View: 3737|Reply: 1
|
Oksitosin hormom gembira untuk wanita.
[Copy link]
|
|
Oksitosin
--------------
https://www.facebook.com/KlinikPerubatanElektronik
Dikenali sebagai hormon penghubung kasih sayang, dihasilkan banyak ketika kelahiran, laktasi dan ketika kemuncak hubungan intim. Paras oksitosin wanita dan lelaki adalah sama, cuma ia dibezakan dengan wanita kerana paras estrogen lebih tinggi.
Wanita memerlukan penghasilan oksitosin. Para penyelidik mendapati, oksitosin dapat melegakan stress wanita, tetapi bukan untuk lelaki.
Oksitosin di hasilkan oleh otak. Ia di keluarkan oleh hipotalamus yang terletak jauh di dalam bahagian tengah kepala.
Paras oksitosin di dalam tubuh wanita meningkat apabila dia membantu seseorang kerana mengambil berat perihal orang itu. Apabila memberi dengan niat mahu memperoleh sesuatu, paras testosteron akan meningkat.
Apabila isteri mula merasa dia tidak mendapat balasan yang setimpal dalam hubungan, dia cenderung untuk berkorban dan memberi kepada pasangan dengan bersyarat. Isteri lebih mengutamakan balasan atas pengorbanan yang dilakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gembirakan diri kamu sendiri untuk membahagiakan suami dan anak-anak serta orang sekeliling.
Bagaimana untuk buat diri sendiri gembira?
1. Maafkan suami anda.
2. Maafkan ibubapa anda.
3. Maafkan jiran-jiran anda.
4. Maafkan semua orang. Termasuk guru, kawan-kawan, kenalan, adik beradik (sebut setiap orang jika boleh) dan sesiapa juga yang anda ada rasa geram atau marah.
Setelah anda buat ini barulah anda dapat menikmati kegembiraan dengan cara mengurangkan stress yang terdapat dalam diri anda.
Redakan stress dengan belajar cara berkomunikasi.
Oksitosin dapat terhasil dengan pelbagai aktiviti contohnya :
1. Berurut di spa.
2. Mandi dengan wangian yang anda gemari.
3. Membeli barang keperluan diri dan keluarga.
4. Menyusun baju di dalam almari.
5. Melihat dan memegang serta mengendong bayi.
6. Membantu kawan wanita yang dalam kesusahan.
7. Mengemas rumah.
8. Memasak.
9. Mengikuti kelas aerobik, renang atau seminar.
10. Menanam pokok bunga atau pokok yang anda suka.
Sebenarnya terdapat beratus-ratus aktiviti yang boleh membuat anda gembira. Kenalpasti aktiviti yang anda suka. Ia ditandai dengan senyuman dan ketawa yang ikhlas semasa anda melakukan aktiviti tersebut. Walaupun selepas melakukan aktiviti tersebut, anda masih tersenyum. Anda rasa tenang, puas dan jauh lebih gembira.
Itu tandanya anda berjaya menghasilkan oksitosin. Apabila berjumpa dengan suami selepas itu, anda hanya nampak kebaikannya sahaja. Selama ini, semua yang suami buat tidak kena di mata anda.
Mulakan dari sekarang dan rasai segala nikmat yang ada di muka bumi Allah ini. Segala situasi yang berlaku, anda akan rasa nikmat dan manisnya.
" Nikmat Mana Yang Kamu Dustakan "
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
[AceHand SPECTaceLAR]
Kalau untok lelaki...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|