View: 1451|Reply: 0
|
Vivian-Khe Wei layak ke suku akhir
[Copy link]
|
|
Pasangan beregu wanita menjadi penyelamat maruah negara apabila mara ke suku akhir Kejohanan Super Siri Premier Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Gandingan Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang menewaskan Anggia Shitta Awanda/Mahadewi Istirani Ni Ketut dari Indonesia selepas saingan sengit selama satu jam lima minit, adalah wakil tunggal negara mara ke suku akhir edisi tahun ini.
Pasangan itu yang menang mudah set pertama 21-9 dan tunduk 18-21 pada set kedua, bagaimanapun terpaksa berdepan saat getir sebelum menamatkan set penentuan 21-18.
"Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
"Dari awal, kami tidak sasar apa-apa untuk masuk separuh akhir atau final, kami hanya fokus untuk menang setiap perlawanan yang kita main sahaja," kata Vivian pada sidang media selepas perlawanan tersebut.
Dalam pada itu, Khe Wei pula yakin mampu menewaskan lawan mereka dari China, Huan Xia/Tian Qing di suku akhir esok, untuk mara ke peringkat separuh akhir.
"Pasangan ini baru digabungkan buat pertama kali, jadi kita ada peluang lebih, sebab kombinasi mereka mungkin belum serasi lagi," katanya.
Dalam satu lagi aksi acara beregu wanita, pasangan Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho tewas kepada pasangan Isabel Herttrich/Birgit Michels dari Jerman, selepas gagal mengekalkan rentak kemenangan 21-16 pada set pertama.
Pasangan negara itu tewas 17-21 pada set kedua dan 14-21 di set penentuan.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|