CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1861|Reply: 0

Kandungan Anggur(Molar Pregnant).

[Copy link]
Post time 22-7-2015 04:37 PM | Show all posts |Read mode
APABILA  seseorang itu disahkan mengandung pastinya bagi yang amat mengingini  kelahiran cahayamata akan menyambut berita itu dengan perasaan gembira.  Naluri seorang bakal ibu tentunya mengharapkan agar kandungannya sihat  sehingga tiba waktunya bersalin.

Begitupun, ada kalanya kandungan  yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia,  sebaliknya menjadi anggur pula. Fenonema sedemikian dinamakan sebagai  'mengandung anggur.'

Anggur? Mungkin terbayang dalam fikiran  segugus buah anggur di dalam rahim wanita.  Di dalam perubatan perkara  ini juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.





Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air.

Jika  berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan  Nabi Adam  dari segumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa  sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah,  manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui  wanita  iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim.  Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila  kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian  alaqah. Selepas itu ia  menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging  dimamah). Ketika inilah  ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan  di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui  proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatutnya  sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan  jantungnya,ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu  kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen  daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu  percantuman benih berlaku kerosakan.

Kadang-kadang faktor  pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau  racun atau gas tanpa  disedari boleh  menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat  jangkitan kuman virus yang tidak dikenali.

Ada andaian mengatakan  ada makhlus halus mengganggu manusia ketika percantuman benih. Oleh  kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw  dengan membaca doa terlebih dahulu.

Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah.

Bahkan kadang- kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa.

Oleh  kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan  untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air  kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound  mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu  dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG  meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko  terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam  nyawa.

Bagi wanita yang mengandung anggur, rawatan yang perlu  dilakukan ialah melakukan D&C. Proses D&C juga perlu dilakukan  sebanyak dua kali. Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2  minggu dari rawatan pada kali pertama.

Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur ini berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. Bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas  melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi.  Sekiranya kedatangan  haidnya tiada selepas itu, ia akan  membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut.

Ketika  itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. Ujian darah  boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan  anggur juga tiada.

Suatu ketika dahulu sekiranya seseorang yang  pernah mengandung anggur dan dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas  itu baru boleh mengandung semula.

Namun, kini, selepas 6 bulan  sudah boleh mengandung semula.  Namun sebelum mengandung, pihak doktor  perlu memastikan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada.

Namun, kanser Chorio carcinoma ini jika berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yang memerlukan kimoterapi.

Sebenarnya kehamilan anggur boleh berulang semula, namun pencegahan boleh dilakukan. Asid folik antara 5 hingga 10mg perlu diambil dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan kehamilan anggur.
alkurawiblogsport

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048499 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list