===sambungan===
Oh lupa nak gtau, doc sahkan ayah aku ade batu karang dihempedu & 2 biji batu dalam urat, bukan usus leaking ke hape.
Pagi Sabtu tu, ayah aku dimasukkan dalam ICU kali ke2. Keadaan ayah aku terlalu tenat & doc pun gitau hanya berserah pada Allah. Allah je tahu perasaan kitaorang masa tu. Doc gitau, paru2 ayah aku berair, jantung lemah & nafas masih perlu support oksigen. Dan selepas beberapa hari tu, adik & kakak aku cari perawat. Ade 2 orang perawat. So aku namakan Perawat 1 & Perawat 2. Adik aku jumpa perawat 1 gitau family kami kena santau. Ya Allah, waktu tu sedih sangat kitaorg. Perawat 1 tu bagi tau, memang orang yg kenakan kami sefamili ingin kami semua mati. Kejam sangatkan orang tu. Perawat 1 bagi air untuk minum & sapu kat muka. Kakak aku pulak bawa perawat 2 g ICU kat hosp. Perawat 2 tu tekan ibu jari ayah aku, nampak ada reflek, perawat tu gitau, insyaAllah masih boleh dirawat. Perawat 2 mintak mak aku beli bawang putih n tekan2 kat ibujari ayah aku. Alhamdulillah keesokkan hari, ayah aku dah sedar sepenuhnya dan boleh duduk. Kitaorg memang terkejut dengan perubahan ayah aku. Doc masa tu pun kata, keajaiban Allah. Doc bagitau, bapak aku pelu d transfer ke Hospital Umum secepat mungkin naik heli, untuk wat operation buang batu 2biji kat urat tu. Sebab di hosp tersebut tak de pakar untuk wat operation tu. Alhamdulillah, ayah aku selamat ditransfer ke Hospital Umum pada Awal Muharam.
Semasa kat Hosp Umum, anak buah ayah aku ni boleh dikatakan perawat ke 3 lah eh. Dia g melawat ayah aku sebelum ayah aku dibawa ke bilik x-ray, sambil dia sembang dan dia picit jari kaki ayah aku , dia bagitau kat ayah aku terkena buatan orang. Ayah aku terkejut, sebab sebelum ni kitaorang memang tak g tau langsung pasal tu. Sebab ayah aku kan masih tak sihat. Tapi perawat 3 dah cakap, so mak aku terus terang je lah. Sambil perawat 3 picit kaki tu, ayah aku rasa terlalu sakit sampai berpeluh2. Pastu kan ayah aku nak dibawa ke bilik x-ray, perawat 3 sempat g tau, tak yah risau la tak de lagi 2biji batu tu nanti & tak pelu operation. Kalo operation pun, buang batu yg kat hempedu jer. Mak, adik & aku pun cam tergamam jer. Selepas dari x-ray, doc g tau batu tu dah tak de lagi. Sedangkan dalam CT scan n xray benda tu memang nampak.
|