View: 4456|Reply: 20
|
AYAH MENEKAN ANAK LELAKINYA SUPAYA MENJADI USTAZ
[Copy link]
|
|
Dalam banyak-banyak anak lelaki (5 orang), saya seorang sahaja anak lelaki yg ditekan untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama, atau bidang profesional yg ada kaitan dengan bidang agama. (diberi galakan, dan selalu diungkit-ungkit apabila saya tak pilih untuk further my higher studies dalam bidang tu di universiti.) Sedangkan bapa saya bukannya seorang ustaz, kenapa dia sendiri tak belajar bidang syariah ke, syariah law, ke, apa-apa ke yang berkaitan agama semasa mudanya semasa di universiti dulu? (dulu dia seorang guru yang selalu bergiat aktif dalam NGO-NGO berkaitan agama Islam). Semasa di secondary school dulu, saya memang dihantar ke sekolah menengah agama arab. Kenapa dia perlu "live his ambitions through his son"? Ditekan supaya menjadi ustaz ataupun learned scholar in Islam. Kadang-kadang saya pernah bersangka buruk, adakah bapa saya dulu pernah hidup dalam kehidupan maksiat yang agak jauh dari pengamalan agama Islam, jadi bila dah insaf dia mahu ada antara anak-anaknya yang jadi orang yang terpelajar dan menyumbang dan bergiat dalam bidang pengkhususan agama Islam, jadi dia pun dapat sama saham pahala-pahala tersebut?
Sekarang saya dah grad dalam bidang akademik yang tak berkaitan agama. Saya pernah belajar dalam kelas agama Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) di sekolah agama dulu, tetapi meninggalkannya apabila mendapat tawaran universiti setelah keputusan SPM keluar. Saya tengok keadaan yg sama berulang di mana anak saudara saya seolah-olah ditekan oleh bapanya (abang ipar saya) supaya memilih bidang pelajaran aliran agama.
Saya pilih bidang professional sebab saya nak kejar duit dan kareer. Rasa berdosa kalau niat nak kejar duit, sedangkankan diri berada dalam bidang agama Islam. Lagipun apabila difikirkan, imam-imam mazhab zaman salafussoleh dulu pun ada yang mencari makan dalam bidang lain seperti perniagaan, sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah imam mazhab yang sangat terpelajar. Ini menunjukkan niat mereka yang ikhlas, yang dijadikan benteng supaya mereka tidak memberikan fatwa-fatwa yang didasarkan kepada nafsu mencari keuntungan dunia yang sedikit nilainya di sisi Allah Taala, tetapi amat besar nilainya kepada kita manusia biasa. Tambahan lagi apabila melihat sesetengah sarjana-sarjana Islam yang terpelajar hari ini, sesetengah daripada mereka jelas sekali seolah-olah bertindak sebagai macai ataupun pembodek kepada pihak pemerintah yang berkuasa ( sedangkan sesetengah mereka ini ada Phd dalam bidang pengajian Hadith, sebagai contoh ), jelas sekali mereka ini seolah-olah tidak ikhlas dengan ilmu-ilmu agama mereka, dan berkemungkinan ada niat untuk mencari keuntungan dunia melalui bidang agama, sedangkan mereka sarjana Islam yang terpelajar.
Apa pendapat ibu bapa di sini, yang pernah menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah aliran agama arab? Apakah niat anda supaya mereka menjadi orang yang baik-baik, yang baik akhlaknya, baik peribadinya, yang mempunyai asas agama yang sangat kuat, walaupun mereka akhirnya akan menyambung pengajian degree dalam bidang akademik seperti kejuruteraan yang tidak berkaitan dengan agama Islam, contohnya? Ataupun ada niat lain supaya mereka menjadi ustaz dan sarjana Islam yang terpelajar supaya anda sendiri boleh menumpang sahamnya, sedangkan anda sendiri sebagai ibu bapa datang dari latar belakang bidang "conventional"?
Last edited by Tongny on 8-11-2014 10:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
UNTUK RENUNGAN DAN DIFIKIR-FIKIRKAN
Realiti pendakwah hari ini VS Zaman salafussoleh
1. Berdakwah ertinya berceramah.
2. KPI pendakwah ialah memastikan orang tertarik dengan apa yang disampaikan
3. 'Client' pendakwah ialah pihak penganjur dan 'customer' pula ialah pendengar maka kena jaga hati penganjur dan pendengar.
