Salah satu produk plastik ini adalah botol syampu.
Walaupun botol syampu ini dari jenis plastik yang selamat diguna semula tetapi ianya tidak boleh digunakan semula sebagai bekas makanan atau minuman. Tiada jaminan yang cucian anda itu benar-benar dapat membebaskan bekas tersebut dari bahan kimia syampu tersebut.
| Kreativiti DIY Botol Syampu Kitar Semula | Kitar Semula Pilihan TerbaikMembuang botol syampu di tempat pembuangan sampah bukanlah satu tindakan yang bijak kerana tempoh pereputan plastik ini akan memakan masa ratusan tahun untuk terlerai sepenuhnya secara semulajadi. Memusnahkannya dengan membakar pula akan menghasilkan asap hitam dan bertoksid yang sudah pastinya akan mencemarkan udara.
Oleh itu...kitar semula adalah kaedah terbaik. Sama ada anda kumpul dan jual bekas plastik di pusat kitar semula ataupun anda gunakan kreativiti DIY untuk guna semula sebagai satu benda/peralatan lain tetapi pastikan ianya tidak berkait dengan bahan makanan dan minuman.
Kreativiti DIY Bekas Plastik Kitar SemulaKreativiti DIY Kitar Semula mengajar anda untuk menggunakan semula botol syampu menjadi satu bekas serbaguna yang menarik dan memikat hati. Tidak sukar...anda pun boleh lakukannya.
Peralatan yang di perlukan :1. Pisau
2. Gunting
3. Gam untuk plastik
4. Double sided tape
5. Kertas warna untuk hiasan
6. Botol syampu kosong
7. Pen atau marker
Cara-cara membuat bekas serbaguna :
1. Tebuk botol syampu dengan pisau
2. Gunting botol syampu melalui bekas tebukan pisau kepada dua bahagian.
3. Gunakan bahagian atas botol syampu dan lukis bentuk yang anda inginkan
4. Gunting bentuk tersebut dan lekatkan pada bahagian bawah botol syampu.
5. Gunakan kertas warna dan bentukkan rupa yang anda inginkan
6. Lekatkan bentuk-bentuk tersebut pada botol syampu.
7. Lekatkan double sided tape pada sebelah belakang botol syampu
| Bekas serbaguna DIY kitar semula | Siaplah sebuah kreativiti DIY kitar semula dari botol plastik yang serbaguna. Lekatkan bekas serbaguna kitar semula anda pada dinding atau mana-mana lokasi yang anda inginkan atau perlukan. Ianya pasti memikat dan menarik perhatian sesiapa sahaja!
Tips : Ikut kreativiti rupa bentuk yang anda inginkan. Kalau tak ada idea, ikut sahaja contoh yang diatas...
Aktiviti DIY kitar semula yang boleh anda berikan kepada anak-anak atau sebagai aktiviti di sekolah. Disamping meningkatkan daya kreativiti mereka, dedahkan juga ilmu serta pengetahuan akan pentingnya amalan kitar semula terhadap alam sekitar. Amalkanlah amalan kitar semula dan fikir dulu sebelum guna dan buang! Utamakan kesihatan dan peliharalah alam semulajadi.
Author by Bin Muhammad
Relaksminda.blogspot.com
|