CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9996|Reply: 8

Bersalin czer: Tumpah darah/darah nifas/haid??

[Copy link]
Post time 9-7-2015 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by zera at 9-7-2015 05:09 PM

Salam.. Saya ada sedikit pertanyaan. Diharap kawan2 dalam ni dapat bagi pendapat.

Soalan pertama:
Harini merupakan hari ke 35 saya bersalin dan masih dlm pantang. Saya melahirkan anak secara caeserean. Tadi semasa check up di klinik kesihatan, nurse agak terkejut kerana rahim saya masih tinggi iaitu 9.9cm dan masih belum mengecut.Ada siapa2 yang mengalami masalah seperti saya? Adakah ianya bahaya? Saya ada bertanya pada nurse tersebut tetapi tidak jelas jawapan yang diberikan. Nurse cakap normal untuk yang lahir secara operate kecut lambat tapi selalunya dalam tempoh sebulan rahim akan kecut sepenuhnya.Memandangkan baby saya masih demam kuning, saya tidak mengamalkan sebarang pengambilan jamu dan makanan yang memanaskan badan seperti halia,kunyit, lada hitam dll. Adakah ini salah satu faktor rahim saya lambat mengecut?


Soalan kedua:
Memandangkan saya lahir secara operate, darah nifas yang keluar dalam sehari adalah sangat sikit dan berwarna coklat. Ini berlarutan sehingga hari ke33 saya berpantang. Pada hari ke34, saya dapati darah yang keluar adalah berwarna merah dalam kuantiti yang banyak seperti darah haid. Warna dan bau juga adalah seperti darah haid. Jadi saya agak risau jika ini merupakan tanda saya tumpah darah/darah nifas/darah haid? Sehingga hari ini(hari ke35), darah tersebut masih keluar.

Minta pendapat semua yang berpengalaman untuk komen. Terima kasih.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 04:35 PM | Show all posts
zera,
saya pun melahirkan anak dengan czer.
tapi darah keluar tak sampai 30hari.
anak saya prolonged jaundice selama 2bulan.
dan saya pun tak berpantang mcm biasa
and tak mkn benda2 panas - halia, lada hitam, jamu etc
tapi zera boleh bertungku
dulu sy beli tungku dherbs tu
kukus and tekan2 kat perut
ni boleh melancarkan darah kotor kuar and kecutkan rahim

zera bertungku tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 9-7-2015 04:35 PM
zera,
saya pun melahirkan anak dengan czer.
tapi darah keluar tak sampai 30hari.

Trima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman. Zera hanya tungku selama 3 hari selepas seminggu bersalin. Itu pun tak tungku pada perut. Akak tungku pada perut ke?

Kiranya darah nifas akak datang selama 30 hari ke? Lepas tu berapa lama tempoh gap datang haid? Saya konfius samada ni darah haid atau nifas. Takut jugak kalau2 yang ni tumpah darah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 05:37 PM | Show all posts
tungku pada perut
tak ingat baper lama darah nifas kuar
tp rasanya tak lebih 30hari
lps beberapa hari darah dah tak kuar straight (berterusan)
tp selang beberapa hari baru kuar
saya bersalin 1/6/2014
start period balik 18/6/2015
i.e. lps setahun baru period
saya bf baby smp skang

bertungku boleh kat perut
cuma kalo nak berurut je jgn kat perut
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 07:57 AM | Show all posts
rahim tak mengecut bole akibatkan tumpah darah.....TT kene mintak advse doktor....susukan anak byk2, setiap 2 jam kejutkan dia dari tido soh dia menyusu...susu badan byk tak?amik makanan yg baykkan susu badan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 9-7-2015 05:37 PM
tungku pada perut
tak ingat baper lama darah nifas kuar
tp rasanya tak lebih 30hari

Ohh yeke. Sy igt tak boleh bertungku dkt perut huhu. Kalau mcm tu nanti sy suruh husband belikan tungku dherbs tu..Plan nak pi jumpa pakar sakit puan esok. Kalau tak, selagi tu hati tak tenang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
juita replied at 10-7-2015 07:57 AM
rahim tak mengecut bole akibatkan tumpah darah.....TT kene mintak advse doktor....susukan anak byk2, ...

Susu badan alhamdulillah byk dan sy mmg fully breastfeeding. Tu yang nurse di KK hairan kenapa rahim sy lambat sangat mengecut. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:14 AM | Show all posts
zera replied at 10-7-2015 08:50 AM
Susu badan alhamdulillah byk dan sy mmg fully breastfeeding. Tu yang nurse di KK hairan kenapa rah ...

alhamdulillah...teruskan meyusu bby....setiap dua jam bangunkan bby ,bagi susu....me rasa sebaiknya consult doktor....scan tgk apa ada kat dlm lagi sbb rahim tak mengecut...takde demam ke?pening?pitam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
juita replied at 10-7-2015 09:14 AM
alhamdulillah...teruskan meyusu bby....setiap dua jam bangunkan bby ,bagi susu....me rasa sebaikny ...

Takde juita. Setakat ni masih sihat. Saya dah baca ciri2 orang yang tumpah darah, setakat ni saya tak alami lagi simptom2 tu. Esok saya akan pi check up dekat doktor sebab saya berpantang dengan makayah di kampung. Husband pulak balik weekend je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.299492 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list