4. Upah pendakwah ialah bayaran wang dan hormat
5. Matlamat pendakwah ialah menjadi terkenal dan popular atas alasan supaya dakwah dapat lebih tersebar.
6. Pendakwah pun berjaya, terkenal dan mendapat pelbagai anugerah dan gelaran tokoh. Sejuk perut mak mengandungkan anak sebab anak dia sudah terkenal, berjaya dan dihormati.
7. Pendakwah pun makin kaya, naik kereta mewah, ada pemandu, ada banglo2-3 biji, ada syarikat perniagaan, ada produk dihasilkan, ada itu dan ini. Susah nak jemput ceramah atau tanya soal-jawab sebab taraf sudah tinggi.
8. Kemudian pendakwah pun tua dan sakit, masuk hospital pakar yang mewah baik di dalam atau diluar negara.
9. Pendakwah mati dan orang pun sedih akan kehilangan pendakwah yang terkenal dan dihormati.
10 tahun selepas pendakwah mati. Ditanyakan kepada bekas pengikut setia pendakwah tersebut beberapa soalan agama tetapi dia tidak boleh menjawabnya. Katanya macam pernah tahu tetapi sudah lupa. Nantilah dia tanyakan dengan ustaz baru yang sekarang ini tengah naik namanya.....Pengikut setia pendakwah yang sudah mati itu pun sekarang sudah ikut ustaz baru pula.
Dakwah Islam di Zaman Salaf
1. Berdakwah ertinya menyampaikan ilmu dari al-Quran dan as-sunnah dan menerangkan kefahaman dan cara beramal dengannya.
2. KPI pendakwah ialah menyampaikan ilmu dengan amanah, telus dan memahamkan masyarakat akan kitab Allah dan sunnah rasul Allah.
3. Pendakwah tidak kisah kalau dibenci atau dicemuh, dihalau dia pun beredar, dipenjara dia pun sabar dan ditohmah dia menjawab dengan ilmu.
4. 'Client' pendakwah ialah penuntut ilmu, 'customer'nya pula ialah orang ramai yang mahu mengambil manfaat.
5. Matlamat pendakwah ialah menyampaikan kebenaran, menyebarkan ilmu dan sunnah.
6. Pendakwah mengisi masa dengan menulis kitab-kitab sebagai bekalan amal dan panduan untuk orang ramai, menjawab soal-jawab agama, mengajar orang ramai agar faham kitab Allah dan mendidik murid-muridnya agar jadi alim dan faqih.
7. Pendakwah akan terkenal apabila diuji dengan pemerintah atau pihak yang tidak suka dakwahnya. Dipenjara kerana fatwanya menentang pemerintah atau difitnah oleh pihak yang jahat dll.
8. Semakin tinggi ilmu semakin tawadhuk, mempunyai ramai kawan dan murid-muridnya menjadi alim mengantikannya.
9. Pendakwah menjadi tua dan sakit dan murid-muridnya atau pelajarnya akan mengantikannya mengajar dan dia diwarisi oleh pendakwah-pendakwah lain.
Apabila beliau meninggal, buku-bukunya tersebar, bermanfaat dan ilmu-ilmunya masih dipakai dan murid-muridnya bertukar menjadi ulama' mewarisinya dan mereka pun meneladani akhlak dan peribadinya.
Sabda Nabi Salallahualaihiwassalam :
العلماء ورثةُ الأنبياء، وإن الأنبياء لم يُورِّثوا دينارًا ولا درهمًا، وإنَّما ورَّثوا العلم ' Para ulama itu mewarisi para anbiya, dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu.' [riwayat Abu Daud]
POSTED BY USTAZ EMRAN Last edited by Tongny on 8-11-2014 08:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya sendiri belum melalui fasa 'menetapkan' which patch anak sy perlu pilih;maybe saya dan suami jenis tidak suka memaksa.apa saja pilihan anak kami akan sokong tpi dlm masa yang sama akan memantau samada pilihan yg dibuat sesuai atau tidak.
