Assalamualaikum, salam 1 MPS..hehehe
Ini rumah pertama aku..dan mungkin tiada yang ke duanya.. saja nak cuba jadi TT tengok mcm mana ropenya..ade boleh terbang ke idak..?
Kome layan je la crita ni plan2 no'... Selamat beramal....
“Halluuuuuu…sapa sana caakap…” “Woi hang ada mana?” suara adik keluar dari speaker hp aku. Pelik pulak aku tengok kat screen hp, no kakak yang naik.. “Ada kat rumah la ni..awatnya??” jawab aku “Hang mai rumah abah la ni” “Nak buat apa?aku nak kluar p amik gambar raya 1 famili aku ni..” kataku sambil menarik tuala. Baru nak p mandi..hehehehe.. “Hang mai la… ada orang sakit ni..” gesa adik. “ieh hang ngan abah kan ada..hangpa buat la…” “Gila hang tak lepas ni..” jawab adik dalam keadaan agak tergesa2.. “Emmm..tak pa la..sat lagi aku p la” “Ok cepat sikit…”
“Sape tu?” mem aku tanya.. “Adik…ntah ape bende naknye..kata ada orang sakit kat rumah abah..suruh p sana sat tengok2kan.. deme dua org ada tu tak boleh buat ke ape???” labun aku kat mem..”Emmm..kul brapa nak g amik gambo??” soalku..
”Nak g la ni..tu abang Im dah sampai ngan family dia..G la mandi cepat…” mem udah marah…. Aku pun tanpa berlengah lagi dengan sepantas cahaya mentari merah di ufuk timur masuk dalam bilik air…Jam di dinding menunjukkan pukul 10.50 pagi..Baru je sangkut tuala, udah rasa nak terrrrrrrrrrr… ape lagi..keluar balik bilik ayo tu dan p capai rokok sebatang.. Huh nikmat memerut sambil merokok, hanya jauhari sahaja yang mengetahuinya…
Siap mandi semua pakai baju melayu ngan sampin bagai, aku pun p tengok anak2 kot2 tak siap lagi… dok tak dok, hp bunyi lagi…no abah pulak kali ni.. “Hello..” “Hah hang ada mana? tak mai lagi ka??” suara adik..huuuu nasib baik adik yang cakap, kalau abah aku yang cakap, memang tak boleh nak lawan le…kene turun jugak umah dia time tu jugak2.. “aku baru nak p studio amik gambar ni..lepas tu baru aku p sana..depa semua dah siap ni..sat lagi lambat pulak, marah kak hang…aku tak pa…” labun lagi…. “woi cepat ar…dia dok mengarut terok sangat ni..” terang adik. “terok sangat ka..? hang balon je la..tu la hang..suka panggil benda tu kluar bila buat ubat..ha’ hambik hang ubat..” buat2 macam
marah sikit…hehehehe.. ”kepala hotak hang…aku tak buat apa lagi ni dia dah jadi..dah balon pun tak jadi apa..cepat la..” aku balik yang kene kepale hotak?? chooiiii. “sapa yang sakit tu?? Aku kenal ka?” tanya aku.. “la…anak sedara haji amin tu..dulu kan hang ada ubatkan dia…” terang adik..
oooo awek yang lawo tu kome…tp udah anak due..huuuuuuuuuu “sat lagi la aku p..aku lagi takut kak hang marah dari jin tu marah..sat lagi dia naik hantu, segala keturunan2 hantu tutup kedai hang tau..?” elakkan dari aku..hahahaha “em tak pa r..cepat sikit..” adik macam tak puas hati..
Lepas 10-15 minit, aku pun gerak la p studio..hari ni nak amik gambo 4 keluarga skali..sesampai je kat studio, deme dok setting2 ngan camera man tu nak amik gambo.. “welcomeee tooo my paradise……” bunyik hp aku de….hah kakak lagi..ni mesti adik.. “hah kenapa?” jawab macam tu terus… “hang ada mana diya???” suara awek la pulak..kali ni memang kakak (ina) aku le.. “aku kat pekan ni..amik gambar raya..ko ade???” jawab aku “la…bila nak mai sini??cepat la woi…kesian aku tengok budak tu..depa tak boleh buat tu…” terang kakak “sat lagi abis amik gambar ni aku p la..sat ja..stengah jam lagi lebih kurang..” labon aku. “ha cepat sikit” tegas akak
Hemh nak cepat ape..ingat aku yang amik gambo ke?udah le apek tu lembap nak mampos..nak itu nak ini..macam pro aje..puihh Dah siap setting semua, aku n family aku amik gambo dulu 1 keluarga jer..sat lagi baru ramai2..dah siap snap 2 kali, apek tu nak setting untuk amik gambo ramai2 pulak..tengah2 dok tunggu tu, bunyik lagi hp aku ni…amboiiii ni betoi2 terok ni..kat screen tertera nama abang.
