CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6886|Reply: 3

Buruknya Gigit Kuku!

[Copy link]
Post time 17-8-2015 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti mempunyai tabiat menggigit kuku jari tanpa disedari. Alasan yang sering diberi mengenai tabiat ini adalah seperti susah nak menghentikan, kelakuan sejak kecil lagi dan memang susah nak dikawal.


Mengikut kajian psikologi,  apabila menghadapi tekanan ataupun kebimbangan dalam apa jua keadaan sekali pun, dengan cara menggigit kuku, seseorang itu mampu tenangkan pemikirannya dan mengawal emosinya ke tahap yang minima.


Bagaimana pun, terdapat pelbagai petua ringkas yang boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku.




Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, tabiat gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain seperti kuku rosak hingga menyebabkan hujung jari berdarah.


Cari Infonet ingin berkongsi beberapa cara berkesan untuk anda hentikan tabiat ini.






1) Teliti 'punca'


Pada awalnya mungkin seseorang itu hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.




Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini.


Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan pesan orang di sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.








2) Mengalihkan perhatian


Setelah menyedari berkelakuan gigit kuku jari, sebolehnya cuba alih perhatian dengan membuatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan.






Yang penting, melakukan kebiasaan yang baru yang dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan.






3) Mendapatkan rawatan


Tabiat menggigit kuku atau nama perubatannya iaitu Onychophagia sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang.


Bagi mereka yang ekstrim dalam tabiat ini boleh mengakibatkan kecederaan seperti  jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya.


Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan.






4) ‘Cacatkan’ rasa


Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.




Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus menggigit.


Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya.






Tabiat yang kurang elok seperti gigit kuku, hisap rokok, lepaskan kentut dan banyak lagi harus dikikis atau dilakukan pada waktu dan tempat yang sesuai khususnya bagi mereka yang mempunyai anak.


Ini kerana ia akan memberi kesan atau teladan yang negatif buat generasi akan datang. Jangan sesekali mengambil alasan tertentu untuk meneruskan tabiat yang buruk tersebut. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 09:38 AM | Show all posts
paling benci orang gigit kuku ... HODOH tahap entah berapa tahap. muka lawa/handsome tapi gigit kuku ...
gosh dengan air liur kat kuku ... gigit macam kelaparan ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:39 PM | Show all posts
adik aku suke gigit kuku.. sebab bosan katanya. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun suka gigit kuku...bila gigit kuku bleh hilangkan stress..tp mai dh umo tua ni jarang dh la gigit pasai ada bnda lain lg penting kena wat...hehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.223735 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list