Dalam kes sedara ni,saya berpandangan besar kemungkinan ayah sedara ada terlintas begini: 'aku ni anak ramai tapi sorang pun takde yang pakar agama..takde sorang pun yang bule jadik rujukan hal-hal akhirat..sumenya tala hal donia..'. Lantas sebelum dia menutup mata, sebolehnya dia nak tgk salah sorang anaknya ada hat jurus ke situ..
Or maybe ada hasrat dia yg tidak terlunas tatkala dia muda dahulu?nak kejar dah tak mampu,so apa bule buat cuma hanya mengharapkan pewarisnya yang meneruskan hasrat yang tertunggak. who's know kan?
apa pun niat dia,something for sure mak ayah sentiasa inginkan sesuatu yg terbaik untuk anak mereka.mungkin di mata anak ia sesuatu yang membebankan,menyusahkan..namun hakikatnya ibubapa yg bertanggungjawab tidak akan sesekali buat sesuatu yg boleh menjahanamkan anak-anak.
mungkin jika sedara sudah memiliki anak,sedara akan sedikit demi sedikit memahami niat,maksud dan motif ayah sedara mengapa dan kenapa dia berbuat sedemikian... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sufeenan posted on 8-11-2014 08:12 AM
Saya sendiri belum melalui fasa 'menetapkan' which patch anak sy perlu pilih;maybe saya dan suami je ...
Boleh jadi juga. Saya sendiri belum mempunyai anak, boleh jadi jawapan saudari ada kebenarannya sedikit sebanyak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tongny posted on 8-11-2014 08:36 AM
Boleh jadi juga. Saya sendiri belum mempunyai anak, boleh jadi jawapan saudari ada kebenarannya se ...
Yang pentingnya sedara,kita bersangka baik setiap apa yg mak pak kita minta kita buat..melainkan jelas lagi terang apa yang dorang nak itu menyeleweng dan menyimpang dari lunas agama dan perbatasan adab dan adat,hat tu kita perlu guna kebijaksanaan kita nak ngadapnya.
Kalu sayalah di tempat sedara,saya akan rasa bangga bila 'diamanahkan' dengan amanat dan harapan sedemikian rupa.kenapa dlm ramai-ramai anak,kita yang dia pilih?mesti ada sesuatu yg istimewa pada kita,bukan?mana tau dlm ramai-ramai tu hanya kita saja yang dia sayang terlebeh sikit,yang dia harap sikit..?
bukankah itu suatu penghormatan pada kita..?
think positively..insha'allah anak yg taat pd mak ayah ni syorga jaminannya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang saya pernah bersangka buruk, adakah bapa saya dulu pernah hidup dalam kehidupan maksiat yang agak jauh dari pengamalan agama Islam, jadi bila dah insaf dia mahu ada antara anak-anaknya yang jadi orang yang terpelajar dan menyumbang dan bergiat dalam bidang pengkhususan agama Islam, jadi dia pun dapat sama saham pahala-pahala tersebut?
ko memang sangat bersangka buruk...macam mana ko boleh fikir sejauh itu??
kalau ayah aku paksa aku masuk skolah agama aku akn fikir sebab ayah aku nak aku jadi baik and expert dlm agama...
kakak aku pon kena paksa masuk sekolah agama..sebab dia anak sulung perempuan and ayah aku mestilah ada harapan tinggi supaya anak dia jd anak solehah..tp last2 ayah aku redha je akak aku tak minat..form 4 keluar masuk sekolah teknik.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
setiap ibubapa nakk kan yang terbaik utk anak mereka..
daripada cerita tuan..pada saya ibubapa tuan dah berjaya,sekurang2 kalau tuan menjadi enginier tuan menjadi pekerja yang beriman..tahu baik dan buruk..xrasuah,xsonglap..n dalamasa yang sama tuan mungkin ma mpu menjadi imam solat dikalangan rakan2 sekerja,mampu bertazkirah kpd rakan2 yang lalai,kalau tak dengan lisan pun..dengan contoh teladan peribadi tuan..orang akan segan..
jangan berburuk sangka dengan kedua ibubapa..xberkat hidup
sekian...saya pn xde anak lagi....tapi kami berbincang dengan famili..pendekkata family yang tetapkan haluan kami bersama dengan reasonnya..dari sekolah rendah lagi..so benda tu dah sebati..jadi kami ikut trek tu la |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Entahla...sama mcm fmly ak jgk..n sume adik2 ak pon kna paksa...tp masuk skolah pondok.wktu aku form 4 ayah masuk kn aku skolah pondok.padahal pmr aku bgus je..sebulan aku ngis.last2 aku tepon nenek ak.nenek ak sound ayah ak.die kata dulu die nk ayah aku blaja pondok.tp ayh aku xnk.skg kenapa bila aku nk blaja skolah biasa, ayh aku paksa blaja pondok.fyi, ak mmg blaja kt skolah agama pon.n ak syg sgt skolh ak.tp ayh nk aku masuk pondok.
