CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2573|Reply: 10

Pesanan Dr Muhamad Rozaimi ttg bilangan rakaat solat Tarawih

[Copy link]
Post time 16-6-2015 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 07:55 AM | Show all posts
Bilangan rakaat tarawih ni dah dibincang oleh Ulama besar Ahli Sunnah dah lama dah..... dan semua umat Islam (aliran perdana) terima ialah seperti yang diamalkan di Haramayn (2 Masjid Al-Haram).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 08:06 AM | Show all posts
mnm77 replied at 17-6-2015 07:55 AM
Bilangan rakaat tarawih ni dah dibincang oleh Ulama besar Ahli Sunnah dah lama dah..... dan semua um ...

Masalahnya kat Malaysia ni masih ada yang dok bertelagah bilangan rakaat tarawih nak buat 8 ke 20 sampai jais terpaksa buat peraturan buat 20 rakaat

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:09 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 17-6-2015 08:12 AM
obelisk replied at 17-6-2015 08:06 AM
Masalahnya kat Malaysia ni masih ada yang dok bertelagah bilangan rakaat tarawih nak buat 8 ke 20  ...

Yang dok bertelagah tu sebab ada ustaz yang berlainan aliran jugak, tu yang penyokong dok bertelagah... bila ustaz-ustaz berbalah, lagi parahlah para pengikut...

Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah yang ada pendapat kontroversi dalam isu-isu tertentu pun bila masuk isu tarawih tak menetapkan bilangan rakaat tarawih.....nak ikut 20 ka, 36 (20 + 4x4) ka... 8 ka...bila ada dalil dan Imam (yang dipercayai), boleh amalkan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2015 08:35 AM | Show all posts
Versi pendek

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2015 08:37 AM | Show all posts
Isu2 berkaitan...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2015 04:22 AM | Show all posts
Alhamdulillah,

Dari Abu Salamah bin ‘Abdirrahman, dia mengabarkan bahwa dia pernah bertanya pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Bagaimana shalat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di bulan Ramadhan?”. ‘Aisyah mengatakan,
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menambah jumlah raka’at dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula dalam shalat lainnya lebih dari 11 raka’at.”

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengabarkan,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – خَرَجَ ذَاتَ لَيْلَةٍ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ ، فَصَلَّى فِى الْمَسْجِدِ ، فَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا ، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّوْا مَعَهُ ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ ، فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَصَلَّوْا بِصَلاَتِهِ ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ ، فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ ، فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ « أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَىَّ مَكَانُكُمْ ، لَكِنِّى خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا »
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam keluar di tengah malam untuk melaksanakan shalat di masjid, orang-orang kemudian mengikuti beliau dan shalat di belakangnya. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut shalat dengan beliau. Dan pada waktu paginya orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar untuk shalat dan mereka shalat bersama beliau. Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jama’ah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk shalat Shubuh. Setelah beliau selesai shalat Fajar, beliau menghadap kepada orang banyak membaca syahadat lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut shalat tersebut akan diwajibkan atas kalian, sementara kalian tidak mampu.”

- tiada yang lebih afdhal dari mengikuti apa yang di amalkan Baginda Rasulallah SAW.. Perbezaan pendapat terjadi kerana mengikut cara atau amalan alim ulamak terdahulu .. Tiada had untuk solat sunat, mengikut kemampuan masing2.
- Maaf pada pandangan saya, sebaik-baik nya yang di lakukan di masjid adalah mengikuti jumlah rakaat Baginda iaitu 8 rakaat secara berjemaah dan bagi yang mahu menutup amalan nya terus buat witir secara sendiri 3rakaat... bagi yang mahu menyambung solat sunatnya teruskan lah sebanyak mana yang mampu hingga menjelang subuh.. dan disudahi dgn witir ..

wallahualam..

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:31 AM | Show all posts

MasyaALLAH..

Bilamana ulama atau ustaz yang ilmu nya tak sampai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 03:31 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 22-6-2015 03:37 PM
GiQ replied at 19-6-2015 04:31 AM
MasyaALLAH..

Bilamana ulama atau ustaz yang ilmu nya tak sampai...

Salam...

