CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8773|Reply: 52

Kisah angker para kenalan

[Copy link]
Post time 9-9-2015 02:59 PM | Show all posts |Read mode
salam semua forumer. setelah tamat kisah2 belaan yg melanda keluarga saya (harap2 takde lagi dah) kat sini http://mforum.cari.com.my/forum. ... &page=1#pid59286100, skang boleh bukak cerita benda2 yg pernah berlaku kepada kawan2 dgn org yg saya kenal. yg mana saya cerita nih selagi boleh 1st hand account la, yg org tuh sendiri cerita kat saya pengalaman dia. jenis yg sepupu jiran kakak angkat kawan dia cerita saya malas nk letak, selalunya cerita dh tambah ajinomoto kaw2 dh tuh.
KISAH 1: HANTU DI HARI RAYA
ok kita teruskan dgn cerita pertama. baru lagi jadi, raya ketiga arituh. kawan saya nih saya namakan dia Ajim (ofkos bukan nama sebenar), orang kelantan sekali dgn saya. saya kenal dia sejak form one, sekolah asrama sekali dulu kat negeri luar. jadi memang kenal rapat lah senang cerita, 20 tahun dh berkawan lebih kurang.

alkisahnya raya arituh ada kawan dia ajak beraya (saya namakan Nik), ala2 open house la lebih kurang pada hari raya ketiga. rumah Nik nih dekat area machang (lebih kurang 30km frm kota bharu). Ajim dh janji lah nk pergi. tup tup sampai hari raya ketiga tuh dia satu family pegi lawat rumah sedara dekat pasir mas, lepak sampai malam. tgh syok beraya Nik whatsapp tanya jadi dtg tak. Allah, Ajim dh terlupa langsung. die bgtau la die kat pasir mas, lupa sekian sekian. Nik reply ckp takdehal, datang je kol berapa pon sbb makanan ada lagi, orang pon ada lagi belum balik.

Alih2, pukul 11pm baru sampai rumah dari pasir mas. sbb Ajim drivekan family dia, nak tanak kena la hantar balik dulu kan. balik, terus amek kereta satria dia and gerak. sebelum tuh dh call Nik siap2 tanya takpe ke gi lewat nih, Nik ckp takdehal masih meriah lagi. rumah Nik nih besar, adik beradik parents dia pon suka berkumpul situ bila raya ke ape. mmg Ajim penah pon beraya rumah Nik dan lepak sampai 2-3 pagi, sbb sepupu2 Nik pon jenis sempoi lepak borak sekali. maka Ajim pon drive la ke machang malam tuh.

Ajim sampai ke lorong nk masuk rumah Nik dh dekat pukul 12 gak la, campur singgah 7-11 beli rokok la apa la. rumah Nik kedalam sikit dari jalan besar, ada lorong 1 lane sampai ke area rumahnya. laman rumah luas, boleh park byk kete. just kena negotiate lorong kecik tuh je la dulu yg kiri kanan mcm hutan sket (ladang getah lama kot). elok2 Ajim sampai kat laman rumah Nik, ah sudah penuh rupanya. mmg takde tempat nak parking elok2. Nik dok lepak kat tangga depan rumah, dia laung je "double park jah!" Ajim pon selamba je la parking kereta dia depan kereta lain, mmg block la kereta tuh nak keluar. rupanya tuh kereta pakcik Nik, Nik ckp takdehal kalau pakcik dia nak balik kang dia sound la.

Ajim masuk, makan2 sembang2 gelak2. biasala raya. dia pon dh kenal sepupu sepapat Nik, byk kali dh jumpa lepak pon. sekali tgk jam, aih dah nak kol 3am. Ajim pon ckp kat Nik dia nak gerak dh la, jauh lagi perjalanan nak balik. dio pon salam2, turun tangga dgn Nik nak ke kereta. tgk2, kereta yg dia block tadi dah takde.