Adik2 ak lg kesian.sbb dr kecik seawal darjah 2 dh kna msuk skolah hafiz.yg cuma ajar hafaz quran je.adik2 aku tu laki sume.dorang byk xtau ilmu fardhu ain n hukum2 agama sume yg mcm aku blaja kt skolah menengah..sian tau.english, math xtau..n dorang jd rendah diri sgt...malas nk cite byk.sakit pulak hati.
Skg ak dh ada anak.ayah ak dh siap ckp suh masuk tadika kt cni ctu skolah cni ctu.mmg xhingin ak ikut..sbb klu dr awal dh ikut nnti susah nk stopkan..aku nk msuk kn tadika mcm brainy bunch.littlecaliph.genius aulad.so balance.yg ayh aku suruh,ala2 skolahpondok.agama shj.mna blh..ak bkn tau ak hdup smpi bila so kna la ajar ank ilmu utk hdup kt dunia.
Klu ikut reason ayh aku,stiap kali die akn ckp, byk pahala org jd hafiz/hafizah.mk bapak nye dpt mahkota, tu mk bapak, klu org yg hafiz tu lg dpt byk.kt aku pon mcm tu.die kata aku dpt byk ganjaran sbb htr ank aku jd hafiz.tu yg bt ak benci.rasa selfish. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak ni x dapat laksanakan cita2 mereka maka mereka menyuruh org lain laksanakan, contoh mak bapak x mampu beli mercedes disuruh anak beli, x dapat kawen org kaya disuruh anak kawen org kaya, x dapat jadi artis disuruh anak ajdi artis, x dapat jadi doctor inegineer disuruh anak jadi doctor engineer. x syok la hidup dari bayi sampai ke tua mak bapak putuskan. macam kita hidup utk org lain. selfish kah mereka.
aku perhatikan ramai kawan2 disuruh mak bapak masuk sekolah agama itu ini, tapi itula pastikan pendidikan duniawi juga seiring, supaya mereka boleh handle kedua2nya. lagipun zaman sekarang zaman duit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa the reason bapak hang suruh hang masuk aliran agama sbb dia sayang hang,..
aku dulu pon sama cam hnag, dr sekolah agama, tp pastu dh tertukar masuk sek teknik dan skang dlm engineering field dan make good money..excatly the same masa dulu aku pikir apa gunanya jd hafiz klu duit x cukup...tp skang totally opposite dgn apa yg aku pikir masa aku zaman remaja dulu..aku x rasa good money dan hu ha yg berlebih2 itu best..tp syaratnya duit kena cukup utk hang xyah pikir pasal duit..
utk anak aku, aku nak btul2 fill kan dia dgn ilmu agama yg lebih dan belajar hafal quran..sbbnya, aku tgk dgn kefahaman agama yg rendah dkt org2 islam skang mennyebabkan aku takut..bkn sbb utama nk amik pahala free dr anak...tp yg paling utama, anak aku selamat dunia akhirat..maybe bapak hang skang berpikiran cam aku yg pikir utk anak aku..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan TT sorang je alami situasi macam ni.saya pn kna jugak.lg mak marah sbb keje yg saya suka tu,keja org laki.tapi bg saya,nk berdakwah tak semestinya kna jd ustazah.since sy ada pengetahuan agama,tp sy jnis cam gila2 ckit,so org tak takot nk dekat utk mintak nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm ramai2 pendakwah, pasti ada yg ikhlas dan dlm ramai2 anak muridnya, pasti ada yg ingat segala ajarannya. Berbaik sangkalah.
