CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2131|Reply: 0

Tips Mendidik Anak Suka Makan Sayuran (Menarik!)

[Copy link]
Post time 29-6-2015 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Sayur itu pahit. Itulah alasan yang sering diucapkan oleh kanak-kanak yang tidak gemar memakan sayur. Ketahui apakah tips supaya anak gemarkan makan sayur.

ememangnya sayur merupakan makanan yang banyak menyumbang kepada kebaikan kesihatan. Namun rasanya yang pahit dan tidak sedap, menjadi alasan bagi segelintir kanak-kanak tidak gemarkannya dimasukkan dalam makanan seharian. Perkara ini amat membimbangkan terutamanya dalam kalangan ibu bapa apabila melihat sejak kecil sayur seperti menjadi musuh mereka. Di bawah adalah cara untuk menggalakkan anak sukakan sayur.





  • Hidangkan. Berusaha untuk menghidangkan sayur dan buah ketika sajian utama dan snek (sebelum atau selepas). Sejukkan buah dan sayur (salad) yang telah dipotong ke dalam beg plastik kecil atau bekas agar mudah dicapai oleh mereka.
  • Jadi kreatif. Gunakan kreativiti anda untuk membuatkan makanan ini lebih menarik dan menyeronokkan.Potong sayur dan buah menjadi bentuk istimewa seperti kiub atau batang mancis. Anda juga boleh mengisar dan mencampurkan ke dalam hidangan yang lain. Hiaskan pinggan makan dengan cantik menggunakan sayur dan buah yang berlainan warna.
  • Pelbagaikan cara masakan anda. Cuba pelbagaikan gaya masakan anda. Untuk kelainan, selang-selikan di antara masakan yang mudah, memanggang serta menghidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Anda juga boleh menghidangkan buah atau salad yang telah disejukkan.
  • Libatkan anak anda. Galakkan anak anda membantu semasa membeli, menyediakan dan memasak makanan. Beri peluang kepada mereka memilih buah-buahan dan sayur-sayuran, memotong bawang dan sayur dengan menggunakan peralatan yang selamat serta membantu mengacau masakan.
  • Jadilah contoh yang baik. Kanak-kanak memerhatikan sikap anda terhadap makanan. Makanlah sayur dan buah bersama mereka di meja makan dan galakkan perbualan mengenai rasa, bau dan rupa makanan tersebut.
Melayukini.net - Memang pada awalnya agak sukar untuk mendidik anak-anak menggemari makanan seperti sayur. Walaubagaimanapun sebagai seorang ibu, kita harus memikirkan tentang kreativiti dalam menjadikan makanan tersebut lebih menarik disamping terdapat sayur dalam makanan tersebut. Boleh mulakan dengan sayur seperti lobak merah, timun dan sebagainya.
melayukini.net

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.031410 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list