View: 39529|Reply: 183
|
Kuntilanak Pulau Pangkor - BAHAGIAN TIGA
[Copy link]
|
|
Cerita ni berlaku hampir 12 tahun yg lepas. Ketika ini aku masih lagi belajar di UiTM Seri Manjung. Cerita ini agak panjang, jadi aku cuba pecah kan kepada 2 atau 3 bahagian. Happy reading 
BAHAGIAN SATU
Cuti semester kali ni aku habiskan masa aku tolong family angkat aku di Pulau Pangkor. Mereka mempunyai chalet di Teluk Nipah. Aku eksited sgt sbb aku tahu pasti ramai student akan dtg bercuti. Ini lah masa yg sesuai nak rest kan otak yg penat study sambil cuci mata.
Family angkat aku ni besar. Bapak angkat aku kawen 2. First wife ada 6 org anak dan second wife ada 4 org anak. Itu belum termasuk cucu lagi. Yang sulong Kak Shima, Kak Eja, Black, Yana, Lia dan yg bongsu Edi. Kak Shima dan Kak Eja dah kawen dan masing2 punya 2 orang anak. Yang second wife tu, aku tak rapat sgt. Jumpa pun sekali dua. Nama pun aku dah lupa. Masa aku dok sana, si Black ni suka lah ajak aku kuar sana sini. Tapi mak angkat aku tak bagi kami kuar berdua. So, aku angkut lah Yana sekali. Sbb aku mmg rapat dgn Yana.
Makin lama aku makin rapat dgn si Black ni. Kenapa nama dia Black, sebab dia budak itam. Dia ni agak nakal jugak. Selalu kantoi hisap ganja dgn kwn2 dia. Mak bapak angkat aku ni tak larat nak marah. Degil. Walaupun mcm tu, Black rajin keje. Dia seorang nelayan. Selain memiliki chalet, bapak angkat aku juga punya kapal tangkap ikan. Penah juga aku datang tapi Black tak de. Dia ke laut. Selalunya 3 hari baru dia pulang. Penah Black cerita pada aku semasa di laut, waktu malam, sedang dia lepak2 hisap rokok, dia terdengar bunyi gendang. Bila di amati betul2, bunyi gendang itu datangnya dari laut. Berbekalkan cahaya bulan, Black cuba lihat dalam2 apa yg ada dalam laut itu, dia nampak sekumpulan manusia yg menari2. Bila mereka sedar Black dan kwn2 nya sedang melihat mereka, mereka menghulurkan tangan tanda mengajak. Salah seorang kwn Black hampir mahu terjun. Nasib ada yg lain sempat menarik. Kalau tidak, mungkin dah arwah dah beliau.
Since dah rapat dgn Black, weekend pun aku sanggup je naik boat ke Pangkor. Tak payah tunggu cuti semester. Nampak tak betapa gatal miangnya aku masa muda2 dulu. Lagipun mak bapak angkat aku senang dgn kehadiran aku. Dorang pun mcm restu je hubungan aku dgn Black masa tu.
Kali ni aku datang ada seorang perempuan yg aku tak kenali tinggal sekali dgn family angkat aku ni. Nama dia Mira. Dia dari UITM dtg buat praktikal. Mira ni baik sgt dgn Edi. Dorang ni petang2 suka merempit pusing satu Pangkor. Dah senja baru nak balik. Jalan kat Pangkor ni dah la berliku2. Cerun byk. Klau jatuh masuk gaung lah jawabnya. Klau tak pun ke laut. Walaupun aku dah byk kali pergi, aku tetap cemas bila lalu kwsn cerun tu. Sbb cerunnya tinggi. Dah la van pink tu suka bwk laju. Mengucap byk.
Malam tu semua eksited tgk misteri nusantara. Lagi eksited sbb episode mlm tu menceritakan ttg rumah tinggal yg berhantu di salah sebuah kwsn di Pangkor. Mulut Edi tak berhenti2 bercakap ttg rumah itu dan dia mmg tahu lokasi rumah itu sendiri. Mira ni pula mmg berminat dgn cerita2 misteri. Makin menjadi2 lah mereka berdua berborak. Entah jam brapa baru mereka tidur.
Keesokkan harinya Edi dan Mira dah berpakat, lepas je keje Miri minta Edi bawanya jalan2 rumah tinggal itu. Perancangan ini tiada siapa pun yg tahu melain mereka berdua. Mira tidak sabar. Balik kampus nanti dia mahu ceritakan pengalaman misteri ini dgn kwn2 nya.
Mira membonceng motor Edi. Tanpa membuang masa mereka terus menuju ke rumah tinggal itu. Semak samun yg meninggi menyukarkan mereka masuk ke kwsn rumah itu. Hampir 45 minit mereke berlegar-legar. Rumah tinggal itu masih lagi tidak di jumpai. Jam sudah menunjukkan 6.30pm. Setelah matahari hampir terbenam, barulah mereka jumpa rumah itu. Keadaan sudah gelap. Mira berasa kurang enak. Edi pun memecut motor keluar dari kwsn semak samun itu. Tetiba Edi memberhenti kan motor. Katanya dia melanggar sesuatu. Tetapi tidak nmpak. Edi bertanyakan Mira jika dia ada nampak apa2. Mira hanya menggelengkan kepala. Lalu Edi pun start motor dan memecut pulang.
