CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4971|Reply: 1

Artis dan Produk Sendiri

[Copy link]
Post time 2-7-2015 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Salam..
Rasanya tak ada lagi orang buka thread pasal Artis Malaysia dan Produk dari jenama mereka sendiri.
Memandangkan kesedaran tentang kepentingan untuk tabungan masa hadapan dalam kalangan artis sudah mula meningkat,
ramai artis yang mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Ada yang bermula dengan duta kecantikan lalu mengembangkannya kepada produk sendiri,
Contoh paling senang, Dato' Siti Nurhaliza.
Beliau bermula sebagai duta kepada banyak produk-produk kecantikan seperti Maybelline dan Olay.
Kini beliau sudah mempunyai jenama sendiri iaitu SimplySiti.

So kat sini aku nak listkan antara Artis dan selebriti (hot, suam atau sendu) yang telah pun mempunyai perniagaan sendiri.

ha.. kalau ada artis yang pernah ada produk tapi dah ceased production pun boleh update juga ya.
Contohnya Dato' Sudirman Haji Arshad, beliau pernah mempunyai produk minuman jenama Sudi (kalau tak silap la).
Dan iklan air tin tu pernah dipromosikan pada bas bandar.

1. Siti Nurhaliza - Produk Kecantikan SimplySiti
2. Rizman Khuzaimi - Restoran
3. Memey Suhaiza - Ephyra (tak pasti duta atau produk sendiri)
4. Afdlin Shauki - Seluar Pelikat
5. Azwan Haji Ali - Lemang (raya je kot haterz neraka choi nak order hari biasa..kau mampoo?)
6. Fizo Omar - Hot Burger
7. Abby Abadi - Susu Kambing Umaima (Lepas butik Kasih Abadi ditutup)
8. Dynas Mokhtar - Nursing Dress
9. Zara Zya - Makanan saperti kuih gunting, sambal dan jajan.
10. Rita Rudaini - Produk kecantikan
11. Linda Rafar - Tudung
12. Wak Doyok - Krim Jambang
13. Rozita Che Wan dan Ayu Rodoh - tudung ZetaenRawda
14. Nora Danish - Bedak Tanaka (ada lagi ke?)
15.Umi Aida dan Jovian - Tudung kalau tak silap.
16. Raja Ema - Baju Tidur
17. Adi Putra - Pil cerdik (lah sangat). tapi dah kena serbu dan tak lulus KKM.
18. Noor Khiriyah - Kedai Telefon kat pasaraya?
19. A. Aida (pengarah Halimah Jongang tu) - Butik Koleksi A.Aida. Unsorted items.
20. Khatijah Ibrahim - Restoran dan produk makanan segera saperti pes dan sos masakan.(Dijual saperti rempah adabi gitew kat giant).
21. Hanez Suraya - Apa cerita dengan Syampu tu?
22. Azad Jazmin dan Isteri - MLM ducati lancer tipu semata.
23. AC Mizal - Gelang Tungstan China mari
24. Yusof Haslam - Haslam Cafe
25. Lan Typewriter - Ferrari?
26. Lee Chong Wei - Restoran (kalau tak silap pernah nampak kat setapak)
27. Ezany Nizariff - Belacan
28. Ainina Ahmad Bi - Butik Pakaian (dia ni dah lama berniaga baju-baju muslimah sebelum mana-mana artis lain k)
29. Halim 2 by 2 - gerai makan kat wangsa maju. Seksyen 2.
30. Fahrin Ahmad - Aa..Aaaa... Ali.. Ali Cafe...! (bersilat sambil menari jangan dilupa..LOL)

Kalau kau orang ada info, mohon tambah dalam senarai ini ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 04:36 PM | Show all posts
noor khiriyah tu ada kedai baju/tudung jenama dia kat tesco the curve tu tak silapnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.684595 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list