lagi review ## kopi xoxo nora danish n her bffs
credit to: http://mohdzarin.com/blog/kopi-xoxo/
Baru-baru ni saya ke Bangsar semata-mata untuk melihat apakah keistimewaan cafe terbaru yang sedang hangat diperkatakan iaitu Kopi XOXO. Kopi XOXO ni berkonsepkan butik cafe dan dipunyai oleh pelakon wanita yang tidak asing lagi iaitu Nora Danish. Saya dimaklumkan juga, Kopi XOXO ini juga turut diuruskan oleh sahabat baik Nora iaitu Betty Rahmad. Setiap hari saya tengok ramai rakan artis yang datang ke Kopi XOXO dan nampak macam seronok je lepak kat sana. Lebih-lebih lagi kalau ada Nora Danish jadi cashier ataupun servekan makanan.
Kopi XOXO terletak di Jalan Riong, Bangsar. Walaupun lokasinya terletak berdekatan dengan jalan utama, ianya mungkin tidak sebegitu mudah untuk dicari. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak biasa dengan jalan di Bangsar kerana ianya agak terselindung sedikit. Kopi XOXO beroperasi setiap hari bermula dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 9.30malam kecuali cuti pada hari Isnin. Sewaktu saya ke sini pada hari Ahad, saya perasan ramai orang dah menunggu seawal jam 12 tengahari. Kopi XOXO berkonsepkan santai dan tempat untuk berehat-rehat bersama kawan-kawan sambil bergosip. Ruang makannya tidaklah terlalu luas namun tidaklah terlalu kecil. Saya anggarkan lebih kurang 50 orang pelanggan dapat menjamu selera pada sesuatu masa. Untuk memesan makanan, kita haruslah memesan dan membayar terlebih dahulu di kaunter.
Kopi XOXO menawarkan kopi “old school” iaitu kopi kampung sebagai minuman utama. Kopi XOXO samada sejuk ataupun panas dihidangkan di dalam kole besi ala kampung. Jadi tak kira Kopi XOXO panas atau sejuk, rasionalnya menggunakan kole adalah supaya suhunya akan bertahan lebih lama. Selain KOPI XOXO, kat sini terdapat banyak lagi minuman signature yang lain seperti Ice Blended XOXO, Cappuccino, Mocha dan banyak lagi.Walau bagaimanapun saya sangat suka dengan rasa Kopi XOXO yang rare dan sedap.
Bagi makanan pula, terdapat beberapa pilihan menu makanan seperti Spicy Aglio Olio, Beef Burger, Lemon Chicken, Bubur Betty dan beberapa menu lagi. Oleh kerana saya makan bersama Zarith, saya hanya boleh order 2 menu makanan sahaja. Saya dan Zarith memilih Bubur Betty dan Cheezy Beef Burger. Bubur Betty juga sebenarnya merupakan salah satu signature dish di sini. Bubur Betty didatangkan di dalam bersama ikan bilis goreng, kacang, lobak, telur masin dan kangkung belacan. Walaupun set Bubur Betty ini nampak simple, tapi menu macam ni dah susah nak dicari lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Set Bubur Betty ini sangat sedap dimakan ketika panas dan merupakan kombinasi yang sesuai dengan Kopi XOXO.
Sekiranya set Bubur Betty mampu mengimbaukan perasaan seperti di kampung halaman, menu western Cheezy Beef Burger pula memberikan perasaan yang disebaliknya. Cheezy Beef Burger dihidangkan bersama kentang goreng bersama patty daging yang sedap.
Selain menu hidangan utama di KOPI XOXO, terdapat satu lagi pelaris utama di sini iaitu The Gorpis. Saya pernah kongsikan tentang kesedapan The Gorpis di blog saya dulu dan buat masa sekarang percaya atau tidak The Gorpis adalah goreng pisang cheese yang paling popular di Kuala Lumpur. The Gorpis di Kopi XOXO menawarkan beberapa pilihan yang sedikit berbeza iaitu seperti White Chocolate, Chocolate, Strawberry dan Original.
Dengan kesedapan The Gorpis, tak hairanlah ramai orang yang datang ke Kopi XOXO ini semata-mata untuk membeli The GorPis. Ada yang beli bukan satu atau dua set, tapi ada yang sampai 6-7 set sekali gus. Jadi kadang-kadang pelanggan haruslah menunggu sekurang-kurang 1 jam untuk mendapatkan set goreng pisang The Gorpis. Selain dari menerima tempahan yang banyak, The Gorpis juga menggoreng pisang berdasarkan jumlah tempahan. Mereka tidak akan menggoreng pisang awal-awal dan sekadar menabur cheese sahaja. Mereka akan memastikan pelanggan dapat menikmati The Gorpis ketika dalam keadaan panas. Bagi saya walaupun menunggu lama, ianya sangat berbaloi kerana tiada pisang goreng cheese yang setanding The Gorpis.
Secara keseluruhannya, Kopi XOXO memang sesuai dijadikan tempat untuk minum kopi sambil santai dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Menu makanannya memang berbaloi untuk dicuba walaupun sedikit mahal. Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri, parking mungkin akan menjadi masalah utama. Tiada parking lot khusus untuk pelanggan dan kalau adapun ianya sangat terhad. Dengan populariti Kopi XOXO yang semakin meningkat naik, saya dapati cafe ini selalu cepat penuh. Anda mungkin terpaksa menunggu beberapa minit sebelum boleh dilayan.
Namun begitu, layanan istimewa oleh petugas Kopi XOXO membuatkan saya terasa berada di rumah sendiri. Layan extra oleh pelayan membuatkan siapa yang kena menunggu pun mampu tersenyum. Saya ucapkan syabas kepada warga kerja Kopi XOXO dan semoga berjaya dengan perniagaan.
|