Malam itu Edi tidak sihat. Dia tiba2 demam. Suhu badan nya sgt panas. Satu rumah jadi panic. Sbb petang tadi Edi ok je. Mira kena soal siasat. Bisinglah mak angkat aku bila tahu dorang berdua ni pegi ke rumah tinggal itu. Tambahan waktu senja. Membebel tak berhenti2. Edi di masukkan ke hospital malam itu jugak. Mira tak berhenti menangis. Dia rasa bersalah. Kerana dia yg minta Edi tunjukkan rumah itu kepadanya.
Esoknya aku pulang. Dan aku hanya mendengar update ttg Edi dari Yana. Menurut Yana keadaan Edi semakin teruk. Doktor tidak dapat berbuat apa2 dan nasihatkan pakcik aku mendapatkan rawatan alternative. Edi di bawa pulang ke rumah semula. Malam itu, setelah Edi tidur, berkumpul la keluarga angkat aku untuk mencari jalan bagaimana utk merawat Edi. Masing2 mahu yg terbaik.
Dalam jam 3am, Black pulang ke chalet selepas melepak2 dgn kwn2 nya. Alangkah terkejut nya Black, bila melihat Edi bertenggek di atas palang. Kedudukan Edi mcm burung yg bertenggek atas wayar letrik. Dah la palang itu di tingkat dua chalet. Kalau jatuh, boleh cedera parah. Edi menjerit suruh Edi turun. Namun tidak di hirau kan. Jeritan Black itu telah mengejutkan bukan sahaja ahli keluarga, tapi juga guest chalet. Nasib bukan hari minggu, cuma ada dua tiga bilik sahaja yg ada guest.
Mak angkat aku meraung2 memujuk Edi turun. Tapi Edi tidak berganjak walau seinci pun dari tadi. Semua risaukan keselamatan Edi. Ada yg stand by dari bwh, koridor tepi palang dan ada yg di tangga. Tetiba jatuh beberapa titisan darah ke lantai dari tempat Edi bertenggek. Semua lagi panic. Black yg agak panas hati tidak dapat sabar dgn perbuatan Edi. Dia cepat2 tarik Edi ke koridor. Edi tidak membantah. Lalu jatuh ke koridor. Bila di amati, mereka dapati Edi menangis air mata darah. Mengalir dari kelopak mata. Makin lama air mata darah nya jatuh berjurai2 dan dia ketawa mengilai2.
Last edited by anne_boleyn on 28-8-2014 03:34 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wooo...best ni. Lagi2 anne. Aku kat intermark ni. Tingat kt ko. Jom hi-tea. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
check in ! |
|
|
|
|
|
|
|
best-best.. ko terbaik la anne |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa... lagi laaa TT... lagiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Esok pulak la ya. Dah kul 4pm ni. Kang tak sempat plak aku nak balik 5pm. Dah janji ngan kwn aku nak teman dia tgk umah. Sabor ya |
|
|
|
|
|
|
|
mr_cool5885 posted on 25-8-2014 03:43 PM
Wooo...best ni. Lagi2 anne. Aku kat intermark ni. Tingat kt ko. Jom hi-tea. Hehe
Lapo la. Dah la ujan lunch tadi. Aku tak lunch lagi ni...uwaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko blik kje pkl bpe? Jom ah lepak mkn. Blh sembang2 seramm...haha |
|
|
|
|
|
|
|
mr_cool5885 posted on 25-8-2014 04:08 PM
Ko blik kje pkl bpe? Jom ah lepak mkn. Blh sembang2 seramm...haha
Aku balik kul 5pm la. Tapi balik ni aku dah janji ngan kwn aku nak teman dia tgk umah baru.
Nanti2 lah ya. Btw, ofis ko kat mane? mcm mne boleh sesat kat intermark ni? |
|
|
|
|
|
|
|
aik... ada sambungan la plak... |
|
|
|
|
|
|
|
aiseymen, sambung lah pulak... tengah syiok2 baca ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2014 05:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku x boleh tulis pjg2 sgt la. Nnt aku ilang mood. Lagi pun cerita ni agak pjg. Aku pun takut if aku ter missed mana2 part. Harap korang memahami hati dan perasaan aku |
|
|
|
|
|
|
|
citer hospital bahagia pun update sekali lah TT yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2014 06:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
rockysha69 posted on 25-8-2014 05:29 PM
citer hospital bahagia pun update sekali lah TT yer....
Baik..baik
Insha allah. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung plak..baru nak feel..cpt skit update ye tt |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya cerita yg sangat mengagumkan! Mcm ni la orang mengarang...bahasa terpelihara senang faham dan kita seolah olah dibawa ke alam penulis.....syabas dan sila sambung! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2014 08:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamaezah posted on 25-8-2014 08:32 PM
Gaya cerita yg sangat mengagumkan! Mcm ni la orang mengarang...bahasa terpelihara senang faham dan k ...
Thanks mama. Selalu bg feedback dan comment yg positive. |
|
|
|
|
|
|
|
ok ai tepek tapak kasut kat sini dulu so that i know where i did stop reading.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bole sahkan
sebab aritu aku pegi
mmg lalu satu kawasan kat pangkor
chalet last belah kiri..pastu jalan depan terus naik bukit....yg tinggi...kalau ikut jalan tu akan ke kilang2 keropok ikan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|