Assalamualaikum… macam mana ye nak elakkan diri jadi babysitter x berbayar every weekend?
I bukanlah jenis yg berkira bab financial.Tapi masa cuti sabtu ahad, nak relax & berhangout. Dah nama pon offday kan.
Masa my sis pantang, I yg jaga both of them. But secara bergilir lah dgn my mum.
Akak I nih memang jenis suka mengharapkan orang lain & mintak belas ehsan dari org sekeliling. Memang berlawanan lah dgn my attitude.
Btw my nephew 8 months already. Tidak menjadi masalah utk I jaga dia sebab I memang expert bab nih even belom married. Lol. I suka budak & budak pon selesa dgn i. Dan i ikhlas menjaganya. Sebab tu akak ambik kesempatan suruh I jaga anak dia.
Dia macam suka lepas tangan dlm segala hal. Tiap minggu datang rumah parents. Kalo x datang sini, dia suruh mil jaga. Dah macam bola pulak anak dia tuu. Ditendang ke sana sini.
Actually dia tu bunting pelamin. I rasa dia macam x sedia nak anak secepat ni. Yelah, baru kawin. Umur dia & spouse both 25. Tak puas enjoy lah katekan. Tapi siapa lah I utk jugde mereka.
Kadang tu, saja I duduk dalam bilik diam-diam. Tapi, dia ketuk pintu macam nak roboh. Cakap tolong jaga anak dia, nak berehat jap. Badan lenguh penat. I tengok boleh pulak dia bergolek maen fb bagai. Tak pepasal i pulak kena jaga anak dia sekejap.
Bila I nak keluar date, boleh pulak dia meroyan & jeles. Kadang dia nak date dgn huby, ayat dia ‘Nak keluar kejap. Dalam sejam dua balik lah.’ Padahal jam 1 pagi baru sampai.
Berbalik topik di atas : - Bagaimana nak elak dari jadi babysitter tiap kali my sis suruh jaga sekejap? Apa alasan yg logik utk elakkan diri dari dibuli oleh akak sendiri?
Seeking advice from all . Whether +ve or –ve , I would really appreciate it
Last edited by bellaa on 15-12-2014 01:18 PM
|