CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1338|Reply: 1

Bab Mengaku Keturunan Nabi

[Copy link]
Post time 15-6-2015 11:07 AM | Show all posts |Read mode
https://www.facebook.com/razali.tahir.5/posts/979081518790385

Bab Mengaku Keturunan Nabi

Even keturunan nabi sekali pun, apakah ia sbg lesen mudah utk masuk syurga tanpa hisab.. Dan apakah itu menyebabkan seluruh malaikat berasa gerun dan segan kpdnya? Anak2 Nabi Nuh a. s disahkan Allah Azza Wajalla bukan dari ahli syurga wp DNAnya sahih dari Nabi Nuh a.s. Abu Lahab, wp memilik DNA Bani Hashim yg sama dgn Nabi saw dan dibawah Qabilah Quraisy, juga ahli neraka.

Nasab keturunan bukan jaminan syurga atau selamat dari api neraka. Penentunya ialah Kepercayaan & Amalan Agama Yang Sahih menurut nas2 yg sahih yang dipindahkan kpd kita oleh mereka yg kepercayaan dari Nabi saw.

Hari ini, istilah "keturunan nabi saw" menjadi modal besar oleh sekelompok manusia utk menzahirkan dirinya sbg pembawa agama yg benar. Tp malang! Matan/lafaz agama yg dibawa berbaur syirik atau khurafat!! Bersama penampilan diri spt ahli ilmuan yg terunggul dgn cara pemakaian dan peradaban yg menakjubkan, maka umum menghukumnya sbg "itulah ahli kebenaran". Datang dari jauh hanya mendedangkan lagu, bukan buka Kitab Hadis Sahih atau Tafsir.. Ertinya mereka adalah PENYANYI spt Sheila Amzah.. Namun Sheila Amzah jauh lebih baik drpd mrk krn Sheila hanya menyanyi lagu cinta bukan lagu syirik dan khurafat. Suara Sheila jauh lg merdu hingga sampi ke negeri China berbanding puok habib yg katak pun mengeleng kepala mendengarnya. Namun pelik, ribuan org memuja mereka.

Namun, diri Saidina Umar alKhattab ketika memasuki bumi Syam/Pelastin, pakaiannya penuh debu, pakaian lama, tiada jenama, tiada berkopiah dan serban apagi memakai kopiah kononnya berlambang selipar Nabi saw.. Namun aku lihat ianya jauh lebih buruk drp selipar jepun!!

Tahun 2003 disaat aku bawa ibuku rahimahallah berhaji, Tabung Haji bekalkan selipar kpd jemaah. Apabila aku pakai, ternya muncung selipar itu telah mencucuk tumit jemaah haji yg lain ketika bersesak. Cisss!! Ini selipar boleh menyebabkan pemakainya hilang pahala, menyakiti muslimin dan membawa pemakainya ke neraka!! Aku baling dlm tong sampah tepi pintu masuk Masjidil Haram Malik Abdul Aziz. Berambus kau! Aku ganti dgn selipar 5 riyal buatan Jepun/China.. Jauh lebih sunnah dan memberi maslahah! Puok pemuja habib bukan reti bab ni. Tapi lihatlah, siapakah lagi yg membawa khurafat selipar nabi ini kl bukan org yg mengaku keturunan nabi?
Namun aku sgt bersyukur dan berbangga memiliki sebuah keluarga yg mmg original keturunan Nabi saw berasal dari Yaman. Aku sudah melihat sebuah buku daftar silsilah keturunannya yg kulit buku itu bewarna kemerahan, yg mendapat pengiktirafan oleh pakar2 sejarah Islam Yaman, Indonesia dan Singapore. Beliau bersama anak&isterinya adalah org yg paling kuat berjuang sunnah dan tidak sedikit hartanya habis dijalan Allah. Wp usia sudah veteran, namun masih kuat mencari ilmu hatta ilmu Usul Fiqh dll usul. Friendly dan tidak sombong. Tidak memakai nama habib malah paling tidak suka nama itu. Bila memperkenalkan dirinya kpd org tidak menyebut "syed", just nama spt dlm IC saja. Dan yg penting, dia tidak memakai kopiah berlambang selipar atas kepala spt lagak org2 bodoh itu. Dia adalah org penting dlm institusi sunnah kami. Alhamdulillah.

Lihatlah bijaknya syaitan nenipu manusia!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 12:22 AM | Show all posts
Islam adalah agama tanpa lambang rasmi, pakaian rasmi, warna rasmi, objek rasmi dsb. Dan kekalkan lah begitu sampai kiamat. Sebab ia agama untuk semua manusia. Sebab itu Islam boleh sampai pada sesiapa pun asal saja dia manusia atau djin. Tak perlu label apa-apa pun--mana saja benua kau berada, bangsa asal kau, kau tetap boleh jadi Muslim yang benar. Tak separuh-separuh, tapi mutlak Muslim sebenar.  
Bayangkan kalau sejak dari dulu ada satu benda yang diangkat jadi simbol--maka jadilah Islam, salah satu agama dalam banyak-banyak agama. Tapi tidak--ia adalah fitrah manusia. Siapa saja kau, kau tetap boleh balik pada fitrah a.k.a. jadi Muslim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list