Ajim pandang Nik. Nik naik balik atas tanya sepupu dia bila masa pakcik dia balik. rupanya dah lama pakcik dia balik, dalam pukul 1am lagi. Ajim dah confused. kunci kereta dengan dia, mmg takde pulak dia pegi alih kereta. kereta pakcik Nik mmg kena block baek punya dgn satria Ajim, takleh nak negotiate keluar kalau tak alih sbb kiri kanan kereta dia ada kereta lain yg masih ada kat situ.

"jap aku call uncle aku tanya" tengah2 malam tuh gak Nik call uncle dia. terkulat2 pakcik tuh jawab fon dgn ngantuknya. Nik tanya camne dia keluarkan kereta tadi.

"oh, masa uncle gi ke kereta tuh nampak kawan Nik ada dok dalam kereta dia. uncle signal kat dia ckp nk keluar, dia alih la kete dia"

Nik ckp kat Ajim, Ajim dh pucat. langsung dia x turun dari rumah. kunci kete pon elok je dlm poket dia sepanjang masa, takde pulak orang mintak pinjam nk alihkan kereta ke ape. Nik offer tido rumah dia je la malam tuh, esok balik. tp ntah la apsal, Ajim ckp dia nak balik je lah.

masa lalu lorong kecik nak ke jalan besar tuh, Ajim mula la rasa menyesal tak tido rumah Nik. start rasa seram, bulu roma dh meremang. tapi takde pape pon la berlaku sampai la dia selamat sampai ke rumah dia kat kota bharu.

rupanya zaman moden nih hantu dh pandai bawak kete, manual pulak tuh hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 03:17 PM | Show all posts
mohon sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:09 PM | Show all posts
hantu tu teringin nak bawak kete kot?? heuheuheu..
btw...jangan lupa sambung lagiyer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:27 PM | Show all posts
Hantu moden so sume benda dia reti. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 04:51 PM | Show all posts

nanti saya sambung lagi, ada keje sket nih hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 04:51 PM | Show all posts
Hatida replied at 9-9-2015 04:09 PM
hantu tu teringin nak bawak kete kot?? heuheuheu..
btw...jangan lupa sambung lagiyer...

nak bawak satu hal, siap menyerupai tuan lagi satu hal haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2015 04:52 PM | Show all posts
Rainrein replied at 9-9-2015 04:27 PM
Hantu moden so sume benda dia reti. Haha

ntah ade lesen tidak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:59 PM | Show all posts
feuersturm replied at 9-9-2015 04:51 PM
nak bawak satu hal, siap menyerupai tuan lagi satu hal haha

hahaha... tu la pasal. gegeh nak menyamar bagai..
tapi ok la kan dia tak bawak lari kete tu..
kalau tak, entah jumpa ke tidak kete @feuersturm.. ye dakk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 05:29 PM | Show all posts
fuhhh..hantu bwk satria..ini mmg seram!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 08:46 PM | Show all posts
mak aih....nyesal bukak benang ni memalam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 09:31 AM | Show all posts
Hatida replied at 9-9-2015 04:59 PM
hahaha... tu la pasal. gegeh nak menyamar bagai..
tapi ok la kan dia tak bawak lari kete tu..
ka ...

fuh kereta dilarikan hantu, memang tajuk harian metro haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:42 AM | Show all posts
feuersturm replied at 10-9-2015 09:31 AM
fuh kereta dilarikan hantu, memang tajuk harian metro haha

hahaha!! tajuk utama harian metro.. muka depan lagi, hokeyyhh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 10:10 AM | Show all posts
ok since pagi nih macam free sikit sementara tunggu miting jap lagi, nak letak lg satu cite.