“ha’ awat?” jawabku “hang kat mana?” soal abang “aku kat studio la ni..amik gambar raya..” “ooo..tak mai sini? Cepat la sikit.. ni aku pun kena maki ngan dia ni..aku baru tunjuk muka nak masuk rumah, dia buboh maki sekarong..hahahahaha..haram sunggoh.” terang abang. “Dah tu hang tak buat apa? p la balon..hang kata hang teraaa..p la…tera apa lagu ni..??” seloro aku “hang nak mampos??baru tunjuk muka dah kena maki, nampak sangat aku tak power..hahahaha” abang aku pulak seloro.. “hah tak pa la..sat lagi aku p la..lagi 15 menet..ni nak amik gambar jap” jawabku “ok2..”pendek dari abang
Waktu tu jam lebih kurang pukul 12.50 pm..amik gambar, bayar,sembang2, salam le bagai, kami pun bersurai le…aku tanya mem nak ikut tak g rumah abah? Dia kata tak payah le…budak2 ada, sat lagi kena kat anak2 pulak lagi haru..lagi pun nak anto opah n mak dia balik dulu..takkan deme pun nak ngeko jugak ye tak???so aku hantar le deme ni balik rumah..dah sampai rumah,aku tuko le baju..takkan nak g ngubat, beriye beno pakai bj melayu bersampin bagai..siap2 segala, cargassss…
Dalam perjalanan nak p umah bapak aku tu, aku sempat call abah aku bertanyakan keadaan kat sana..Abah kata dah settle…tapi dah alang2 aku on da way tu, dia suruh le aku mai jugak..lagi pun pesakit masih dirumah..ok..tekan minyak dengan kadar sederhana je la..nak kalot buat apa dah settle pun…
Sampai aku di rumah dah pukul 2 ptg, aku pun salam la ngan haji amin, abah aku n suami pesakit.. Aku tengok pesakit (Ila), duduk sebelah suami dia dalam keadaan yang tenang..Sebelom apa2, aku mintak izin nak p dapur jap.. dahage kome.. raya puasa baru ni kan panas… sampai kat dapo, aku togok air sejuk 2 gelas.. “Terok sangat ka tadi kak?” tanyaku pada kak ipar (lia) aku.. “Teroooookk diya..kak tak pernah tengok la kes macam tu..” jawab kak lia Tiba2 kakak aku (ina) berlari dari ruang makan ke dapo..”wei,wei,wei,wei diya..dia buat balik dah…dia tengok je hang mai dia dah menangis dah..memang tadi dia tak bagi depa panggil hang mai sini..dia kata hang setan…” kata kak ina kelang kabot.. Aiiikkkk aku pulak yang setan???aku bukan setan….akuuu macammm setannn
Aku terus ke depan nak tengok keadaan ila macam mana..Sampai je aku kat depan, si ila ni terus melutut dan berjalan (guna lutut ek…) ke arah aku n pegang kaki aku mintak tolong jangan buat dia…sambil menangis2 dia merayu kat aku.. yang lain dok tengok je drama tu.. udah rope crite isteri durhaka je mintak maaf kat suami pegang2 kaki.. hehehehehe.. aku tak buat apa lagi kot….
Aku mintak suami ila pegang n kawal dia..aku mula duduk bersila mengadap ila.. “Asyhaduanlailahaillallah waasyhaduanna muhammadarasullullah…” “Bismillahi rahmani Rahim…” Shhmmmmmmm huh..pukulan pertama dari aku… “aaaaa…jangan…tolong aku diya….” jerit ila…
HUH LETIH JUGE NAIP NI...NANTI AKU SAMBUNG LAIN LE....
Last edited by Adiya on 28-1-2014 10:20 AM
|