View: 2245|Reply: 2
|
BAKAT INDIVIDU MAMPU BANTU BENAM VIETNAM
[Copy link]
|
|
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee akui Vietnam bukan lawan mudah namun percaya barisan anak buahnya mampu menewaskan mereka.
Vietnam dianggap sebagai lawan sukar kerana mereka membelasah Brunei dengan jaringan 6-0 tambahan pula Malaysia sekadar mampu meledak 1 gol lawan Timor Leste dengan Nazmi Faiz dilayangkan kad merah.
Walaubagaimanapun, Kim Swee sempat mengkaji kelemahan dan kelebihan Vietnam menerusi perlawanan mereka lawan Brunei.
Ong Kim Swee melihat bakat individu mampu menjadi titik penting dalam menentukan kemenangan apabila berdepan Vietnam pada Selasa.
"Sebenarnya tiada bezanya pasukan mereka dengan kita terutama dari segi corak permainan individu.
Mereka mempunyai pemain yang laju seperti Nguyen Chong Phuong (no.10), Tran Phi Son (no.20) termasuk pemain memakai jersi no.11 Do Duy Manh dan jersi no.14 Nguyen Huy Hung yang bertindak sebagai nadi pasukan,"katanya.
Pengendali berusia 44 tahun itu bagaimanapun yakin mempunyai resepi istimewa yang mampu menyekat kemaraan Vietnam.
"Saya telah menyediakan perancangan rapi dan saya harap pemain mampu mengadaptasikan taktikal saya," katanya.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
|
terus kalah 1-5 |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat ape, dapat nama buruk kes meludah ada lah, choii |
|
|
|
|
|
|
| |
|