KISAH 2: WARDEN

saya dulu sekolah asrama dari form 1 sampai form 5, mmg kebiasaan la org kata sekolah asrama nih byk hantu ntah kenapa. nak pulak sekolah lama2, lagi laaaa

cite nih jadi masa saya form 4 atau form 5, tak berapa sure dah. tapi since info nih xde effect cerita pon so tak kesah la. bangunan asrama kami masa tuh panjang, dengan tangga dia dua2 hujung bangunan. dua tingkat. depan asrama ada padang, tepi padang (luar pagar sekolah) ada masjid. pagar dekat masjid nih tempat kegemaran kitorang panjat kalau nak fly malam2 pegi cyber cafe ke pegi makan ke hehe. yg jd kegemaran tuh sbb pintu pagar dia rendah, tak susah payah sangat nak panjat. tp masalahnya dekat pintu pagar tuh, ngam2 ada lampu jalan yg walaupon x terang mana tapi cukup la nak nampak kalau ada org tgh panjat. so kalau ade org yg memerhati mmg nampak la bebudak panjat pagar keluar. time balik nanti siap la kena libas hehe. tepi2 pagar tuh byk pokok tinggi2 gelap, so boleh la blend in sikit sebelum acara melompat pagar

satu lg kegiatan biasa dekat pintu pagar masjid tuh ialah kitorang biasa akan amer order sape nk makan malam2 dan call guna public phone (time tuh henfon anak org kaya je ada). nanti diorang akan hantar dekat pagar masjid tuh, tak kisah lah kol berapa, 4am pon boleh sbb kedai tuh mmg all night long. selalunya, order rokok sekali lah . aktiviti nih tak dibenarkan ikut peraturan sekolah, maybe nak control pemakanan bebudak kot. tp kalau makanan kat dining hall mcm ape je, mmg orang akan usaha cari makanan lain la

warden mmg tahu sgt la order makanan dgn fly nih mmg benda ruji kami, so kena tangkap dan kena libas tuh benda biasa. tp warden pon sempoi la, dia libas dan settle situ. takde masuk rekod bagai. setiap malam 2 org warden akan bertugas untuk round asrama masa prep (sbb ramai budak malas g prep selamba tido kat dorm) dan lepas lights off (lampu kena tutup pukul 11 kot? ke 11.30pm, lupa) nak make sure budak masuk tido. part nih mmg jgn harap la kan haha. lepak borak main gitar main card makan basuh baju semua la di buat lepas lights off pon, kalau ada warden pakat2 la pura2 tido jap.

malam kejadian nih, yg bertugas Cikgu Salleh dgn Ustaz Ilyas (nama samaran lah seperti biasa) - combo yg agak digeruni sbb mmg garang dan kuat melibas. cerita nih ustaz Ilyas sendiri yg cerita balik next day tuh. so perenggan lepas nih dari perspective dia lah, saya ceritakan semula dengan penyedap rasa yg tak menganggu cerita:

-----

malam tuh aku dgn Salleh duty, mcm biasa lepas habis prep malam kitorang pusing blok2 akademik dulu. ada saje budak tido masa prep malam kawan2 tak kejut masa nak balik. siap tutup lampu tp kipas biar on, kasi selesa tido. perangai nakal budak2, biasalah. lepas pusing satu round, aku jumpa balik dgn Salleh depan pondok jaga. hisap rokok dulu sebatang dua dgn Karim jaga, Salleh tak hisap rokok maka dia tgk je lah.

borak2 kejap tengok jam dah pukul 12 lebih. Salleh ajak round, sbb dia dah start mengantuk. kami pon jalan la dari pondok jaga ke arah asrama utama. tak jauh mana pon, dalam 150m je kot. sampai ke tangga tepi asrama tuh, kami berpecah. aku naik atas, Salleh lalu ikut bawah. jumpa balik dekat tangga hujung sana. lepas tuh mula la tugas aku menghalau budak2 belum tido suruh balik dorm sendiri tido. dapat tangkap 2 org tgh hisap rokok kat tandas, rotan sedas sorang. rokok aku rampas, padan muka. bila aku sampai dekat hujung aku turun tangga dan cari2 Salleh. tak nampak pulak dia. takpelah, duduk la kejap tepi nih ada kerusi batu. tgh2 duduk sambil tgk2 keliling, ternampak ada benda atas jalan tar depan tuh. hati ada sikit gentar, aku baca apa yg patut pastuh aku bangun pegi ke benda tuh.

