biarpun masih kecil, dia dapat memahami apa jua yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya ini dapat mengurangkan perasaan cemburu.


        5. Tanam azam

        Penyusuan anak sedia ada ketika hamil adalah selamat! Itu fakta yang perlu ibu semua tahu. Selepas anak dalam kandungan dilahirkan, teruskan penyusuan. Kedua keadaan in dikenali sebagai tandem nursing. Ibu boleh menyusukan kedua anak atau lebih. Tanamkan azam untuk melakukannya sejak awal diri disahkan hamil lagi.  Tandem nursing bagus kerana ia membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu di mana anak yang lebih besar mempunyai kemahiran untuk mengosongkan payu dara.

        pama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.486613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list