Beruntunglah ibubapa yg mempunyai zuriat yg tidak memberontak malah gembira apabila disuruh mendalami agama/menjadi hafiz. Lidah mereka sentiasa basah dgn kalam Allah. Hati mereka cinta kpd akhirat.
Kita? Dah tua baru nk sedar. Anak2 pula walaupun ada asas agama tp kebykan masa mereka dihabiskn dgn perkara2 yg lagho. Kerana hari2 mereka bukan diisi dgn bacaan Al Quran tp lagu2 yg melayan perasaan. Dunia sudah berakar umbi di hati mereka. Ibubapa terpaksa memaksa anak2 utk mempelajari ilmu agama. Anak2 pula memandang rendah pd pendidikan Islam dan benci apabila dipaksa utk mempelajarinya.
Itulah hadiah dari pengaruh sekularisma yg semakin hari semakin menipiskn iman rakyat Malaysia yg tertera 'Islam' di dlm ICnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
its your life.. do what you want. suruh ayah u je jadi ustaz kalau dah berminat sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi ibu bapa janganlah terlalu menyimpan harapan tinggi pada anak-anak, cukuplah mendoakan kehidupan mereka dipermudahkan dan di beri ganjaran atas yang di usahakan. Terlalu berharap boleh membuat kita lebih kecewa jika yang di cita-cita tidak tertunai, menjadi jauh hati dengan anak dan secara tak sengaja kita tidak redha dan menjadikan anak kita anak derhaka.
Untuk menjadikan anak seorang ustaz/alim ulama tak perlu di paksa, jika kita sedari anak itu kecil sudah mendidik dan membiasakan anak itu dengan hidup beragama, dengan izin Allah minat untuk terus mendalami agama akan timbul dengan sendiri.
Hidup ini mudah, lagi mudah jika kita memenuhi hasrat kita dengan usaha kita sendiri, bukan memaksa orang lain menjadi apa yang kita mahu jadi tapi kita tak mampu jadi kerana kurang usaha sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tt, jgn la berburuk sangka dgn ayah tt..apa yg dia buat tu, adalah apa yg dia rasa terbaik utk anak2..sbb dia da tgk real world skrg..betapa rapuhnya anak2 muda skrg..jadi dia nk bina dasar dan benteng agama yg kuat dlm diri anak2 dia..sebelum melangkah ke alam realiti nnt..
kadang kita silap dan lupa..Islam is the way of life..agama bukan la kita kena balance kejap buat baik, kejap buat jahat..tp agama itu seiring dlm kehidupan seharian..setiap inci kita lakukan semuanya ada garis panduan yg agama telah tetapkan dan ganjaran pahala yg insya-Allah akan diberikanNya..jadi engineer juga dpt pahala yg besar bila bina jambatan utk org ramai, bina bangunan pejabat utk org lain berniaga, dan cipta sesutu yg memudahkan org lain dlm kehidupannya dan seterusnya org2 tu beramal ke jalan Allah..selain dr tu, bak kata forumer lain, dlm masa bekerja juga boleh menggandakan pahala dgn jadi imam utk co-worker, bg tazkirah, beretika yg baik, etc..
share story sket, kami adik beradik pun kena gi sekolah agama..walaupun kini hasilnya x berapa nk 'nampak', tp me bersyukur diberi peluang utk belajar di sekolah agama..sedikit sebanyak dpt membantu dlm kehidupan seharian kini yg lebih mencabar..adik beradik laki iols pun alhamdulillah, lebih 'nampak' hasilnya..abg da jadi cikgu agama kt sekolah (org panggil ustaz dan tempat ktrg rujuk bab agama selain ayah), dan adik lelaki, walaupun bakal jadi doktor (bukan aliran agama literally), tp melihat pada isterinya, mmg 'nampak' hasilnya.. Last edited by amal12bh on 14-11-2014 11:22 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada je saya tengok anak anak yang etrlalu ikut sangat apa mak bapak nak. Belajar pandai dari sekolah rendah sampai ke universiti. Semua ikut apa yang mak bapak nak. Sebab mak bapak tu terlalu nak parade anak aku sekian kian pandai belajar bla bla bla bla.
Deep down inside anak anak are not happy at all. Last last tiga tiga anak miserable take menjadi. Depressed bagai.
Bagi saya jangan terlalu jadi control freak especially pada anak anak. Guide them. Love them. Support them.