ya Allah, Salleh rupanya terbaring. aku cuba kejut, pengsan rupanya. aku call Karim suruh datang bawak air. lepas aku bacakan doa sikit dekat air mineral yg Karim bawak, aku sapu dekat muka Salleh. Alhamdulillah sedar pon dia, aku tanya kenapa tapi dia ajak balik ke pondok jaga dulu. aku surh Karim bawak dia ke sana naik motor, aku jalan kaki. bila dh sampai, Salleh cerita.

dia lalu dorm bawah, jenguk2 kejar budak sekali sekala lebih kurang lah macam aku tadi. bila dia dah nak sampai tangga hujung tempat kitorang janji nak jumpa, dia nampak ada kelibat tgh bergerak ke arah pagar masjid. dia apa lagi, terus lari ke arah kelibat tuh sambil jerit "hoi berenti, jangan lari" benda tuh terus je gerak, steady je. ye lah, tgk dlm movie pon kalau polis jerit camtuh takde pon orang jahat tuh berenti kan.

2-3 kali dia jerit, benda tuh berenti. dia pon berenti sekali sbb dah semput. Salleh nih badan besar boleh tahan, ada hati nak lari kejar budak2 yg sekor2 slim dan fit lagi. sambil amek nafas, dia tgk kelibat tadi still tak bergerak.

"sape tuh, kau datang sini!" kelibat tadi mula bergerak ke arah dia mcm terhincut2. Salleh pikir budak nih dh terseliuh la tuh lari tadi. dalam samar2 tuh gedebuk 'budak' tuh terjatuh, dan mula berguling ke arah Salleh. rupanya pocong yg dikejar Salleh tadi, dan Salleh pengsan.

-----

seminggu cikgu Salleh tak datang sekolah, demam panas khabarnya. bila kitorang dgr cerita dari ustaz Ilyas, kitorang apa lg cuba pulak korek dari abang Karim jaga. rupanya kata dia, orang kedai yg kitorang biasa order makanan malam2 tuh mmg org ramai tahu ada ilmu sikit. bila kitorang order tp warden kejar masa nak amek makanan sudahnya x dpt la nak amek. rugi la kan kedai tuh. org kedai tuh khabarnya jadi panas hati dgn warden2 kitorang sbb tuh dan dia hantar sekor bg mcm pengajaran. wallahualam.

note: lepas aku dgr tuh, aku pon x fly ikut pagar tuh dah. takut beb
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:27 AM | Show all posts
ala - ala mcm kete volskwagen kuning..takde driver tapi kete begerak.. huhuuu

seremmmm jahh..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 12:06 PM | Show all posts
Hearty_Winter replied at 10-9-2015 11:27 AM
ala - ala mcm kete volskwagen kuning..takde driver tapi kete begerak.. huhuuu

seremmmm jahh..  :f ...

tapi nih 'driver' ada, haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 01:10 PM | Show all posts
oky memang seram...mahu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 01:53 PM | Show all posts
tue rumoh ooo tue rumoh...bakpo dop sambung cito kt rumoh lamo jah... ambo igt lg demo ada rumah lain dulu2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 02:10 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 10-9-2015 01:53 PM
tue rumoh ooo tue rumoh...bakpo dop sambung cito kt rumoh lamo jah... ambo igt lg demo ada rumah lai ...

situ untuk cerito family ambo jahhh, tokse campur nih cerito hok dgr dari ore lain. ado cerito baru jugok untuk rumoh sano, nati ambo cerita sano bilo free sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:20 PM | Show all posts
feuersturm replied at 10-9-2015 02:10 PM
situ untuk cerito family ambo jahhh, tokse campur nih cerito hok dgr dari ore lain. ado cerito bar ...

ok baiklah alasan diterima
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 02:33 PM | Show all posts
feuersturm replied at 10-9-2015 12:06 PM
tapi nih 'driver' ada, haaaa

tu le pasalll..

hantu raya kah??  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.067135 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list