Agak menarik point yang tuan bawa, saya nak ulaskan sikit moga ada perkongsian yang bermanfaat... Insha-Allah

- Maaf pada pandangan saya, sebaik-baik nya yang di lakukan di masjid adalah mengikuti jumlah rakaat Baginda iaitu 8 rakaat secara berjemaah dan bagi yang mahu menutup amalan nya terus buat witir secara sendiri 3rakaat... bagi yang mahu menyambung solat sunatnya teruskan lah sebanyak mana yang mampu hingga menjelang subuh.. dan disudahi dgn witir ..

Saya hormati pendapat tuan, akan tetapi saya tidak setuju dengan pendapat yang menyatakan sebaik-baiknya 8 rakaat tarawih. Pada saya 20 rakaat adalah lebih menepati Sunnah, dan tiada kesalahan untuk buat 8 rakaat. Saya pernah menyelidiki dalil-dalil yang memang bersangatan beratnya untuk menimbangkan yang mana yang lebih baik antara 20 dan 8 rakaat tarawih, namun disebabkan ini solat SUNNAT, tak perlu dibalahkan, dan hati saya lebih cenderung kepada dalil 20 rakaat walaupun ada waktu-waktu saya sendiri menunaikan 8 rakaat. Kalau nak bahaskan di sini, saya khuatir akan tersangat panjang hujjah ilmiahnya, jadi saya cuba ringkaskan penjelasan seberapa yang boleh...

Dari Abu Salamah bin ‘Abdirrahman, dia mengabarkan bahwa dia pernah bertanya pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Bagaimana shalat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di bulan Ramadhan?”. ‘Aisyah mengatakan,
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menambah jumlah raka’at dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula dalam shalat lainnya lebih dari 11 raka’at.”

Sebenarnya hadith di atas berkaitan SOLAT MALAM, ataupun TAHAJJUD, bukannya merujuk kepada Solat Tarawih. Antara penjelasan yang diberikan oleh Ulama, solat malam (Tahajjud) dikerjakan sepanjang tahun, maka sebab itulah Aishah RA menjelaskan solat malam (Tahajjud) yang diamalkan oleh Nabi dalam bulan Ramadhan oleh kerana mungkin ada yang berpendapat Nabi membanyakkan rakaat solat malam (Tahajjud) ketika Ramadhan. Yang jelasnya, dari hadith di atas, Solat Malam (Tahajjud), samada dalam bulan Ramadhan mahupun bulan lainnya, tidak ditambah rakaat. Inilah yang sunnah. Namun, kalau sesiapa nak buat lebih dari 8 rakaat solat malam (Tahajjud), pun tiada kesalahan sebab dalil Al-Quran itu sendiri membenarkan solat nawafil (tambahan) dibanyakkan....

Tarawih pula hanya pada bulan Ramadhan sahaja, tiada solat Tarawih dalam bulan lainnya. Jadi hadith di atas khusus penjelasan bilangan rakaat solat malam (Tahajjud) yang diamalkan oleh Nabi, dan yang biasa Nabi lakukan ialah sangaaaatttt paannnnjaaaanngg Rakaat Solat Malam (Tahajjud) walaupun 8 rakaat...
Ini berdasarkan ada riwayat seorang sahabat Nabi cuba ikut Nabi bertahajjud, habis Al-Baqarah Nabi sambung Aali-Imran, habis Nabi sambung An-Nisa... sampai sahabat itu terjatuh kerana panjangnya rakaat solat malam yang Nabi amal!

