CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 0

Tips - Cara Mengenal Jantina Bayi Dalam Kandungan

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Menurut Prof. Jamiyah, jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui ujian ultrasound tetapi sebenarnya ia agak sukar kerana jantina janin terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang kala Ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama.

Menjelang minggu ke-20, agak mudah mengetahui jantina bayi selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound mendapat gambaran yang jelas. Katanya teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi tetapi perlu berhati-hati dan pasti dengan apa yang diperhatikan sebelum memberitahu kepada bakal ibu bapa.




Jantina bayi terbentuk pada lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna.Pembentukan jantina bayi memerlukan input daripada genetik ibu dan ayah.

Setiap bayi lelaki mendapat kromoson X daripada ibu dan kromosom Y daripada bapa. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel sel bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal bayi perempuan mempunya dua kromosom X yang diterima daripada ibu dan bapa.

Pembentukan Jantina

Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.

Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum. Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.

Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.

Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.

Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.

Menurut Prof. Jamiyah, kurang daripada 10% daripada “ambiguous genitalia” dapat dikesan melalui ujian ultrasound.

Kaedah Menentukan Jantina Tentu sekali persoalan mengenai ketidaksempurnaan anak yang dikandung sering terlintas di fikiran bakal papa dan mama. Ujian ultrasound yang dijalankan diharap dapat memberikan keyakinan bahawa zuriat yang dikandung sempurna sifatnya.

Namun bagaimana jika jantina anak yang dikandung didapati tidak sempurna? Adakah masa depannya akan terjejas? Ciri-ciri jantina lelaki yang normal terdiri daripada organ seks yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdiri daripada zakar, testikel, vas deferens serta ‘chordae spermatik’ yang lain dan kelenjar prostrat.

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk penghasilan sperma dan air mani serta pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik.

Ciri-ciri fizikal bukannya penentu utama memastikan seseorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah individu yang ciri-ciri fizikalnya menyerupai perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti Congenital Adrenal Hyperplasia, Testicular Feminization Syndrome ataupun keadaan interseks yang lain).

Dari segi biologi, organ seks wanita terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan.
http://eberita.org

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.225215 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list