KEWAJIPAN MELAKSANAKAN AL QURAN MENGIKUT KEHENDAK TUHAN SERTA KAEDAH RASULNYA (SUNNAH) 1) Melaksanakannya secara teratur mengikut kaedah nabi melaksanakannya (sunnah) sesuai dengan peredaran zaman... Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan LAMBAT TENANG; dan Kami menurunkannya BERANSUR ANSUR ( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #106) Dan apabila kamu tidak membawa suatu ayat Al Qur'an kepada mereka, mereka berkata: "Mengapa tidak kamu buat sendiri ayat itu?" Katakanlah: "SESUNGGUHNYA AKU HANYA MENGIKUTI APA YANG DIWAHYUKAN DARI TUHANKU kepadaku. Al Qur'an ini adalah bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #203) 2) Melaksanakan secara teratur mengikut kronologi penurunan ayat dan menyesuaikan mengikut keadaan semasa agar manusia tidak menjadi susah.. Kami TIDAK menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau MENANGGUNG KESUSAHAN. ( سورة طه , Taha, Chapter #20, Verse #2) 3) Sebagaimana kita berwuduk secara betul (tertib dan teratur) maka laksanakanlah al quran juga dengan betul...semuanya agar manusia tidak menanggung kesusahan di kemudian hari dan menjadi bingung.. Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (BERWUDUKLAH) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. ALLAH TIDAK MAHU MENJADIKAN KAMU MENANGGUNG SUATU KESUSAHAN (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. ( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #6) 4) Agar kita mengerti bagaimana mengaplikasikan ayat ayat yang dimansukhkan dan dinasakhkan mengikut keadaan keadaan contohnya perbedaan yang terdapat pada ayat makkiyah dan madaniyyah Dan apabila Kami TUKARKAN satu ayat (Al-Quran) untuk MENGGANTIKAN ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang PENDUSTA"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya. ( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #101) 5) Maka janganlah kita menjadi orang orang yang ingkar (kafir) yang tidak mengerti sebab sebab al quran diturunkan beransur ansur Dan orang-orang yang kafir berkata: "MENGAPA TIDAK DITURUNKAN AL QURAN ITU KEPADA MUHAMMAD SEMUANYA SEKALIi (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. ( سورة الفرقان , Al-Furqan, Chapter #25, Verse #32) 6) Semua perlaksanaan secara tertib dan teratur ini mengajar kita bersabar dan berdisiplin dalam memenuhi perintahnya... Sesungguhnya Kami telah MENURUNKAN AL QURAN kepadamu (hai Muhammad) dengan BERANSUR ANSUR. Maka BERSABARLAH KAMU UNTUK (MELAKSANAKAN) KETETAPAN Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. ( سورة الإنسان , Al-Insan, Chapter #76, Verse #23-24) 7) Perintah melaksanakan al quran secara tertib dan teratur agar kita beroleh kejayaan dan kemenangan seperti mana para rasul..inilah jalan / kaedah yang lurus / benar (SUNNAH),,, "Iaitu orang-orang yang mengikut rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), MEREKA ITULAH ORANG ORANG YANG BERJAYA... ( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #157) kronologi al quran mengikut surah surah:
|