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengabarkan,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – خَرَجَ ذَاتَ لَيْلَةٍ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ ، فَصَلَّى فِى الْمَسْجِدِ ، فَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا ، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّوْا مَعَهُ ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ ، فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَصَلَّوْا بِصَلاَتِهِ ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ ، فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ ، فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ « أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَىَّ مَكَانُكُمْ ، لَكِنِّى خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا »
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam keluar di tengah malam untuk melaksanakan shalat di masjid, orang-orang kemudian mengikuti beliau dan shalat di belakangnya. Pada waktu paginya orang-orang membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam berikutnya orang-orang yang berkumpul bertambah banyak lalu ikut shalat dengan beliau. Dan pada waktu paginya orang-orang kembali membicarakan kejadian tersebut. Kemudian pada malam yang ketiga orang-orang yang hadir di masjid semakin bertambah banyak lagi, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar untuk shalat dan mereka shalat bersama beliau. Kemudian pada malam yang keempat, masjid sudah penuh dengan jama’ah hingga akhirnya beliau keluar hanya untuk shalat Shubuh. Setelah beliau selesai shalat Fajar, beliau menghadap kepada orang banyak membaca syahadat lalu bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya aku bukannya tidak tahu keberadaan kalian (semalam). Akan tetapi aku takut shalat tersebut akan diwajibkan atas kalian, sementara kalian tidak mampu.”

Hadith yang di atas pula memang hadith pasal Tarawih, yang mana berlakunya peristiwa itu pada bulan Ramadhan, namun dalam hadith di atas tidak disebutkan bilangan rakaatnya.

Pada zaman khalifah Umar RA, telah dihidupkan semula amalan Tarawih berjema'ah di masjid (apabila TIDAK timbul isu tarawih diwajibkan), dan bilangan rakaatnya adalah 20 rakaat, tambah 3 rakaat witir. Ini sahih, dan diamalkan sehingga kini di Masjidil Haram.

Terdapat banyak dalil 20 rakaat tarawih diamalkan pada zaman sahabat dan para salaf as-soleh, dan jika amalan itu bukannya sunnah, sudah tentu ada dalil dari para sahabat sendiri yang akan menolak 20 rakaat itu.

Sehingga ke zaman Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'i, Imam Ahmad, semuanya terima 20 rakaat, dan tidak seorang Imam pun yang menolak 20 rakaat tarawih. Dalam Muwatta Imam Malik, ada hadith pasal 8 rakaat tarawih, namun Imam Malik tidak mengamalkan hadith tersebut, yang mana ada Ulama menjelaskan sedikit kesangsian dalam periwayatan tersebut, bahkan Imam Malik sendiri beramal dengan 20 rakaat + 16 (hasil dari 4 rakaat sunat tawaf pada selepas setiap 4 rakaat tarawih) + 3 witir, jumlah 39 rakaat.

Selepas beberapa ratus tahun kemudian, timbul penjelasan baru dari Ulama hadith yang meneliti hadith, maka ini penjelasan yang BARU, berkaitan kefahaman 8 rakaat tarawih, hasil dari kefahaman rujukan tertentu contohnya dari Sahih Bukhari yang ada sebut pasal 8 rakaat solat MALAM di bulan Ramadhan. Namun, hadith yang sama diulang pada bab lain dalam Sahih Bukhari, maka dalil untuk menyatakan 8 rakaat itu TIDAK KUAT untuk dibuat dalil khusus pasal tarawih dalam bulan ramadhan, kerana 8 rakaat itu untuk tahajjud sepanjang tahun, termasuk dalam bulan ramadhan, juga untuk bulan lainnya, maka sebab itulah Imam Bukhari meletakkan hadith itu dalam banyak bab bukan khususnya dalam bulan ramadhan sahaja.

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:06 AM | Show all posts
Edited by ussopp at 23-6-2015 01:08 AM

qiam ramadhan itu yakni terawih, tiadalah dikisahkan samada 8, 20 atau berapa pun.....rakaatnya...

jgn direndahkan mana2 pun...

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:25 AM | Show all posts
Aku sendiri kalau in mood untuk ferfeeling naik bullet train......aku akan ikuti jemaah yang buat 20 rakaat........rakaat yang banyak tapi bacaan surah dalam solat ibarat Charlie Chaplin.......

tapi kalau aku in the mood nak tahan lasakkan kepala lutut aku...maka aku akan ikuti jemaah yang lakukan 8 rakaat..........shorter rakaat........surah..........panjang...........berjela...siap dengan alunan bacaan ala ala pertandingan musabaqah lagik..........boleh tertidor dalam berdiri tau.....

Ngeh3x

Anyway...it does not really matter samada aku ikuti yang 8 atau yang 20 rakaat...........yang penting...the effort to perform the solat........comes Dari hati yang IKHLAS.......





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051245 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list