Buat apa yang you suka. As long as you are happy. Jangan stress.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Belajar sekolah agama x pe. Aku pn mcm tu ms sdk rendah. Tp jgn paksa amik jurusan ke arah menjadi ustaz.
Kdg2 mak pak ni bila dh makin tua baru sedar kepentingan agama. Sb tu kalo perasan anak2 yg ke bawah mgkn yg ketiga or 4 akan dipaksa ke sekolah agama. Mcm aku, adik aku la sek men agama smpi la masuk uia. Tp kos mgmt la.
Sb mak pak baru trfikir bila mati spa nk mandikan, urus jenazah, bacakan yasin n doakan ketika dlm kubur. Last edited by emma.giggs on 15-11-2014 07:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau antara ramai2 adik beradik dia memilih anda, mesti ada sebab atau faktor2 tertentu yang dia tengok anda ada dan tidak pada anak2 yang lainnya..
my bapak dolo2 pun begitu.. katanya nakkkkk sangat at least sorang anak dia jadik doktor kononnya.. memula dia tak tetapkan lah siapa yang patut jadik doktor tuh.. but bila weols besar sikit, dia tuju pada my sis yang katanya dia nampak diri dia pada my sis.. maybe sebab dari segi fizikal my sis banyak tiru my bapak..
mula2 memang nampak my sis agak tertekan.. tapi bila dia dah mendalami, dia kata dia enjoy..
now dah selamat my sis jadik doktor.. dah habis kouta pakar dia belajar.. dalam malaysia ne, sorang doktor cuma dibenarkan mempakar kan diri dalam 2 bidang sahaja..
lepas berjaya jadi pakar sakit puan (well.. masa tuh my sis kata tak ramai perempuan jadi pakar sakit puan).. dan dia mula bosan dengan kepakaran yang sama, dia belajar lagi amik pakar bab kanser sebab katanya doktor lelaki atau perempuan tak ramai lagi pakar kanser.. now dah berjaya juga jadi pakar kanser..
passion tuh boleh dididik kot.. ai tanya my sis dia kata dia memang enjoy dan suka kerja dia very much..
mungkin satu hari nanti suadara juga boleh begitu.. siapa yang tau?.. redha Allah memang mudah lekat pada redha mak bapak.. kalau sudara rasa boleh pergi.. cuba lah dulu.. mana tau saudara boleh feel bidang sebegitu satu hari nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala ada jek mak bapak yg nk anak dia jdk ustaz/ustazah sbb nk meriak... riak la org puji "sejuk perut mak mengandung" or "pandai bapaknya mendidik".... korang hingat takde mak bapak mcm tu??? Bersepah, melambak...
Aku mmg masukkan anak aku sek agama swasta... tp xde pulak simpan cita2 biar dorang jdk ustaz... klu nk sgt anak jdk ustaz, aku antar sek pondok je.. tp aku x antar, aku antar sek agama swasta yg moden... kihkihkih... dorang nk jdk apapun jadik la, takat jadik ustaz kerja kumpul bini muda2 sampai 4, atau dh berbini pun kawin lari kt siam dgn pompuan pinoy, xde makna la semua tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
me mmg nak anak yg jadik ustaz ...so what? at least bleh jadik tmpt merujuk mende yg kita tak paham....tapi takde la paksa dia masuk sek pondok pun...cuma anta skolah agama....kalau dia kearah itu alhamdulillah ada gak yg bakal mendoakan me ble dah takde sok.....bukan kata anak laen tidak doakan mak pak dia tapi kalu dia ustaz insyaAllah mende tu berlaku...me mmg nak formal education (skolah la tuh!)bab agama nih yer la kita pun jahil...kalu takat ngajar kat umah mende fardhu ain bleh la, setakat baca quran gitu2 bleh la...kalu ustaz/ustazah ngajar tu lagi byk la ilmunya,lagi fasih lidahnya mengaji...
ni tgk dr adik badik me la walopon takde sorang pun ustaz/ustazah...tapi derang skolah agama....life derang mcm terjaga oleh batas agama...masih mengaji lps magrib....me kenkadang ble sempat,ble anak2 anak2 tak sibuk mak nak itu ,nak ini...rajin je derang pose sunat.....bebanding me larrr yg huha huha nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|