Assalamualaikum... Bersama lagi dengan pelbagai lagi kreativiti kitar semula. Kitar semula...satu aktiviti menarik dan berfaedah yang boleh anda lakukan di masa lapang. Bukan sahaja dapat menghasilkan barangan yang berguna tapi anda juga menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pemuliharaan dan mengurangkan kemusnahan alam sekitar.
Selain dari mengurangkan pembuangan sampah, anda juga mengurangkan penggunaan sumber alam yang semakin berkurangan. Sumbangan anda amat besar walaupun hanya dari sebuah botol plastik yang anda kitar semula.
Keindahan dan kedamaian alam semulajadi semakin berkurangan akibat dari aktiviti pencarian sumber alam, pertanian dan penempatan sama ada dari aktiviti perlombongan mahupun penerokaan hutan dan sebagainya.
Pertambahan penduduk dan gaya hidup semakin moden membawa pertambahan bahan buangan yang berlipat berganda telah memburukkan lagi keadaan.
Pencemaran semakin tidak terkawal... Alam ini semakin terancam dan tenat... kehidupan menjadi semakin tidak selesa. Pelbagai bencana dan wabak semakin kerap berlaku. Iklim dunia juga semakin sukar diramal...
Marilah kita kitar semula demi kehidupan kita dan generasi masa hadapan yang lebih sihat dan bahagia... Bantulah alam ini untuk kekal indah dan menghijau dengan mengurangkan kemusnahannya melalui kitar semula.
Berikut adalah beberapa aktiviti kreativiti kitar semula yang mungkin boleh anda cuba... Jom kitar semula! >_<
Selain dari di jadikan baldi... Jika ada berlebihan, janganlah dibuang.
Gunakan tong cat terpakai ini untuk buaian si comel anda... Cutenya
Hiasan yang cantik dan anggun ini adalah dari gelung tisu.
Siapa yang sangka, inilah hasil dari kreativiti kitar semula...
benilai hasilnya!
Satu lagi aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak anda.
Gelung tisu yang banyak terbuang menjadi sebuah rumah kecil yang
comel untuk hiasan.
Botol plastik yang cukup anggun dan eksklusif ini hasil dari kreativiti kitar
semula yang sungguh berseni dan kreatif. Kalau anda juga kreatif, bolehlah
cuba...
Satu lagi hasil kreativiti kitar semula dari botol plastik... Anda juga
boleh lakukan... Aktiviti dimasa cuti yang berfaedah.
Inginkan sesuatu yang berbeza untuk pasu gantung anda...Nah! kitar
semula botol plastik...hasil kreativiti yang pasti menawan sesiapa sahaja.
Penutup botol... Ya! inilah hasil dari kitar semula tutup botol. Hanya
bermodalkan gam dan dawai...sebuah kotak serbaguna terhasil. Kena
rajinlah mengumpulnya...tapi berbaloi hasilnya!
Pelbagai lagi hasil kreativiti kitar semula dari penutup botol plastik.
Menarik dan eksklusif sekali hasilnya...
Tayar terbuang sebagai pasu untuk tanaman anda. Lihatlah betapa
menariknya ia...warna-warna yang terang dan ceria menyerlahkan
Tayar terbuang boleh dijadikan pasu bunga yang sungguh menarik
dan luarbiasa. Kreativiti kitar semula yang perlu anda cuba!
Satu lagi kegunaan tayar terbuang... Comel sungguh hiasan buat taman
bunga mini di halaman anda. Pasti ramai yang berkenan
Bekas tin terbuang di indahkan dengan corak yang ceria dijadikan
pasu bunga gantung pada sebuah pallet terbuang untuk hiasan di halaman
rumah...Jangan kembang dek pujian oleh tetamu-tetamu anda pula nanti
Kedua-dua ini adalah hasil kreativiti kitar semula dari tin minuman
rumah anda. Hati-hati...jangan sampai terluka ye...
untuk sesuatu barangan. Sumber alam yang ada sudah cukup untuk di
eksploitasi tanpa perlu menambahkan lagi kemusnahan untuk produk yang
berasal dari hasil kemusnahan alam semulajadi.
Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...
relaksminda.blogspot.com
|