View: 1318|Reply: 0
|
Kontinjen negara mampu capai sasaran pingat
[Copy link]
|
|
KONTINJEN Malaysia masih mempunyai masa dan mampu mencapai sasaran 56 peratus daripada jumlah keseluruhan pingat yang ditawarkan tanpa mengira warna pada Sukan Sea di Singapura.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ada segelintir atlet yang turut serta dalam acara pemanas badan yang menjadikan pungutan pingat menjadi tidak menentu.
"Kita kena tengok perkembangan dari hari ke hari. Ada beberapa acara yang ditandingi atlet merupakan acara pemanas badan bagi mereka. Contohnya dalam sukan renang, ada atlet ambil acara 200m gaya bebas sedangkan acara kegemaran mereka ialah 100m gaya bebas.
"Itu merupakan acara bukan 'favourite' mereka, ia cuma acara memanaskan badan. Ini menjejaskan sikit sasaran kita. Jadi apabila ada acara yang ditandingi tanpa ada harapan pingat, maka itu akan merumitkan sikit target," katanya.
Khairy berkata demikian selepas menghadiri program 'Art of Speed' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, hari ini.
Penganjuran kali keempat 'Art of Speed' itu adalah acara tempatan yang memperkenalkan budaya Oldskool dan Kustom Kulture di Malaysia (customize kereta dan motor).
Sehingga 12.30 tengah hari ini, kontinjen Malaysia sudah mengumpul tiga pingat emas, sembilan perak dan 23 gangsa pada temasya dwitahunan itu.
Pingat emas pertama Malaysia dihadiahkan oleh perenang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee dalam kategori teknikal duet dan rutin bebas manakala emas kedua dan ketiga melalui penerjun Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal wanita serta gandingan Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei (10m platform seirama lelaki). - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|